I'm Old Enough
Rancangan di TV3 jam 6 petang setiap ahad. Aku pun baru dua kali tengok rancangan ni...
Rancangan ni asalnya dari jepun yang memaparkan realiti sebenar (bukan berlakon) apabila kanak-kanak berumur 3tahun - 5 tahun yang diberi tugasan untuk melakukan sesuatu tanpa diiringi oleh ibu bapa atau orang dewasa tetapi mereka masih diawasi oleh kru pergambaran sepanjang tugasan.
TUGASAN PERTAMA
2 beradik (abang dan adik perempuan)
tugasan- ke kedai membeli bunga, pita peleket dan sayur
Ibunya memberi wang yang diletakan dalam beg kecik untuk setiap orang
Sepanjang perjalanan (berjalan kaki) ke pasaraya abang memimpin tangan adik dan selamat sampai.
Ambil bakul, ambil sayur kemudian cari pita pelekat....tak jumpa bahagian alat tulis
ke bahagian bunga tapi tiada jurujual.... menjerit "Kami nak beli bunga, ada orang tak?"
Jurujual datang dan berjaya beli bunga..nampak pita pelekat atas meja jurujual tapi dah abis
Jumpa pita pelekat tapi tak sampai nak amik sebab rak tinggi sangat
Kemudian terus keluar dari kedai tetapi ditahan oleh pengawal kerana tak bayar barang lain kecuali bunga
si abang pergi bayar barang.
Perjalanan pulang mereka singgah di taman permainan dan naik buai di tepi kaki lima jalan
selamat sampai kerumah dengan mengambil masa 3 jam sedangkan biasanya hanya 30 minit tetapi beg duit si adik tiada. Mereka keluar mencari dan menjumpainya di buai.
TUGASAN KEDUA
2 beradik (kakak dan adik lelaki)
tugasan- ke kedai membeli mee goreng dan ubat demam untuk ibunya
Kena menaiki feri dan tren
Si kakak menjadi ketua, berjaya menaiki feri dan dibantu oleh orang awam yang bimbang tiada orang dewasa bersama mereka
Menaiki tren, kakak membahagikan wang syiling sebanyak 9 keping seorang seperti pesan ibu
di kedai mee... memesan mee goreng, kakak mengangkat adik kerana adik nak tengok mee digoreng
tak jumpa kedai jual ubat, kakak tanya orang dimana kedai ubat
Beli ubat demam dan diberitahu cara makan ubat oleh jurujual
Perjalana pulang perlu tunggu tren, adik mahu membawa bungkusan mee tetapi dimarahi kakak kerana bungkusan tu berat tetapi adik tetap berdegil dan kakak merajuk... adik mula berasa bersalah dan meminta maaf dengan kakak.
Menaiki feri dan selamat sampai ke rumah. Kakak memberitahu cara-cara nak makan ubat kepada ibunya..
*gambar hiasan sahaja*
TUGASAN KETIGA
(semalam punya crita)
2 beradik (abang dan adik perempuan)
tugasan- kekedai membeli kek kerana ibu sakit kaki
Perjalanan ke kedai memerlukan mereka menaiki Feri dalam keadaan hujan lebat
Abang memeberitahu kepada adik bahawa ini pengembaraan pertama mereka
Berjaya menaik feri dan berjalan ke kedai kek dalam hujan
abang terlepas kedai kek dan diberitahu oleh si adik
tiba-tiba adik menangis, abang mula panik
rupa-rupanya adik nak buang air kecil, abang meminta tolong dari jurujual kedai kek
memebeli kek besar yang ditulis "selamat hari lahir"
perjalana pulang yang lancar
ibu telah menunggu diluar rumah kerana bimbang anak-anaknya..
Dua-dua beradik mahu ibunya menutup mata sebelum menunjukan kek tersebut
kek tetap sedap walaupun tulisan tak dapat dibaca (dah jadi penyek2)
Apa yang dipaparkan disini adalah bagaimana kita mendidik anak berdikari. Bila difikirkan balik benda sebegini memang perlu, mungkin satu hari nanti kita tak mampu melakukan kerja tersebut dan anak-anak terpaksa mengambil alih. Tapi sekarang ni di negara kita nak lepas anak main luar rumah pun takut kena culik, rogol, bunuh. So, cam na? Aku juga terfikir jika sesuatu terjadi pada aku, adakah anak aku boleh membuat panggilan kecemasan.Pernah mendengar kanak-kanak di barat berjaya menyelamatkan nyawa ibunya apabila perompak memasuki rumah dan dia membuat panggilan ke 911.
Kalau anak aku???
uolls pulak macam mana pula?
p/s: sory crita aku ringkas2 ja sebab aku malas nak buat ayat panjang2....hehehe