Wednesday, August 17, 2011

From Langkawi TO Hasbaya South Lebanon

As salam



Harap kuih-kuih dalam ni selamat sampai ke tangan hubby tanpa ada yang cedera parah hancur. Aku dah cuba sedaya upaya bungkus dengan sebaiknya. Separuh ja kuih raya, separuh lagi benda lain tapi makanan jugak sebab hubby ada maslah dengan benda makan kat sana.
Hubby tak makan kambing tapi kat sana boleh dikatakan hari-hari menu utama ialah kambing so hubby cakap dia makan telur ngan sayur dan kadang-kadang ada ayam tu kira nasib baik lah.
Sebenarnya banyak yang aku nak hantar tapi buat masa ni yang lebih penting ialah kuih raya kan.. Hantar skit dulu lah...


 Sikit-sikit pun dah 4.5 kg sudah... Kos untuk 4.5kg ni RM126.40 mengunakan parcel Air Mail maknanya 2 minggu baru sampai, makanya 7 hari puasa ari tu aku dah siap pos dah sebab bajet sampai dalam minggu ke-3 puasa. Lambat-lambat nanti lepas raya plak baru sampai sian hubby orang lain dah dapat kiriman dari family dia tak dapat lagi... Kalau ringan-ringan tu maunya aku hantar pakai pos laju saja... 4 ari dah sampai tapi bila dikira kos pos untuk 4.5 kg tu adalah RM550... pengsan dah la elaun belum dapat lagik nih
Cam na lah sambutan hari raua kat sana kan?.... Hubby plak ni lah first time kena beraya jauh dari family. Selalunya kalau kena duty raya pun, raya ke-2 atau ke-3 dah dapat balik kampung dah. Bila sebut pasal cuti raya ni teringat kat sahabat ct... Myna ngan Mr.A cam na cuti raya depa tahun ni....sabar yer mesti ada hikmah disebaliknya...

Ahhhhh..... rindunya my hubby


* Setahun je pakai baju loreng.... pasni kena setia balik ke baju putih*

5 comments:

  1. :) semoga kueh raya akak selamat sampai..

    ReplyDelete
  2. hmmm xpe dia berjuang utk negara kan...so bersyukur sbb kamu ada suami yg sangat setia n sygkan negara...I'm proud with u n family..

    ReplyDelete
  3. @haNem dah sampai dah di bumi lebanon tp blum sampai ketanga hubby lahi...hehehe

    ReplyDelete
  4. @aLeesYa's Mummy Tq...isteri kat sini pun kena berkorban jugak...:)

    ReplyDelete
  5. banyak pahala berkorban ni.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails