Monday, September 26, 2011

Kecewa dengan Klinik Kesihatan Kuah Langkawi

As salam

Ct pernah tempek kat wall FB 2 bulan yang lepas kot pasai naufal jadik gatai-gatai dah ambil ubat banyak tempat banyak doktor tapi tak ok jugak... Ada yang kata aczema, ada kata jangkitan kulat then masa raya ari tu ke klinik di alor star katanya kayap pulak.
Yang susah skit sebab dia ada G6PD bukan semua ubat dia bleh makan.
Mula-mula dulu jadik cam ni

 kat ketiak.... hospital langkawi kata aczema
Bagi ubat makan dan ubat sapu kaler putih.... Ct pun mula cari info pasai aczema ni.. dapat tau la jugak sikit-sikit. Ok la kejap dalam semingguthen jadi balik, Ct ke klinik kesihatan kuah...MA yang check..kasi lagi ubat yang lebih kurang sama.Lepas tu hilang kejap gatai tu kemudian abis ubat jadik pulak cenggini

 Di paha dan pelipat belakang lutut...ada skit di telinga
Ct ke klinik swasta kasi 2 jenis ubat sapu kaler putih dan purple. Doktor kata alahan...
3 Kali ct ke klinik swata ni...

Balik kampung raya ari tu naik balik bintik-bintik yang dalamnya ada cecair putih cam nanah.
 kalau cenggini mesti badan pun panas nak demam
Ini yang terbaru jadi... Semalam.
Tadi ke klinik kesihatan kuah yang baru siap tu dalam pukul 1.30 ambil naufal dari sekolah terus ke situ.
Ini First time ct ke klinik tu sejak beropersi di bangunan baru tu so tercangak2 jugak la cari kaunter.
Dah daftar ambil no giliran terus ke kaunter saringan. Kat sini ada la nurse amik suhu badan dan berat.
Ada sorang nurse dok periksa sorang pesakit yg ct tau tu budak Navy.
Ok lah ct letak kad dlam bakul yang ditanda "MASUKAN KAD"
Terus duduk di kerusi  menunggu yang betul-betul depan nurse tadi. Lepas tu ada suami isteri bwk anak kecik ni letak kad depan nurse tu terus dia check then depa masuk dulu lam bilik rawatan. dalam ati ni... tak pe lah anak kecik masuk dulu lah..
Dok tunggu nurse tu panggil untuk check tapi nan ado... dia bleh letak kepala atas meja lapik ngan lengan dia cam tido kat opis tu... Ct bangun ke bakul tadi baru dia tanya
 "tak check lagi ke?"
Dah tak panggil
Tadi mai time saya tak de kat sini kot
Tak lah... tadi ada navy tu so saya letak kad dalam ni...dah tulis letak sini
Tapi doktor dah nak kuar ni.. ada lagi 2 pesakit dalam bilik dktor tu
tapi saya nak jumpa doktor jugak
Takpa lah masuk bilik 2

Ct masuk situ ada pompuan dah galas henbeg pegang kunci keta..memang nak kuar la tu
Saya dah nak kuar ni...
ye ker?... dah tu
Tak pa lah... sakit apa?
Gatai-gatai dan jadik cenggini (sambil tunjuk tempat sakit tu) dah lama jadi cam ni...banyak ubat dah amik tapi tak ok jugak.. kalau boleh minta ubat jenis lain la tu pun kalau ada..
Ni fungal (betul ke ejaan) je ni, saya bagi ubat sapu.. jangan dok ambil ubat itu ini.. tu yang tak ok
Dah saya datang jumpa lain2 doktor pastu doktor yang cakap sakit eczema la, alahan la tu pasal lain-lain
ubat..saya ambil je la
Fungal memang lambat baik.. tahu ke apa tu fungal?
(yang ni buat aku tak puas ati dengan nada cara dia tanya tu..cam perli kita yg tak pandai bab medik ni)
Jangkitan Kulat
Ni saya bagi ubat banyak skit untuk 1 bulan
Ct diam je... amik slip ubat terus kuar memang tak ucap terima kasih pun..

ini ubatnya

agak-agak cukup ke untuk satu bulan bila guna 2 kali sehari untuk di 3 tempat cam gambar atas tu?
Ct rasa paling lama seminggu jer.. memang ct merungut tak puas ati kat kaunter farmasi tadi 
Dah la check pun macam apa tah pastu ubat banyak ni untuk sebulan...
budak laki kat farmasi tu diam jer
 
Ct tak pasti dia tu doktor ke MA... dok cari name tag dia tp tak jumpa nak jugak tau nama dia.
Sebenarnya ct nak jumpa doktor kat bilik sebelah.. doktor lelaki india... kalau ngan dia menang puas ati..
Terpikir jugak salah ct ke sebab datang time rehat kul 1.30 tu.... tapi tak de plak tulis kat klinik tu kul 1 hingga kul 2 rehat so memang ada servis la time tu kan.... tapi pun kalau ct kacau dia nak kuar rehat jangan la layan cam kita pesakit ni pesalah kena merayu suh dia check...
Niat sebenar tu nak jumpa doktor india tu sebab yang lepas ct dah bincang ngan dia kalau tak ok nak minta dia buat surat untuk rujuk ke pakar kulit. Dah jadik cenggini terbantut niat tu.
Kalau tak silap, kat Hospital Langkawi ni tak de pakar... kena buat temujanji bila pakar dari Alor setar datang sini tu yang susah skit.. klinik swasta pun tak de pakar kulit.
 
Makan pun kena pantang ni... no seafood just ikan cam orang lam pantang tu. Pagi-pagi ct kena buat lauk untuk bawa ke taska.
Sapa tau ikan apa lagi yang bleh makan..tak gatal selain gelama, gerut,talang...
Dah tak tau nak beli ikan apa ni.
 
*PURPLE= nurse & MA@doktor*
*BIRU= CT*
 

9 comments:

  1. try gi klinik chiang kat perlis bandar kangar ni..saya pun jadi 6 doktor 3 bomoh saya gi. Setahun merana..alhamdulillah skrg kulit licin setelah 6 bulan guna ubat. insya-Allah..hamba Allah puterakodok30@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Dr perempuan tu ckp slang luar n rambut paras bahu ke?

    ReplyDelete
  3. mane2 klinik kesihatan/desa akan rehat jam 1-2 tak kira ada tulis ke tak mgatakan dorg rehat. hanya kes2 kecemasan sahaja dorg btindak. lau sesi klinik, kul 2 la jawabnya.

    yg pasal nurse tak panggil. dorg nurse tak panggil.. sbb kebanyakan pesakit yg datang klinik tu dah tahu cara2 step pintu ke pintu. i2 pasal nurse tak panggil.

    ubat kt klinik kesihatan, dorg bg terhad. maklumlah bayar free..... lau ubt tu dah habis. datang balik mitak ubt. dorg tak bg ubt byk2 skali dtg. lau lah dah pulih dalam masa seminggu. ubt yg banyak2 tu nanti membazir plak.

    saya ni bukan nk mbela servis klinik tu. sy pun kdg2 kecewa jugak dengan layanan mcm ni. tp lama2 kita akan faham....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab masa rehat tu saya setuju maybe salah saya sbb pi time rhat...
      Tapi bab nurse tak panggil kurang setuju maksud tak panggil tu bukan panggil masuk bilik doktor tapi utk ke kaunter saringan... klu tak panggil ke kaunter tu maknanya sampai ke klinik tutup kita still kat situ sbb kad tak akan di bawa ke dalam bilik doktor.. sblum masuk bilik doktor kna check di kaunter tu dulu...

      ubat tu abis 3 ari jer... pastu saya kna k sana amik lagi... sy kerja tu pasal minta lebih skit...lagi pon mmg banyak kna ltak, banyak tmpat..bukan minta sampai sepuluh.. minta 2 je..

      tak pa, kita punya pandangan masing-masing....
      saya dah tahu, mmg byak rungutan ttg doktor tu.. ramai yg tak puas ati dengan layanan dia..

      Delete
    2. Anonymous15/3/13 10:42

      Saya nak menerangkan sedikit pasal keadaan anak puan.. tu ialah penyakit kulit.. iaity eczema.. eczema sebenarnya ialah satu jenis penyakit kulit disebabkan oleh alahan kepada persekitaran.. sebab alahan ni luas sangat kadang kadang susah nak hindari. sebab alahan ni banyak jenis.. eczema ialah alahan kulit kronik. sebab tu dia asyik berulang. selagi tak hindari atau kenal pasti apa alahan dia tu, memang dia akan asyik berulang. yang jadi bintik bintik putih tu sebab eczema ni biasanya gatal dan semestinya tak tahan nak garu. kuku kita memang banyak bacteria. sebab selepas garu tu jadinya. kulit yang digaru tu selepas luka dijangkiti kuman. sebab tulah ezcema ni susah dirawat. tapi ubat rawatannya sama je.. ubatannya sememangnya tidak boleh merawat tetapi melegakan saja symptom penyakit kulit tu. Mungkin sebab kekurangan penjelasan.. so menyebabkan pun rasa standard dan tak puas dengan ubat yang diberi. dan pasal bekalan ubat, dalam slip ubat memang doktor boleh tulis berapa banyak bekalan ubat. tapi ubat tu pharmacy yang bagi. biasanya pharmacy tak akan ikut jumlah bekalan yang diberi sebab stok ubat memang terhad. diminta puan dapat faham akan kesukaran kat pharmacy jugak.

      Delete
  4. Anonymous2/1/14 13:18

    Dok prempuan tuer Nama Juanita halili mmg gampang ckit doc tuer kdg kdg krg ajr jga..hanya doc poh yg trbaik disitu

    ReplyDelete
  5. Dh ok ke anak? Alahan tu btk kt pelipat ke?slalunye tu kite pggil eczema.mmg susah nk baik...klo dh terok kite refer dermatologist. Kute bg hydrocort ngn aqueous cream.tp klo dh nanah..kna amik antibiotic or kekdg antiviral tgk kpd result kumam

    ReplyDelete
  6. Anonymous20/4/14 09:45

    SAKIT ANAK DAH OK KE? ANAK SAYA PUN KENA EKZEMA GAK.. DAH TRY MACAM2 UBAT.. APA KATA AKAK LETAK BEDAK WARNA MERAH JENAMA 'AGNESIA' TU.. ALHAMDULILLAH EKZEMA ANAK SAYA DAH KURANG.. LA NI MUKA DI TRUS JADI LICIN MCM BUDAK2 LAIN.. (KLU X TAU, SEARCH KAT GOOGLE :))

    ReplyDelete
  7. Anonymous6/6/14 13:48

    kesian tgk...ade 1 krim bgs kat kelantan....ubat cino cbg....klu tnya org kelantn kbnyakan tau...krim tu bagus...
    klu nk try lh contact no ni... 0169868565-jue...ni sis i dia stay kat klntan n dia xniaga pun krim ni..tp sy rs kesian sbb tgk mcm teruk kulit...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails