Friday, July 9, 2010

♥ Jawatan Kosong♥

SALAM

Aku sekarang tengah mencari kerja untuk adik aku. Al maklum lah adik aku tu tak de la ngaji sampai U pun.. takat SPM jer...tu pun cukup-cukup makan ja.. Dah penah p interview Bomba ngan penjara tapi tak lepas sebab kurus keding sangat..katanya bukaan dada tak cukup.. segala bagai borang dah isi tapi belum ada rezeki lagi, semalam aku ada mohon kerja secara online untuknya. Ada banyak jawatan kosong so sapa-sapa yang sedang cari kerja tu bolehlah mohon juga.

Perbadanan Putrajaya dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakkan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap seperti berikut:
JAWATAN:

- PEMANDU KENDERAAN GRED R3 (KONTRAK)

- PENOLONG JURUTERA (AWAM/ELEKTRIKAL/MEKANIKAL) GRED J29 (KONTRAK)

- JURUTEKNIK (AWAM/MEKANIKAL/SENIBINA) GRED J17 (KONTRAK)

- PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (KONTRAK)

- AHLI MUZIK GRED B27 (KONTRAK)

- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)

- PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (KONTRAK)

- JURUTERA (AWAM) GRED J41 (KONTRAK)

- ARKITEK GRED J41 (KONTRAK)

- PEGAWAI PENILAIAN GRED W41 (KONTRAK)

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://www.ppj.gov.my/

TARIKH TUTUP : 17 JULAI 2010


Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

JAWATAN:

- Pembantu Teknik Gred Jawatan J29

- Pembantu Ehwal Ekonomi Gred Jawatan E17

klik untuk melihat iklan

klik untuk download borang

TARIKH TUTUP : 14 JULAI 2010


Kalau uolls ada info tentang laman web yang ada iklan jawatan kosong boleh tinggalkan link di komen box.
TQ..



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails