As salam
Entry ni adalah sambungan dari From Langkawi To Hasbaya South Lebanon entry ni sepatutnya dah lama kuar tapi tak tau la pasai pa baru ari ni ct publish..hehehe
10 hari lepas ct pos parcel tu hubby bagitau barang dah sampai di pos opis kat sana. Dengan penuh semangat keesokanya hubby nak p amik tapi hajat tak kesampaian dek kerana banyak sangat yang mesti di selesaikan sebab pos opis kat sana tu bukan dibawah atau kawalan pihak kita dah masuk sempadan lain dah... ct pun kurang faham sangat tapi itulah yang hubby bagitau.
Makan masa 2 ari jugak nak seesaikan masalah tu.. hampir-hampir barang ct hantar tu nak direturn kalau hubby tak p amik. Last hubby minta tolong ngan orang sana (rakyat lebanon) yg bekerja dalam kem tu tolong amik kat barang tu. Alhamdulillah.. akhirnya dapat jugak. Ct kat sini dah takut dah kena return balik...sia-sia ja hantar jauh-jauh dan mahal-mahal kena return.
Keadaan barang? menurut apa yg hubby bagitau
Kuih raya dalam 3 bekas tu ada skit yg pecah dan memang dah berterabur dalam bekas kuih tu tapi still leh makan
Rempeyek dan maruku ni 90% hancur sebab ct letak dalam plastik ja...sungguh kurang bijak tapi hubby kata hancur pun habis jugak dia makan.... tak tau la cam na dia makan, pakai sudu kot... belasah je lah
Cokelat sedikit lembik... ct bagi cokelat kit kat ngan van hauten (hubby suka cokelat)
Yang 100% ok nya nescafe 3 in 1
dan yang paling special kad raya ada lagu raya...hahahaha first time ct hantar kad raya pada hubby
Macam-macam kan ct pos tak macam bungkusan raya sangat pun... rasa happy sangat bila skype malam tu hubby tunjuk barang yang ct pos tu kat atas katil dia
Tapi kan yang ct heran sangat ni pasai pa ada wife2 anggota MALCOY 7 yang nak hantar parcel berisi makanan cam ct hantar tu, Pos opis kat tempat depa tak mau terima. Ada pos opis yang kata tak leh hantar makanan takut tak lepas kat kastam nanti..sebelum ct pos ari tu ct ada tanya kat pos opis kat sini, depa kata ok ja hantar makanan janji makanan kering tak basah , berair dan tak berbau... Sepatutnya POS MALAYSIA kena sama la peraturanya untuk 1 Malaysia kan..ni lain plak jadinya.Kesian pada yang tak dapat nak hantar tu...last2 ada yang hantar kad raya jer.
*harap tahun depan dapat beraya ngan hubby*
itu la kan ct... lain tempat lain pula caranya. patutnya sama ja kan... susah la nak cakap kan. Macam myna ari tu.. pangkalan kompul..pehtu depa hantaq sekali..... kos depa tanggung la kot.. sebab x da minta payment pun...
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah.. dah selamat sampai dekat habby kan...