Friday, January 29, 2010

♥ AKU MENANG MERCEDES,TOYOTA,BMW,JACKPOT,TREASURE HUNT ♥

SALAM

Jangan jeeleeesssss....aku menang oii...
hahaha....hehehehe....kahkahkah...
tu la sound gelak aku bila dapat email2 ni... semua ni aku dapat lam bulan jan 2010

2 mercedes 1 toyota 1 bmw
klik kat gambar kasi besar
nampak gaya aku kena buat banyak garaj pas ni...ari-ari aku p keja ngan keta2 ni bos aku mesti panas je tengok then dia lapor SPRM soh siasat aku.....mana tak nya kerani cabuk leh pakai keta cam ni
(padahal bos jeles)

bukan tu ja...tengok ni plak

klik kat gambar kasi besar
aku menang jackpot @ loteri...haduss.. bila la plak aku pandai benda2 alah cam ni. Takat lucky draw tu ada la.. tu pun takat teka2 kacang ngan syiling ja (baru 1 kali dapat)
cuba tengok jumlahnya, juta2 pound tu... klu tukar ngan RM agak2 uolls brapa dapat yer tu tak kira klu aku tukaq RUPIAH (nak p bali) rasanya kena bawak guni gula untuk bubuh duit.

dah kaya nak kaya lagik

klik kat gambar kasi besar

Ni  plak aku dapat harta karun.
Kisahnya.... ada la somebody yang kaya raya telah meninggal @ sakit tenat tapi hartanya yang berkoyan-koyan tu tak dak sapa nak diwariskan so si penghantar email ni nak la detail2 kita untuk dijadikan waris dan bila dah terima duit kena bahagi2 plak ngan si penghantar email. Hartanya plak bukan skit2 tapi berbilion2...jenuh aku bilang kosong-kosong tu

dan

dari microsoft pun ada
klik kat gambar kasi besar

Uolls percaya?



Thursday, January 28, 2010

✿ GIVEAWAY SEMPOI OYA 2010 ✿

SALAM




Uolls ada peti ais? wajib ada kan?......peti besi? kalau duit banyak la kan?
Uolls tak tau nak simpan mana diut syiling yang belambak tu...
Anak2 sejuk bila tido lam bilik ada aircond...

Klu uolls tergolong lam kategori diatas leh la join giveaway ni sebab hadiahnya adalah

5 helai alas peti sejuk @ peti besi
3 biji tabung
1 helai blanket baby

Berminat? Tekan sini  ♥♥♥


Wednesday, January 27, 2010

✿InTeRioR DeSigN ✿

SALAM

My Cousin ♥ Shuhada ♥ baru beli umah sendiri dan sekarang ni dok tengah make-up umah la...
biasa la.. dah la umah cantik,lokasi pun cantik dan harga lagi la cantikkkk...
huhuhu...aku mmg jeles ngan umah dia
tak caya? tengok ni...


   Berlapis-lapis lagi...nak naik atas pun pakai lif.. (aku cong jer)

Kak Da! ... umah besaaarr... cam tu kena interior design cam ni..










 kalau la cam ni, asal aku p KL mestia aku p umah hang walaupun jauh then kena bayaq tol banyak kali
hehehehe.....♥♥♥♥


✿cabutan bertuah di Yanmieonline.com✿


SALAM

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di  

Cobaan nasib selepas First time dapat hadiah lucky draw... mana tau kot2 kali ni bertuah lagik
tak rugi pun mencuba kan?
Aku dapat tau adanya lucky draw ni dari SHUHADA...dia tinggal pesan kat shoutbox aku suruh tengok n3 baru dia...pandai noooo...nak aku masuk then jadikan dia referer..
Uolls mesti join lucky draw ni  then semestinya letak CTNURKHIJAH sebagai referer anda
Apa tunggu lagik tarikh tutup pun dah nak dekat ni......31/01/2010 pukul 11.59 p.m


Monday, January 25, 2010

BeFoRe & AftER

SALAM

Banyak benda yang sebelum lain dan selepas lain pulak jadiknya...tak kiralah dari apa segi sekalipun yang pasti semuanya akan berubah...



 Betul ke ni?



SapA PuNya Ni?

SALAM

Aku nak crita skit tapi tak mau panjang2, bejela-jela, melerek-lerek dan sewaktu ngannya....OPS! tapi aku dah melalut skit...
Al-kisahnya semalam (malam tau!) aku  se family p Langkawi Perade (of cos kat Langkawi kan?) sbb kat sini tak dak JJ klu tak aku grenti p JJ punya...sob..sob..kad JJ aku dah expired sbb sini tak dak JJ..huhuhu..
Ok-Ok teruskan..
nawaitu asalnyan nak p beli baju tido adik nureen ngan abang naufal ja tapi bila My hubby cakap beli le apa ayang nak TAPI...dalam RM50++ jer... huhuhu.. berkira!
(aku tau sbb dia nak pakai kad plastik esok gaji baru bayar...kurang RM50 kena cash) hehehe..maka mulalah operasi aku mencari apa yang berkenan dan rege harus dalam bajet tadi.

Kelebek p kelebek mai... aku bekenan ngan barang dalam (bra) .... LESS 70% tu... aku pun rembat la 2 lai..
usha lagik...hah! seluar sukan...bleh jugak yg lama dah nampak lusuh...dan top selai..
kira p kira mai...tolak LESS gedebuk gedebak... total RM50++ hah berjaya operasi aku...
My hubby pun p la bayar kat kaunter ujung sana...... aku amik alih dukung adik nureen
(isk..isk.. makin berat budak ni)
Abang naufal? Dok usha2 awek2 patung kat situ..
naufal: Mak? Awat patung ni hitam? depa makan kicap ka?
aku: erk.. yela kot...sambil tangan aku dok angkat letak selai baju yang agak2 bekenan....
Dah. Jom!
OK!
jalan p Parking, stat keta, masuk gear, jalan....
Sampai umah.
Dah siap semua aku pun lepak2 depan tv sambil godek2 barang2 beli tadi...
TAPI...

aku: Ni Sapa Punya?
My hubby: Ayang La....muka heran
aku: Bukan la...ayang tak beli pun underwear
My hubby: Ya ka? tapi dah budak pompuan (cashier) tu buh sekali mana abang tau ..ingat ayang beli
Aku: Budak tu salah ni...awat abang tak bagitau bukan kita punya barang..
My hubby: Mana abang tau...abang bayar ja.. patut sampai RM60++

betul jugak la..my hubby tak tengok pun barang apa aku pilih , dia tau bawa resit p bayar ja...
aku semak balik resit tu...sah. barang tu ada lam senarai kat resit tu...RM13

My hubby: nak p tukaq ka? nak wat cam na?
aku: dah lewat, tutup dah kedai..mmm tak pa la..

Aku tak kisah klu barang tu aku bleh guna MasaLahnya... saiz XL...besar ooo...

Pesanan Penaja: kalau ada perkataan yang uolls tak paham sila bagitau yer..


Thursday, January 21, 2010

CACAMARBA

SALAM

BORING + LAPAR + MENGANTUK + SEJUK = BLOG WALKING & POST N3

BORING " tak de keja nak buat sbb waran peruntukan belum terima tak bleh la bayar klim2 depa tu"

LAPAR "makan 1 biji kuih ketayap ja breakpas tadi, kul 10 tak p makan, tunggu lunch plak"

MENGANTUK "semalam adik nureen buat perangai takmo tido"

SEJUK "aircond kat opis ni sejuk nak mampus rasa cam dok lam petiais mau aku bawa toto wat selimut"

BLOG WALKING "dah banyak blog aku jalan2 n tgal jejak dgn harapan depa jalan2 kat sini plak"

POST N3 "Haruussss....untuk tatapan  dan bacaan pengunjung2 yang baik hati,cute,hensem,bgaya hehe.."


Tuesday, January 19, 2010

BUAT APA TU???....

SALAM

Nureen....Nureen.....Nureen....
"Abang naufal, mana adik Nureen?"
'Tak tau.... Abang nak Tengok katon roket ni"...(little einsteins)

"ish... mana p pulak ni?"
"mak! mak! ni adik nureen kat sini..."(abang naufal)
"mana"?
ni




"kat sini rupanya....adik buat apa tu??"

"Meh sini cepat...."



"He...He...He.." (adik nureen)

"Kuaq sini...buat apa kat situ?"

"Adik main ja...."(abang naufal)



"Jangan main kat situ....ada habuk la.."




"Mak... nak tengok Pocoyo? (abang naufal)"

"Tengok la...tapi tengok adik sama...."

OK!

aku perasan gak seminggu dua ni adik nureen slalu rajin dok main kat celah2 antara dua sofa tu...
Kena la aku ringan2 kan tangan ni slalu vacum kat bawah2 sofa tu...




Monday, January 18, 2010

KASUT BUAYA

SALAM

Kasut buaya??? eemm... penah dengar? tengok? beli? pakai? alah.. yang kasut dari plastik tu..
cam ni ha...



Kita slalu beli untuk anak2... mak & ayahnya pun pakai jugak kan? Dulu aku pun beli jugak untuk abang naufal tapi sejak dapat tahu kasut ni ada keburukanya so aku dah tukar yang lain... Bila tengok kat kedai atau tenet nampak cantik jer sebab ada macam2 warna dah tu bleh plak taruk katun2 macam bagai kat lubang2 depan kasut tu.... So aku ada baca & tengok benda ni kat tenet jugak la penah jadik cam ni pada pemakai kasut buaya ni...







Benda2 cam ni selalu jadik kat budak2 sebab kelalaian budak tu sendiri atau kegagalan mak ayah untuk  protek anak2 dan alert dengan bahaya....Asal p shoping ja..naik eskelator mata si mak dah melilau-lilau tengok barang2 tambah2 plak SALE!! SALE!!



Aku bukanya nak sabotaj kedai2 kat shoping mall,online atau pasar mlam sekalipun tapi cuma nak bagitau sedikit info kepada pemakaianya...



Jangan sampai jadi cam ni baru kita nak salahkan orang tu orang ni...saman sana saman sini....



Thursday, January 14, 2010

CABUTAN BERTUAH MDM 2010

SALAM




WOW! banyaknya hadiah....
ni yang aku nak bagitau ni, ada blogger yang sangat la bermurah hati wat lucky draw. hadiah2nya banyak sangat dan semua best2 belaka kalu tak caya tengok ni...


Nak Tak?

Tarikh tutup: 10-02-2010



:::~~~UniK~~~::::

SALAM

Semua dah ada kalendar 2010? kalau tak dak lagi, aku bleh kasi calendar FREE.... tak payah beli barang ngan aku (cam kat supermaket/kedai cina apek/kedai tok runcit hamidah DLL)  sbb aku memang tak jual barang pun... ada gak cita2 nak buka kedai online..

Amik la Kalendar ni...




Bepinau bijik mata aku nak tengok ari bulan kat kalendar ni



Wednesday, January 13, 2010

COBALAH JADIK KREATIF SKIT

SALAM

Di suatu petang yang indah....ari cuti. Lapar la pulak, nak makan apa yer? aku pun p la selongkar satu sudut yang di beri nama dapur...


jgn tertipu ni bukan dapur umah aku

aiseh... bekalan dah abis la...
abah: Dah abis ke? napa tak beli?
mak: lupa la, slalu beli kita ja yang makan anak2 takmo
abah: Klu kosong cam tu mmg budak2 tak mo, cuba la kreatif skit baru depa syok
mak: kreatif? cam na?
abah: tu...cari lam tenet nak wat cam na....

Dan akhirnya ni yang aku dapat


Uolls rajin ke nak wat cam ni?


SAPA NAK DUIT DARI NUFF?

SALAM

dalam dok blogwalking ni aku terjumpa 1 blog yang bagi skit tips cam na nak dapatkan earning dari NUFFNANG
Aku tau uolls ramai dah tau nak wat cam na kan? tapi mungkin ada skit -skit yang belum uolls tau lagi seperti

1. INNIT ni tempat korang ping la blog korang dan bagitau kat orang lain korang buat post terbaru.Kat innit juga korang boleh masuk ke chat box.Cara ini juga korang boleh sekali gus promote blog korang dan suruh orang nang.

2.Untuk mendapatkan earning dari nuffnang juga korang kena ingat korang mesti dapatkan ber ip address dari asia saja.Kalau orang selain asia yang klik iklan korang,korang takkan dapat satu ape pun.Kalau boleh korang kena cari la orang yang datang dari malaysia



3.Setiap kali post korang guna la pingmyblog.com ni.Ini memudahkan crawler google ni mencari post terbaru korang.

Klu nak tau lebih lagi bleh klik kat sini :....:

HOREY!!!!...HOREY!!!!....

SALAM

Memang sonok rasa dihati (walau masih ada masalah yg tak selesai lagi) sebabnya lepas aku dok usaha mekup balik blog ni dari kemarin, baru jam 10.30 am tadi siap seperti yang aku nak (buat masa ni)

Masalahnya aku tak tau nak buat bagi jadik 3 kolum. Banyak aku nak buh lam blog ni...
ulaq sawa, badak berendam,anak gajah,t-rex,barney,pokoyo heheheh...

Semalam (malam semalam bukan kemarin) aku sampai mintak tolong ngan kak da tapi tak sempat (bz ngan anak & pek barang nak pindah) dia nak tolong buat aku dah buat dah....apapun makasih yer

Kalau nak wat tutorial aku tak pandai tapi klu uolls nak tau cara2nya bleh la blaja kat sini
bagi aku kat sini tutorialnya mudah nak faham (bagi orang yang tak berapa nak pandai cam aku ni)

AMARAN: SILA KOMEN KALAU ADA APA2 YANG KURENG MENYENANGKAN UOLLS


Tuesday, January 12, 2010

BLACK BEAUTY

SALAM

aku tak nak tulis panjang lebar cuma nak uolls LAYAN......
:
:
:
:
:
:


















Related Posts with Thumbnails