Wednesday, April 21, 2010

✿Senja Permai✿

SALAM

Aku memang peminat ceita ni…. Tiap isnin hingga khamis jam 9 malam tercongok la aku depan tv. My hubby dari tak berapa minat sekarang dah join ngan aku skali. Uolls ada tengok tak??? Aku nak cerita skit la kat uolls yang tak tengok tu kot-kot lepas baca ni uolls suka pulak.Ok, crita ni tentang tiga keluarga, Rahman, Nik Mazlan dan Hairi.
RAHMAN
Bermula apabila Rahman mengambil keputusan untuk meninggalkan New York, Amerika Syarikat dan kembali ke Malaysia bersama isterinya, Shazlina dan anak-anak mereka, Danial dan Jasmine. Ibu bapa Rahman juga tinggal bersama mereka dimana ibu Rahman tidak berapa suka pada Shazlina. Shahliza yang pernah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki Barat telah meninggalkan parut yang amat dalam dalam jiwa Rahman. Mereka sering bertengkar sehinnga Shazlina membawa diri bersama Jasmin pulang ke New York.
Danial dan Jasmine pula sejak awal membangkang untuk kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan kehidupan yang lebih berwarna di New York. Maka, Senja Heights seolah-olah “neraka” buat mereka. Jasmine pula mengalami masalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru dari segi bahasa, sekolah dan kawan-kawan sehingga sering menjadi mangsa buli.

NIK MAZLAN
Nik Mazlan adalah seorang ayah yang tegas kepada tiga anaknya, Ayeesha, Adeena dan Ameena serta suami kepada Khaleeda. Konflik awalnya ialah dia tidak dihormati seorang pegawai wanitanya, Laila, sekaligus mencabar egonya. Dia enggan mengakui kelemahan, namun hari demi hari, Nik Mazlan mulai merasai keserasian dengan Laila yang membuatkan isterinya, Khaleeda rasa terpinggir. Lantas Khaleeda mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran yang akhirnya merungkai rahsia besar Nik Mazlan.

Ayeesha pula menjalinkan hubungan dengan lelaki berumur dan sehingga terlanjur . Adeena, anak kedua mereka yang berjiwa romantik, telah jatuh cinta pandang pertama pada Danial. Berusaha keras untuk mencurahkan rasa cinta pada Danial, namun cintanya bukan sahaja tidak dibalas malah Adeena merasakan diri dikhianati apabila Danial menjalinkan hubungan dengan orang yang rapat dengannya. Manakala, Ameena, anak yang paling dimanjai keliru antara persahabatan dan percintaan.

HAIRI
Hairi seorang ahli perniagaan berjaya, baik hati, alim dan pemurah. Namun hakikatnya, Hairi adalah seorang yang licik memperdaya ramai orang melalui skim cepat kayanya sehingga ada mangsanya yang menderita dan terbunuh. Hairi laparkan penghormatan, kekayaan dan nama. Baginya status adalah segala-galanya. Namun, kasihnya terhadap isteri tercinta, Mimi amat tulen. Mimi umpama permata Hairi. Mimi, berusia lewat 20-an, juga dahagakan status. Mimi sanggup melakukan apa saja untuk menyertai golongan elit dan ternama.Aku suka bila lihat telatah mimi ngan ibu mertuanya yang mengatur rancangan bagi mimi mengandung.

Yang membuatkan aku melekat ngan crita ni ialah hari demi hari setiap rahsia terungkai… tambahan pulak ada jugak selingan kisah-kisah pembantu rumah dan kerenah jiran tetangga di satu taman.Dan pastinya crita ni memang berlaku di sekeliling kita…

Lagu Tema pun best.... Layan


Aku Suka....


7 comments:

  1. layan betul dengan drama neyh..
    rasa x puas tgk for half an hour kan..

    kdg2 tgk marathon sabtu ni..
    even balik2 tgk..
    best

    ReplyDelete
  2. suka sangat cerita ni.
    baru buat entry juga pasal ni 2-3 hari lepas sbb ini minggu terakhir kan?

    he he he

    ReplyDelete
  3. ~si teddy~ minggu ni last ke? tak leh miss ni...

    ~adrey~ mmg tak puas 1/2 jam tu kalu boleh jgn ada iklan.. maraton pun ct layan jgk..

    ReplyDelete
  4. tgk gak citer ni...tapi bnyk gak la termissed episod..huhu

    ReplyDelete
  5. ~mawaddah~ leh tengok maraton ari ahad siang kul brapa tu ct tak ingat pulak..

    ReplyDelete
  6. hehehe..suh siti nurkhijah citer ah..hehe

    ReplyDelete
  7. Anonymous1/9/12 18:00

    Terima kasih kerana menyukai Senja Permai.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails