Thursday, November 4, 2010

Kisah Seorang Suami


SALAM

Seorang suami sudah berasa bosan dan penat bekerja setiap hari untuk menyara keluarganya. Dia bersa ceburu dengan isterinya yang hanya duduk dirumah sepanjang hari.
Si suami berharap dia dapat menukar kedudukannya dengan si isteri, maka dia berdoa kepada tuhan untuk menggantikan tempat isterinya untuk sehari..

POOF!!!
hajatnya termakbul

Pada keesokan harinya si suami bangun dalam jasad isterinya
Maka bermulalah harinya sebagai seorang isteri yang hanya duduk dirumah sepanjang hari
Tugas pertamanya

menyiapkan sarapan dan mengejutkan anak-anak untuk ke sekolah

 siapkan anak-anak dan beri mereka makan sarapan

 sediakan bekal anak dan hartar mereka ke sekolah kemudian balik ke rumah ambil baju-baju untuk dry cleaning

 Hantar baju ke kedai dobi dan behenti di bank untuk mengambil duit

 Terus ke pasaraya membeli barangan dapur balik kemaskan barang yang telah dibeli tadi

Bayar segala bil-bil

Kemaskan katil dan bilik anak-anak

membasuh pakaian kotor

mengemas rumah

 PUKUL 1.30 TENGAHARI
mengambil anak-anak di sekolah terus balik kerumah menyediakan lunch untuk anak-anak

Tolong anak-anak dalam ulangkaji

Iron baju sambil-sambil tu boleh tengok tv

PUKUL 6 PETANG

Sediakan makan malam untuk anak-anak dan suami

Selepas makan, bersihkan dapur dan pinggan

Kemaskan pakaian, bagi anak mandi dan tidurkan anak

PUKUL 9-10 MALAM
Sudah mulai penat tetapi ada lagi tugas iaitu melayan suami.

Berakhirlah 1 hari rutin tugasan isteri yang dilakukan setiap hari tanpa ada sebarang rungutan dan dilakukan dengan ikhlas serta penuh kasih sayang semata-mata untuk keluarga tercinta.

Keesokan harinya

Si suami bangun pagi dah menyatakan kekesalan dan memohan maaf atas segala prasangkanya selama ini bahawa si isteri hanya duduk berehat sepanjang hari dirumah.

Ini hanya 3/4 tugas yang dilakukan isteri dirumah masih ada lagi tugas yang menjadi rutin para isteri...

2 comments:

  1. tanggungjawab isteri ya tu...
    byk tugasan..

    ReplyDelete
  2. baru di tau kan..

    banyak gak ek be yang pernah k amu terima..best gak tu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails