Saturday, April 3, 2010

♥ LAT TOT ♥

SALAM

Uolls tau tak apakebendanya tajuk aku tu.....
Kalau orang utara terutama orang langkawi tentu tau kot, tak pun penah dengar atau tengok benda ni
OK.
LAT TOT sebenarnya salah satu makanan yang aku suka.. masa dok KL dulu aku tak penah jumpa tak tau pulak kalau ada di pasar-pasar besar..
Ia sejenis rumpai laut berwarna hijau lumut...berangkai-rangkai dan ada jejari kecil mengandungi air masin (sebab hidup kat laut) Lembut ja.... uolls boleh bayang tak?
 senang crita ni la bendanya

aku beli singgit ja sebab aku sorang yang makan

ni close up skit...
Benda ni di kutip kat batu-batu di kawasan air payau
(air masin + air sungai) aku tak penah p kutip pun
lepas tu kena basuh dulu kasi bersih-bersih buang mana yang dah pecah..
Yang sedap, warna hijau gelap skit dari yg atas tu then jejarinya sederhana besar kalau besar sangat atau hijau gelap sangat tu dah tua, tak berapa sedap..
Cara nak makan.... Goreng belacan???? tak penah dibuat dek orang sebab benda ni tak boleh dimasak dengan apa cara sekali pun...makan mentah-mentah gitu ja...macam makan ulam cicah pulak dengan
sambal kerisik cam ni...

PEHHHHH..... memang sodap
sambal lain boleh jugak tapi tak berapa disyorkan.
Aku tak tau nama saintifiknya sebab malas nak search.
Kat tempat uolls ada tak? kalau ada uolls pun panggil LAT TOT juga ka?




3 comments:

  1. weyh. aku 1st n last mkn masa kat umah pakcik eyy dulu masa arwah makcik ada lg. kenduri sapa tah aku xingat.

    tp yang terliuq nya.. sambal kerisik hang tu.. hadoi.. bila la nk rasa lagi ni. kecoQ dah aku ni wei!

    ReplyDelete
  2. first time aku buat sambal tu.. call mak aku tanya nak wat cam na tp aku rasa mmg menjadi la sbb laki bini bedal sampai licin sambal tu...

    ReplyDelete
  3. Pernah makan gak masa tinggal kat semporna dulu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails