Thursday, July 1, 2010

Ada Apa Dengan Tokek

SALAM

Nama saya TOKEK a.k.a Gecko... dulu saya hidup dengan aman dan damai kat dalam hutan tapi semenjak dua menjak ni hidup saya telah diganggu oleh manusia yang berlumba-lumba nak tangkap dan bela saya. Sudah banyak sedara mara saya kena tangkap dan dijual... Kalau dulu saya boleh suka-suka ati relax kat mana-mana tempat sambil menyanyi dengan suara yang merdu.. nak dengar tak? bunyi dia cam ni ...
TOKKEKK..........TOKKEK.......TOKKEEK.... best tak??
Kalau best, kamu boleh download buat ringtone
Tapi sekarang ni nak nyanyi2 cam tu dah tak boleh sebab silap ari bulan saya kena tangkap dan diletakan kat dalam sangkar, saya tak suka tau...
Saya dengar ada jugak yang sampai bunuh membunuh hanya sebab berebutkan wang hasil jualan saya.
Kenapa manusia suka dengan saya???? Adakah sebab
Suara saya yang merdu???.....nak kasi masuk AF edisi haiwan
Saya dah glemer (dari fasha sandha) kerana ada kawan2 yang masuk TV, surat khabar dan FB
Bentuk badan saya yang langsing.... nak kasi jadi duta London Slimming
Terpesona dengan kecantikan dan kelicinan kulit saya..... nak ofer jadi duta pruduk kecantikan
KENAPA?????

Aku nak menjawab persoalan si tokek ni, kenapa dia menjadi rebutan. sebabnya

Tokek mengandungi suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik.

Zat aktif tersebut diberi nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghalang pertumbuhan kanser, melawan HIV dan H1N1.
(jangan tanya aku apakebendanya theurapetik dan IUPAC Tri-heksipentafenikol  tu)
Jika betul, tentu penemuan ini dapat memberi bayak manafaat pada dunia perubatan...

Rentetan daripada ini barulah aku dapat tau bahawasanya kat tempat keja aku ni dah ada yang bela tokek.
Kalau tak silap aku  ada dalam 5 ekor, depa dok bela kasi besar sebab lagi besar lagi mahal. Harganya mengikut berat tokek tu dan paling kecil yang boleh dijual seberat 200gram. Sangat lumayan kerana ada broker tokek yang sanggup membeli dengan harga RM5K hingga RM30K untuk 50gram hingga 200gram.

Berapa berat saya???

PEHH!!!...aku kalau nak dapat RM30K tu kena buat loan bank la.... pastu kena bayar balik

Aku ingat lagi dulu-dulu masa zaman aku sekolah rendah aku duduk kat umah tok (nenek) aku kat Pulau Tuba (nanti aku crita pasai pulau ni). Boleh dikatakan tiap-tiap malam aku dengar bunyi tokek ni.. masa tu kalau boleh nak p cari binatang tu then halau dia p jauh-jauh sebab bunyik dia sangat menyakitkan telinga aku. kadang-kadang tok aku jolok tokek ni kat alang rumah tak mau nanti malam-malam masa nak tido dia dok bunyi.

Daripada hasil carian aku kat GOOGLE kebanyakan blog atau web yang dok cerita tentang tokek ni adalah dari Indonesia. Orang kat Malaysia pun apa kurangnya... bab-bab duit ni memang laju jer kan?

Uolls nak join jadi tauke tokek ka?
Kalau tak pun nak wallpaper tokek

cumil tak I?

I nak blogging sama boleeh???

Agak-agak posing gini leh masuk majalah tak?

I la pengganti tiger wood


gambo ic I

Hubby pun ckp dia nak bela tokek juga... Biar Betuullllll





9 comments:

  1. my brother in law ada bela 2 ekor.geli aku tengok sebab besar dh :P

    ReplyDelete
  2. Ada apa dengan tokek? selain mukanya yang kiut ia juga bernilai puluhan ribu ringgit.. hehe.. kalau aku tau dari dulu g binatang ni mahal giler.. dari kecik aku tangkap dan pelihara siap buatkan kandang lagi..hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam bertandang lagi..
    moga hari ini lebih baik
    dari semalam..
    MAK AIHH..MAHEINYA
    cicak ni..?

    جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  4. elissmie~ dia pun nak jual jgk ka? klu dah beso lagi mahal la...

    sujairi~ betul la kan... nnt klu nak wat kandang tu ct nak joinventure sama boleh?

    ReplyDelete
  5. zulkbo~ amin... harap2 mcm tu la.
    sbb mahai la depa dok kalut la ni..

    tinie~ nenek awak pun bela tokek jugak ka? hahaha....

    ReplyDelete
  6. hahaha, tak bunuh, maknanya dia bela la tu. takut oh. tapai tokek ni bahaya pun.tak gigit orang pun :)

    ReplyDelete
  7. Anonymous10/3/11 21:51

    saya pon ade bela 2 ekor toke tp dala 200gram ade sape2 nk beli??

    ReplyDelete
  8. hi, kamu masih ada cicak tokeknya atau ada pembeli? kerana saya nak beli. kalau ada please contact kat sayanya. 016-3212209>

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails