Monday, November 29, 2010

Barangan kecantikan Free.. tak nak ke?

SALAM

Uolls tak nak ke sample barang kecantikan free? bukan susah pun..
Just Daftar then ajak kawan-kawan lain join jugak..pastu kumpul points untuk ditukarkan degan sample barangan kecantikan seperti
Garnier
Garnier men
Loreal
Johnson's
Bioterm
Elancyl

Pastu ada jugak contest yang mudah dan hadiah yang menarik...

JOM JOIN KLIK SINI
 atau
klik pada banner di sebelah kanan tu..



Borang Peraduan Kotex Padan dan menang

SALAM

ct ada buat entry tentang
PERADUAN KOTEX PADAN DAN MENANG
klik untuk ke entry tersebut

Pada entry tersebut ct menerima komen begini

siap  kali tanya...

 Kepada CIk LIN, borang kotex tersebut boleh di download apabila Cik LIN meng"klik" pada perkatan DISINI

KLIK saja kat situ, ct dah link kan borang nya...
Maksud ct DISINI bukan di entry itu tapi Di Perkataan DISINI

Ok! jelas tak? kalau tak faham boleh tanya lagi yer..

Sunday, November 28, 2010

Model with Indian sarees

SALAM

Layan je la pics ni..... kasi crah skit mata uolls yang dok blogwalking tu











Saturday, November 27, 2010

Dunia perempuan

SALAM

Tak de apa nak cerita sangat, tapi bila godek-godek google jumpa plak gambar-ganbar ni then terus terpikir adakah benda ni akan jadi reality sekiranga perempuan@gadis@wanita menjadi berkuasa di dunia.

Jom skodeng!

Bola tak masuk longkang la cam ni sebab longkang penug ngan bunga


Red car untuk pompuan, blue car untuk lelaki


yg ni sensitif skit.... parking kena besar
Cis! mana ada, aku teror la park keta masuk vontot dulu

Cam ni kalau kena saman speeding leh la kasi alasan tak tau speed keta berapa sebab tak tulis pun

Oh... i like !

Ni mesti angkasawan perempaun ni

Nak 1!!!!

Kat mana jual benda ni??? nak beli gak

Cantik kan?
:
:
:
:
:
Tapi yang ni aku tak pasti pulak nanti ada ke tak

peluru lipstick tu... yang kena tembak tadah je bibir



Gadis Bawah umur berjoget lambak

SALAM

Semalam dah siap masak aku pun lepak-lepak depan tv tengok Buletin utama, Dah jadi kebiasaan aku bila masuk segmen sukan ja aku mesti tukar chanel lain, tak berapa minat la lgpun hubby p mandi
(baru nak p mandi????) kalau hubby ada dia tak kasi aku tukar chanel.
 Dok tekan sana sini  tp satu pun tak menarik minat aku... then aku tinggalkan tv dengan chanel Astro yang ada klip-klip vidoe lagu budak-budak AF (tak ingat chanel apa). Aku p iron baju dalam bilik...
Dari dalam bilik aku dengar dengan jelas lagu Akim (tak ingat tajuk jugak) alah yang Akim bawa teddy bear besar ngan moto tu... pelan lama pelan kuat lagu tu, aku syal naufal kuatkan volume sebab dia memang suka lagu tu. Aku pun jenguk la kat depan tv.....
Sekali aku jumpa
:
:
:
:
:



Ini pulak lagu shahir..... tapi sebab lagu tu mendayu-dayu so tak best sangat kot nak berjoget

sory tak berapa comel video ni, amik pakai hp ja..


Friday, November 26, 2010

Hadiah Aniversary

SALAM

Apasal cerita pasal hadiah aniversary pulak ni....????
sedangkan aniversary aku untuk tahun ni dah lepas, untuk tahun depan ada lagi dalam 5 bulan.
Jangan keliru yer... Aku cuma nak bagi sedikit cadangan kalau uolls yang yang akan sambut aniversary tak lama lagi tapi tak tau nak kasi hadiah apa untuk pasangan. Al maklumlah ni kan ujung tahun musim cuti sekolah, ramai yan buat masjid time ni so ramai jugak la yang sambut aniversary time ni...
Lain la aku, aku aniversary bulan April, tahun depan aku sambut aniversary sama dengan hari Putera William ngan Kate tu kawen so tahun seterusnya aniversary aku pun sama ngan pasangan diraja tu la jugak.

Ok..Ok.. ni hadianya yang aku cadangkan

sejambak mawar merah bersama kotaknya...
mawar merah kan leambangkan cinta dan keghairahan...(betul ke?)



Lagi banyak kuntum lagi bagus.... close up skit
cium...cium.... amik bau mawar tu


Kalau tak minat merah kaler lain pun ada, jangan bimbang pilih ja mana yang nak


 
close up lagi.....
Eh! nape bunganya nampak lain jer???
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
ooooo....
Rupa-rupanya






Benda ni yang digulung-gulung dijadikan bunga rose tadi

Hadiah ni nampaknya sesuai untuk perempuan/isteri kalau nak kasi untuk lelaki/ suami pandai-pandai korang la nak lipat@ gulung underware depa jadik cam na..

Boleh?


LITHUANIA

SALAM

Ada sesiapa pernah dengar tentang LITHUANIA?
Sila gelakkan aku... sebab aku memang tak pernah dengar perkataan tu...
Aku jumpa perkataan tu disini

Sekarang yang aku tau LITHUANIA adalah sebuah negara

ini petanya...kat benua eropah kan? aku pun tak berapa pandai sangat bab2 ni.
negara2 jran tu aku tau pulak... mungkin kurang glemer kot negara ni

Tapi bila aku search kat google jumpa pulak gambar-gambar yang sangar cantik di LITHUANIA

 



Ini pulak bendera negara LITHUANIA

Kalau uolls nak tau lebih lajut boleh TENGOK SINI
Kat situ ada semua info pasal LITHUANIA Kalau nak p melancong pun ok jugak ni...



Thursday, November 25, 2010

Dah lama tak buat ni..

SALAM

Dulu-dulu kan aku ada crita pasai aku buat menda decoupage-decoupage..kalau tak tau apa menatang nya sila TENGOK SINI, SINI dan SINI.
Setelah sekian lama aku meyepikan diri dalam mendecoupage tup-tup 1 malam aku terasa sedikit rajin dengan menghasilkan menda alah ni



Sedikit comot bila buat tengah malam-malam buta...
Dah boring tak leh tido aku pun selongkar barang2 decoupage yang tinggal nyawa-nyawa ikan tu dan itulah hasilnya..
selalunya depa dok buat pakai papan or kayu yang nipis tu dipotong cantik-cantik tapi aku buat versi low bajet pakai kadboad ja
Alah... untuk suka-suka jer pun...
Aku ni pun bukan jenis kretif sangat, selalunya hangat-hangat taik ayam ja.



Mari tampal menampal

SALAM

MARI MENARI!!!!! ops..... silap
MARI MENAMPAL!!!!!
Apa yang nak ditampalnya?
:
:
:
:
:
:
:
:
:
inilah mangsanya
sila abaikan rak besen aku kat tepi tu..

bukan budak kecik tu tapi peti sejuk tu

Gambar sebelum tak ingat nak snap. Asalnya peti sejuk tu warna grey kosong tapi setelah di kerjakan oleh aku jadik cam tu la...


Wednesday, November 24, 2010

Apa sudah jadi

SALAM

Cuba uolls tengok benda ni.....
:
:
:

Ini keadaan asalnya
:
:
:
:
:
kemudian jadik cenggini


:
:
:
setelah sedikit operation dilakukan maka berubah imej menjadi
:
:


 kunci ni ada dua tapi kedua-dua mengalami nasib yang sama
hubby letak dalam poket seluar bila tarik tup-tup terputus.
Nak ganti yang baru mahal jgk rasanya, dah tanya kat honda ari tu..
Tak pa la cam tu pun janji leh guna, nanti dah daif sangat baru kita tukar yer.

Berat yang tak berapa Berat

SALAM

Apa la tajuk aku tu... Ari ahad lepas aku p check up nureen kat klinik cam biasa, sepatutnya hari tu nureen kena injection untuk 1 tahun 6 bulan punya tapi misi tu kata ubat tak de stock so nanti dia call bagitau bila dah sampai ubat tu. Ok lah... selamat nureen ari tu..hehehe tapi tak bleh lari nanti kena jugak.
Dalam sesi check up wajib kena timbang kan?
Bila ditimbang berat nureen hanya 8.5 KG saja naik 300gram dari 2 bulan lepas. Maka graf berat badan tu dah melencong ke warna kuning (lupa plak nak snap gambar graf tu). Kalau warna kuning tu maknanya KURANG ZAT MAKANAN
2 bulan lepas pun dah hampir-hampir jugak... misi tu bagi vitamin, kali ni pun misi bagi lagi vitamin yang sama. Nureen ni memang susah nak makan skit.. kita suap nasi 3,4 kali suap dah tak nak... last2 dia p kutip lauk lam pinggan naufal makan. Dia lebih suka makan roti, biskut, kek.. terutamanya roti telur ngan biskut tiger.
sebelum ni pun bila aku bawa nureen p amik ubat kat mana-mana klinik mesti doktor tu cakap berat dia tak seimbang dengan umur... sepatutnya umur 1tahun 6 bulan berat dah 10KG
Nak kata dia tak sihat tak jugak... aku tengok aktif ja cuma susah makan tu masalahnya... ataupun aku ni masak tak sedap...hahaha

Rasanya kena p cari vitamin kat farmasi untuk kasi anak ada selera makan.

Adik.... kalau nak jadik model pon tak payah la dok jaga badan dari la ni, mak tengok dah nampak kerempeng dah badan tu..Kalau tak, tiap-tiap bulan kita kena la dok p timbang kat klinik tu.


Related Posts with Thumbnails