Thursday, November 11, 2010

Demam Oh Demam


SALAM


Minggu ini sahaja aku dah amik 2 hari cuti…. Isnin dan selasa, hari ni baru masuk keja balik. Sebabnya menjaga Nureen yang demam dari sabtu lepas. Hari ni Nampak dah ok skit so aku masuk keja la…tapi dok tunggu jugak kot-kot pengasuh call bagitau apa-apa pasal Nureen.

Sabtu lepas badan dah mula panas aku p amik ubat di hospital kerajaan sebab klinik yang selalu aku amik ubat tu masih tutup cuti deepavali. Lebih kurang 2 jam setengan tunggu baru dipanggil (lama bagi aku yg menjaga 2 budak yang dok berlari sana sini). Masuk …. M.A ja yang check…kena pulak time tu panas nureen dah kurang. M.A tu pun check la suhu badan dan timbang nureen… tulis kat kad tu lebih kurang sambil sembang-sembang ngan misi kat situ pastu cakap.. ok, saya bagi ubat demam ngan vitamin ja sebab tak galakan budak-budak ambil ubat sangat biar dia minum air masak banyak…. Tapi demam ni akan lambat sikit la baiknya… aku mai amik ubat ni sebab nak bagi cepat baik, kalau cam ni baik tak payah mai amik ubat kalau takat bagi ubat demam biasa, antibiotic pun tak dak (aku cakap lam ati ja) dah amik ubat.. balik.

Isnin badan nureen makin panas, aku amik cuti. P amik ubat kat klnik swasta … dari deman ja.. dah tambah batuk pulak. Pastu aku beli ubat yang masukan ikut bontot untuk kurangkan panas… malam2 memang tidok tak lena sangat dok tuam kepala nureen ngan air asam, air sejuk…tapi kejap ja sejuk pastu panas balik… tak jalan jugak. Nureen ni pulak jenis susah bebenor nak makan ubat tak macam naufal yang hantu ubat. Telan skit… Kuar balik banyak.. dah tu dia dok ngaga mulut tak nak telan ubat tu.

Selasa aku amik cuti lagi… malam skit aku p klinik kesihatan kerajaan.. kali ni aku cakap tak nak jumpa M.A aku nak jumpa doctor… misi tu kata kalau nak jumpa doctor lambat skit. Tak pa la, lambat-pun lambat la. Doktor tu kasi ubat yang kuat skit.. antibiotic yang serbuk pastu kena campur air dulu baru minum. Dia kata tengok dalam sehari dua ni kalau tak ok jugak terus bawa p hospital minta x-ray takut ada jangkitan dalam paru-paru sebab nureen dah mula batuk berkahak… Tapi malam tadi lepas bagi ubat aku tengok dia cam dah ok skit… mau jugak bangun main-main ngan naufal, kalau tak dok melepek ja kat tilam.

Harap-harap nureen cepat sihat, aku tak nak dia masuk wad.. kesian nanti tentu kena cucuk sana sini…

 

3 comments:

  1. kesian nureen...semoga cpt sembuh ye...

    ReplyDelete
  2. letak asam jawa kat kepala bagi panas tue keluar ye.. oh hadiah dah sampai..tq

    ReplyDelete
  3. klinik gomen mmg cam tuh ...
    bila dah teruk sape yg ssh ...
    tringat kes anak eima dulu sampai warded ..demam tak kebah rupanye infected pnuemonia... sabo je la ...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails