As salam
Mulai ari ni hingga jumaat maybe aku tak dapat berhubung ngan hubby disana sebab hubby kena p kursus.. selalunya hampir tiap malam kami akan chat di FB atau skype. Sebelum ni paling lama kami tak dapat chat pada cuti hari raya yang lepas.. dalam seminggu lebih jugak la... Sms tu ada jugak hantar, minta maaf segala bagai.
Hubby bagitau dia kena p kursus di Naqoura (tak pasti cam na sebutan)..Ingatkan di sana tak dak la kena kursus, rupa-rupanya ada jugak yer...
Aku google cari tempat tu kat google map dan jarak Naqoura dari hasbaya
Dan hasilnya
klik kat gambo untuk kasi lagi jelas
127KM... ambil masa dalam 3 jam 30 minit
Ikutkan dalam map tu tempatnya cam kat tepi laut jer.. mesti cantik kan..
Macam dalam gambar ni
Lupa plak nak tanya hubby apa nama tempat ni
Batu dalam laut tu hidup dan membesar... ikut kata penduduk setempat la
Walau apapun aku tetap bimbang keselamatan hubby disana... kisah wartawan di somalia tu buat aku tak senang duduk.. harap hubby selamat sampai di Naqoura dan selamat balik ke kem di hasbaya.
*tak sabar nak tunggu 31 disember 2011*
No comments:
Post a Comment