Tuesday, July 6, 2010

Aku nak pakai.... TAPI....

SALAM

Tahun ni aku tak nak tempah baju raya sebabnya aku nak beli baju yang dah siap. Sebabnya tailor yang aku selalu tempah tu dah banyak tempahan.... bukan dia tak nak amik tempahan aku tapi dia tak kompom boleh siap on time. Huk! aloh.. kalu tak siap aku nak pakai baju apa? aku dah penah kena dah 3 thn lepas 2 minggu lepas raya baru siap baju aku, seb bek time tu ada baju len yg aku tempah ngan tailor lain.

Lagi pun aku dok belek-belek kat kedai online ni memang banyak plihan jugak dan harga pun ok lah..
Tapi yang tak best aku tak leh pegang-pegang baju tu, rasa cam tak puas pulak. Then saiz pun aku tak brapa pandai sangat.. sebab dia pakai saiz 36,38,40.....slalu aku beli guna saiz S,M,L lagipun aku nak cuba try test dulu baju tu muat ke tak..

Dalam dok usha-usha ni jumpa pulak maxi dress yang cantik-cantik..

sesuai ke pakai raya???


siap eksessori lagik...


pakai ngan cardigan pon cantik...


Bunga-bunga lagik...

Habis terpesong niat aku tadi yang nak cari kebaya siap dah jadi maxi dress pulak.
kalau yang seksi-seksi ni boleh pakai ngan inner or cardigan atau pun ada juga yang jenis untuk muslimah lengan panjang.

Untuk raya rasanya yang style muslimah ni sesuai kot..ala-ala jubah pun ada. Yang seksi-seksi tu untuk pakai time santai keluar jalan-jalan ngan family.
Tapi yang menjadi masalah aku ialah, aku masih lagi Bf adik nureen. Nureen ni kalau ngan aku susu dalam botol liat sikit la... asyik nak Bf jer. Cam na aku nak buat? tak kan nak angkat dari bawah pulak...(jangan dok bayang la) Ni yang leceh ni... mak nak melaram skit pun tak boleh. 

 antara blog yang aku rasa maxi dress dia cantik-cantik




Uolls ada tau tak blog yang jual baju kebaya or baju kurung dah siap....
Satu lagi, uolls rasa maxi dress muslimah (ala2 jubah) sesuai ke pakai p opis....

FIKIR....FIKIR.....FIKIR...... (super slute)



5 comments:

  1. aku pun tahun ni beli siap. nk beli online mmg aku xla sbb xreti beli xrasa kecuali baju budak2.

    cuma sepasang baju aku sama ngan kakak aku hantaq bg mak aku hehe.

    ReplyDelete
  2. hehh..pakai bj kurung (ala2 moden) or kebaya la baru nmpk cantik pd hr ry, pstt..lg satu jgn dok pakai maxi dress tu mai opis, buruk beno gayenya..saswei tuk santai jerk tu~bg aku la,mmg xsaswei pun dressing camtuh~

    ReplyDelete
  3. cik sakura~ maksud aku yang macam ala-ala jubah tu bukan yang seksi2 tu mmg la tak sesuai...

    ReplyDelete
  4. kak da~ aku maybe tak buat kot baju kurung kat nureen tp tak tau lg kot2 jumpa yang cantik...

    ReplyDelete
  5. oya pon nk gaks beli..tp...
    pkir pikir gaks ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails