Monday, September 12, 2011

Kerabu Sotong versi Ct

As salam

Ct ni bukan la pandai masak... rajin masak pun tak jugak cuma sekali sekala tu dah cemuih dok makan benda yang lebih kurang ja so try la yang len skit dari selalu.
Kalau sotong ni selalu ct buat sambal ataupun goreng tepung ja, tapi kali ni rasa nak makan kerabu sotong plak. Resepi ni tak dak rujuk mana2 pun... bila nak buat tu dok terbayang rupa dah rasa kerabu sotong di Restoran Bamboo (klik kalau nak tau)
Berbekalkan bayangan tu maka terhasilah kerabu sotong versi ct ni

ok tak rupanya?
senang ja nak buat semua main potong , campak pastu gaul dah siap
skit cara dan bahan nak buat kalau korang nak cuba la

sotong (celur)
cili api atau cili besar (hiris kecil)
tomato (potong dadu)
bawang besar (potong dadu)
daun ketumbar (daun sahaja dihiris halus)
jus lemon
garam

Korang celur sotong tu skit pastu campur ngan semua bahan kat atas tu. Gaulkan skit then dah siap.. tapi ct suka klau letak lam peti sejuk kejap baru makan. Kalau tak mau cili api atau cili besar tu bleh jugak letak sos cili tapi kita orang malaysia ni mana best kalau tak letak cili api kan..
Jus lemon tu bleh jugak guna jus limau tapi lebih afdal kalau letak jus lemon.. rasanya len skit.

Selamat mencuba!

* sila abaikan mangkuk ct yg tak omel cam mangkuk vantage korang*


1 comment:

  1. makbed pun takde mangkuk vantage ok...janji kenyang! hehehhee..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails