Friday, September 30, 2011

Hadiah dari EH! sudah sampai

As salam

Dalam entry
 PROMOSI OGOS MENANG PRODUK VICHY
Hari selasa lepas barangnya sudah sampai
Keputusan di web EH! hari ni baru kuar tapi suratnya ct dah dapat minggu lepas

Sekarang ct baru jer cuba gunakan Produk Garnier so rasanya set ni nak di let go

boleh tgok info tentang produk Vichy di FB VICHY

Ada sesiapa yang berminat?
RM50 untuk semua termasuk  pos laju

~SOLD OUT~
 

Thursday, September 29, 2011

Potong...Potong...Potong...

As salam


Tajuk cam iklan langgan internet syarikat apa tah..lupa sudah...
Niat nak potong ni dari nak sambut raya ari tu tapi dok bertangguh sampai ahad lepas baru potong.
Potong apa????


Ni ha, potong rambutt naufal.
Dulu masa hubby ada memang hubby yang uruskan semua ni, ct malas nak ikut depa pi potong rambut..malas nak menunggu. Dalam 2 bulan hubby disana rasanya ni kali kedua ct bawa naufal pi potong rambut. Ada 2,3 kedai yang selalu hubby dok p so ct p tengok-tengok dulu orang ramai ke tak.. kalau ramai balik dulu la tunggu ari lain pulak tu pasal yang tertangguh lama.
Segan la nak tunggu kat kedai gunting tu sebab kan situ orang lelaki ja... rasa janggal plak. Ahad tu lalu je depan kedai pastu tengok tak de orang terus berenti.... asalnya nak ke tempat lain.
Kedai india... kecik ja kedainya tp ada aircond so sejuk gila tambah plak kat luar ujan..
Yang tak tahan tu lagu tamil kuat nak mampus
RM6 saja



Wednesday, September 28, 2011

Baju melayu selepas raya

As salam

Dah habis raya pun nak tempah baju melayu lagi?
Bukan untuk tahun depan punya ataupun raya haji tapi untuk Nasyid
Naufal join Nasyid kat taska so ni kain cikgu bagi suruh tempah buat baju melayu atau pun yang seangkatan dengannya.

Memandangkan Naufal dah ada 3 pasang baju melayu so kali ni buat style lain la plak.
Buat baju cam raihan tu... yang butang depan

Ini kainya....
Ct pun tak pasti  nasyid ni ada pertandingan ke apa, tak sempat nak tanya cikgu lagi...


Tuesday, September 27, 2011

Jamuan Raya Terakhir

As salam

Rasa baru ja sambut raya ari tu.. tup-tup lagi 5,6 hari dah nak abis dah bulan syawal. Biasa la kan, time raya cuti panjang.
Kakitangan awam kat sini ada  buat jamuan raya hari Jumaat lepas... Meriah sangat lebih meriah dari tahun lepas. Makanan pun meriah jugak... macam-macam ada.... tapi bukan ct yang masak la.
satay, kek coklat, ketupat, buah, rendang ayam


Kuih raya banyak jenis jugak, crabstik popia dan puding roti
Laksa dan koteow sup (tak nampak lam gambaq ni)
Banyak lagi yang tak ada dlm gambaq ... rojak, lontong
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua staff awam di Mawilla 3
Sayangnya Pegawai awam tak dapat hadir last minit sebab kena mesyuarat.
Insyaallah.. tahun depan harap lebih meriah lagi

Hari sabtu pi jamuan raya pangkalan pulak yang ni termasuk staff tentera la.
Ct sampai pun dah lewat, duduk kat luar dewan je kat dalam dah penuh... lepas makan skit terus balik
Hubby tak de tak best la.. nak ambil makanan pun susah skit ngan anak-anak.. orang len duduk jer kat meja nanti suami masing2 hantarkan makanan.
Tak pe lah janji join jugak.

Tempek skit gambar budak bertuah ni time on da way balik umah



Bye!!!!


Monday, September 26, 2011

Kecewa dengan Klinik Kesihatan Kuah Langkawi

As salam

Ct pernah tempek kat wall FB 2 bulan yang lepas kot pasai naufal jadik gatai-gatai dah ambil ubat banyak tempat banyak doktor tapi tak ok jugak... Ada yang kata aczema, ada kata jangkitan kulat then masa raya ari tu ke klinik di alor star katanya kayap pulak.
Yang susah skit sebab dia ada G6PD bukan semua ubat dia bleh makan.
Mula-mula dulu jadik cam ni

 kat ketiak.... hospital langkawi kata aczema
Bagi ubat makan dan ubat sapu kaler putih.... Ct pun mula cari info pasai aczema ni.. dapat tau la jugak sikit-sikit. Ok la kejap dalam semingguthen jadi balik, Ct ke klinik kesihatan kuah...MA yang check..kasi lagi ubat yang lebih kurang sama.Lepas tu hilang kejap gatai tu kemudian abis ubat jadik pulak cenggini

 Di paha dan pelipat belakang lutut...ada skit di telinga
Ct ke klinik swasta kasi 2 jenis ubat sapu kaler putih dan purple. Doktor kata alahan...
3 Kali ct ke klinik swata ni...

Balik kampung raya ari tu naik balik bintik-bintik yang dalamnya ada cecair putih cam nanah.
 kalau cenggini mesti badan pun panas nak demam
Ini yang terbaru jadi... Semalam.
Tadi ke klinik kesihatan kuah yang baru siap tu dalam pukul 1.30 ambil naufal dari sekolah terus ke situ.
Ini First time ct ke klinik tu sejak beropersi di bangunan baru tu so tercangak2 jugak la cari kaunter.
Dah daftar ambil no giliran terus ke kaunter saringan. Kat sini ada la nurse amik suhu badan dan berat.
Ada sorang nurse dok periksa sorang pesakit yg ct tau tu budak Navy.
Ok lah ct letak kad dlam bakul yang ditanda "MASUKAN KAD"
Terus duduk di kerusi  menunggu yang betul-betul depan nurse tadi. Lepas tu ada suami isteri bwk anak kecik ni letak kad depan nurse tu terus dia check then depa masuk dulu lam bilik rawatan. dalam ati ni... tak pe lah anak kecik masuk dulu lah..
Dok tunggu nurse tu panggil untuk check tapi nan ado... dia bleh letak kepala atas meja lapik ngan lengan dia cam tido kat opis tu... Ct bangun ke bakul tadi baru dia tanya
 "tak check lagi ke?"
Dah tak panggil
Tadi mai time saya tak de kat sini kot
Tak lah... tadi ada navy tu so saya letak kad dalam ni...dah tulis letak sini
Tapi doktor dah nak kuar ni.. ada lagi 2 pesakit dalam bilik dktor tu
tapi saya nak jumpa doktor jugak
Takpa lah masuk bilik 2

Ct masuk situ ada pompuan dah galas henbeg pegang kunci keta..memang nak kuar la tu
Saya dah nak kuar ni...
ye ker?... dah tu
Tak pa lah... sakit apa?
Gatai-gatai dan jadik cenggini (sambil tunjuk tempat sakit tu) dah lama jadi cam ni...banyak ubat dah amik tapi tak ok jugak.. kalau boleh minta ubat jenis lain la tu pun kalau ada..
Ni fungal (betul ke ejaan) je ni, saya bagi ubat sapu.. jangan dok ambil ubat itu ini.. tu yang tak ok
Dah saya datang jumpa lain2 doktor pastu doktor yang cakap sakit eczema la, alahan la tu pasal lain-lain
ubat..saya ambil je la
Fungal memang lambat baik.. tahu ke apa tu fungal?
(yang ni buat aku tak puas ati dengan nada cara dia tanya tu..cam perli kita yg tak pandai bab medik ni)
Jangkitan Kulat
Ni saya bagi ubat banyak skit untuk 1 bulan
Ct diam je... amik slip ubat terus kuar memang tak ucap terima kasih pun..

ini ubatnya

agak-agak cukup ke untuk satu bulan bila guna 2 kali sehari untuk di 3 tempat cam gambar atas tu?
Ct rasa paling lama seminggu jer.. memang ct merungut tak puas ati kat kaunter farmasi tadi 
Dah la check pun macam apa tah pastu ubat banyak ni untuk sebulan...
budak laki kat farmasi tu diam jer
 
Ct tak pasti dia tu doktor ke MA... dok cari name tag dia tp tak jumpa nak jugak tau nama dia.
Sebenarnya ct nak jumpa doktor kat bilik sebelah.. doktor lelaki india... kalau ngan dia menang puas ati..
Terpikir jugak salah ct ke sebab datang time rehat kul 1.30 tu.... tapi tak de plak tulis kat klinik tu kul 1 hingga kul 2 rehat so memang ada servis la time tu kan.... tapi pun kalau ct kacau dia nak kuar rehat jangan la layan cam kita pesakit ni pesalah kena merayu suh dia check...
Niat sebenar tu nak jumpa doktor india tu sebab yang lepas ct dah bincang ngan dia kalau tak ok nak minta dia buat surat untuk rujuk ke pakar kulit. Dah jadik cenggini terbantut niat tu.
Kalau tak silap, kat Hospital Langkawi ni tak de pakar... kena buat temujanji bila pakar dari Alor setar datang sini tu yang susah skit.. klinik swasta pun tak de pakar kulit.
 
Makan pun kena pantang ni... no seafood just ikan cam orang lam pantang tu. Pagi-pagi ct kena buat lauk untuk bawa ke taska.
Sapa tau ikan apa lagi yang bleh makan..tak gatal selain gelama, gerut,talang...
Dah tak tau nak beli ikan apa ni.
 
*PURPLE= nurse & MA@doktor*
*BIRU= CT*
 

Dapur Sarat F&N

Sebelum ni ct ada join Contest Dapur Sarat F&N  tapi tak menang pun... biasa la hantar pun 4,5 borang jer memang tak da harapan sangat la nak menang.
Keputusan penuh Contest ni ada kuar dalam surat khabar ari tu. Memang tak de nama ct tapi 2 minggu lepas ct terima sampul berisi buku resepi RAMPAI KARI hasil dari join contest ni.
Tak pasti pulak semua yang join dapat buku ni atau yang terpilih jer yang dapat ataupun penyertaan pling awal yg terima.. apapun ok la jugak kan...


Dalam banyak-banyak resepi kari dan pastinya menggunakan Susu F&N ada satu resepi yang ct cam nak cuba


Taraaaaaa....
Gulai Petai Pakis
Nampak sodap tu, dah lama tak makan pucuk paku pakis ni.... tambah udang plak...

Perghhhhh...

*Entry Autopublish*

Saturday, September 24, 2011

Over Time!!!

As salam

Bukan ct yang over time tapi pengasuh nureen (Kak Sal) sebabnya start hari isnin ni ct kena berkursus di Hotel Langkasuka Langkawi..... 5 minit jer dari umah ct.
Asalnya memang tak de nama ct pun tapi disebabkan nak cukupkan 7 hari wajib kursus tu maka opismate ct minta tolong ngan bahagian latihan tu selitkan nama kami berdua... last2 dapat jugak la tapi kami berdua ni tak disediakan bilik la, tak pe kalau sedia bilik pun ct tetap akan tido kat umah jugak...
Best2 sebab lepas ni dah cukup la 7 hari tu so tak payah la lagi pikir nak kena berkursus jauh-jauh tinggalkan anak-anak.
Disebabkan malam pun ada kelas jugak maka kena minta tolong ngan Kak Sal overtime jagakan Naufal ngan Nureen dari pukul 8 hingga 10.30mlm. Selalu Nureen je Kak Sal jaga, Naufal ke taska just petang kalau ct lambat ambil di taska baru Kak sal tolong ambilkan Naufal... Taska depan umah Kak sal jer.

Yang lain ct tak bimbang sangat sebab tau dah Naufal ngan Nureen memang ok di rumah Kak Sal tu kadang2 sampai ct nak ajak balik pun depa tak mau... syok la kat situ ada kawan nak main kat umah ni depa dua ja. Yang bimbang tu Kalau dah pukul 10.30 abis kelas gedebuk gedebak maunya 11mlm baru sampai umah Kak Sal jangan Naufal tido sudah la... boleh kejutkan tapi dia akan buat perangai ... dah la umah Kak Sal tingkat 1 pastu umah aku plak tingkat 3... kena berangkut la kami anak beranak malam2 buta.
Nak buat cam na kan... redah je lah. Demi kerjaya jugak anak-anak harap semua berjalan ngan lancar.

*Entry lepas ni adalah Autopublish yer... tu pun kalau ct rajin nak menaip*


Tuesday, September 20, 2011

Free Seats lagi dari Air Asia...... JoM BeRcUti

As salam



Malam ni korang jangan tido awai tau... tunggu kul 12.01 pagi terus buka web AIR ASIA untuk booking
Kalau tak dapat leh cuba lagi sehinggga 25 September 2011
Berdasarkan pengalaman yang lepas kalau boking time opis hour ni memang susah skit la..
Booking sekarang untuk Travel 3 May 2012 hingga 27 Oktober 2012

Diana Amir berhijab Tapi Fida tunjuk bahu


As salam

Selepas Siti Nordiana berhijab maka tiba plak masa Diana Amir pulak mengikut jejak berhijab comel cam Irma Hasmie...
 Tak pasti Diana amir ni berhijab dalam lakonan ataupun untuk majlis tertentu tapi comel jer kan

TAPI!!!!!!!
Apa yang jadik pada FIDA


Fesyen apa plak tak tau la... Kalau pakai inner neck pun apa salahnya kan? 



Fida buka tudung bila dating ngan Mamat

As salam

Baru je baca pasal Siti Nordiana dah bertudung tup-tup timbul plak Fida yang asalnya bertudung dah buka tudungnya bila kuar dating ngan boipren si mamat sepah tu.. apa dah jadi ni???
Kalau tak caya tengok gambaq ni


nampak tak si mamat yang tukang amik gambaq tu
 
Dah ikut pesyen sedaranya Tok T pulak dah... alahai napa jadi gini? Tak kan pasal dah bercinta ngan artis so kuar dating pun kena buka tudung?
 
Sumber dari SINI

Monday, September 19, 2011

Langkawi Anglers!!!! apa tu?

As salam

Awal-awal pagi tadi dapat sms dari adik ct
"Tengok Video ni kat You Tube, Langkawi anglers"

Dah memang ct dok depan pc so terus cari dan jumpa la vidoe ni
Jom tengok


Patut la pun.... nak bagitau dia dpat ikan la tu.... alah 2kg je
Tu yang dok tarik kail sampai naik urat-urat lengan tu adik ct la yang nombor 3..
single but not available

*len kali mai bagi sekor dua kat kat kak hang ni, baru leh puji hang terer mangail*


EH! Promosi ogos menang produk Vichy

As salam

Alhamdulillah ada lagi rezeki ct dengan EH!
Pagi tu bila dapat surat dengan sampul Blu Inc tak sabar nak tengok isinya.

horey!!!!!!
 Ct tak lah dapat hadiah RM5K tapi RM150 jer... but alhamdulillah bagi orang baru dalam dunia contest ni. Hadiahnya lambat lagi nak sampai sebab ct bukan bleh nak p amik di opis Blu Inc tu, terpaksa minta depa tolong poskan, setakat ni dari beberapa majalah yang ct menang semua hadiah selamat sampai ke tangan ct mengunakan kaedah pos. Ct bayar le kos pos hadiah tu.

Hadiah ni dari EH! isu Ogos yang covernya Yuna... korang ada beli tak?

Di laman web http://www.eh.com.my/  ada result untuk promosi bulan Julai.. ct ada menang jugak macam ENTRY INI tapi yang tu belum dapat apa-apa info dari Blu Inc lagi...

*Bulan ni mula beli Marie Claire & Female*


Sunday, September 18, 2011

3 hari cuti yang boring

As salam

Wah... sakan korang jalan-jalan atur open house dari pagi sampai ke malam tu pun ada lagi yang tak sempat singgah... banyak entry pasal open house jer ni..
Aku plak tak de p banyak open house pun.. just ke rumah pengasuh nureen tu ja..
selebihnya cuti 3 hari ni dimanafaatkan dengan membasuh baju...lipat baju.... masak...makan...tido...tengok tv dan keluar round-round ke pantai chenang.
Plan nak bawa naufal ngan nureen ke taman tapi asyik hujan la petang-petang ni. Cancel ke taman so jalan-jalan jer merabihkan minyak keta ke pantai chenang....padang mat sirat.....pantai kok... walaupun tak de apa pun kat sana. Dah boring sangat dah... Naufal yang ajak aku jalan-jalan tapi bila naik keta jer dalam 15 minit tengok-tengok dia dah tido...hampeh tul

tempek gambaq skit



Pantai sebelah Airport...
Naufal ngan nureen tunggu kapal terbang berlepas @ mendarat pastu lambai-lambai macam ada abah depa dalam tu
Nak makan laksa power pun tak bleh sebab tak buka lagi gerainya.... raya lagi.



Wednesday, September 14, 2011

Off dua hari...kena pi kursus


As salam

Mulai ari ni hingga jumaat maybe aku tak dapat berhubung ngan hubby disana sebab hubby kena p kursus.. selalunya hampir tiap malam kami akan chat di FB atau skype. Sebelum ni paling lama kami tak dapat chat pada cuti hari raya yang lepas.. dalam seminggu lebih jugak la... Sms tu ada jugak hantar, minta maaf segala bagai.

Hubby bagitau dia kena p kursus di  Naqoura (tak pasti cam na sebutan)..Ingatkan di sana tak dak la kena kursus, rupa-rupanya ada jugak yer...
Aku google cari tempat tu kat google map dan jarak Naqoura dari hasbaya
Dan hasilnya

klik kat gambo untuk kasi lagi jelas
 127KM... ambil masa dalam 3 jam 30 minit

Ikutkan dalam map tu tempatnya cam kat tepi laut jer.. mesti cantik kan..
Macam dalam gambar ni

 Lupa plak nak tanya hubby apa nama tempat ni

Batu dalam laut tu hidup dan membesar... ikut kata penduduk setempat la

Walau apapun aku tetap bimbang keselamatan hubby disana... kisah wartawan di somalia tu buat aku tak senang duduk.. harap hubby selamat sampai di Naqoura dan selamat balik ke kem di hasbaya.

*tak sabar nak tunggu 31 disember 2011*

Perhatian untuk pemilik @ pengguna ASUS EEE PC 1015pw

As salam
Ada sesiapa yang menggunakan @ memiliki @ mempunya pengalaman dengan ASUS EEE PC 1015pw?
minta jasa baik korang untuk bagi sedikit pendapat tentangnya sebab ct dah jatuh cinta denganya....
Ini yang ct tengok di kedai pc ... bila nampak jer terus jatuh ati nak memilikinya....

Model ni ada banyak lagi warna tapi di kedai tu hanya ada pink jer... purple tu pun cantik jugak

*klik untuk lebih jelas*
Ini spesifikasinya..ct tak pandai sangat bab ni, nak tanya hubby pun dia tak de so tanya korang la maybe ada yang lebih arif.
Harga di kedai tu RM1399.... google ada jugak yg jual RM1205 tapi kalau beli on line ni cam tak puas hati pulak.

Harap ada yang sudi membantu
Untuk Syed Saiful Azly...... adakah permohonan diluluskan?


Tuesday, September 13, 2011

Bahtera purba di jalan raya

As salam

Ini cerita jadi hari sabtu yang lepas tapi sekarang baru nak tempek kat sini... biasa la mood berblog suam-suam kuku mood berFB ja yang tengah hoootttt... lagi-lagi dapat chat ngan hubby, 4,5 jam pun tak terasa...
Ok, berbalik pada tajuk kat atas tu

Dalam perjalanan balik ke rumah dari pasar, car wash, pejabat pos dan beli paper aku perasan kat jalan sebelah (arah bertentangan) ada orang majlis perbandaran dok potong dahan-dahan pokok kat tepi jalan, memang selalu aku tengok pun tapi kali ni cam ramai pulak nampak meriah...
Pastu kedepan skit ada MPV polis Trafik plak.... orang pun ramai plak dok kat tepi jalan tu...

Nun dari jauh aku nampak something yang luarbiasa ada kat atas jalan
Cer korang tengok
V
V
V
V


Bahtera purba???? belayar kat atas jalan raya
Lebih kurang sama tinggi ngan tiang lampu tu.
Aku pun tak pasti benda ni dari mana dan nak dibawa ke mana tapi cam pernah tengok tapi dimana ya...
Maybe akan ada acara apa-apa kot kat sini. Aku la ni jarang sangat kuar jalan-jalan pusing langkawi so tak tau sangat la, ari-ari aku dok pusing area kuah je

Bahtera tu dibawa atas traler... cer tengok...
 Patut la kat depan sebelum jumpa bahtera ni ada orang dok potong dahan pokok, takut sangkut la kot...

tu je nak crita... Bye

UP DATE ; patut la cam aku pernah tengok benda ni.. rupanya selama ni ada di tanjung lembung yg aku ari-ari lalu nak p keja... Bahtera tu kepunyaan Tun Doktor Mahathir dan depa nak bawa p ke Galeria Perdana di Kilim.... Jarak perjalanan 15km tapi amik masa 6 jam nak sampai... bukan senang nak bawa benda ni kan...


10 lipstik avon sudah sampai

As salam

TQ Wansteddy sebab bagitau kat ct pasal hadiah ni... sehari sebelum cuti raya ct dapat hadiah ni di opis.
Ini ct menang dari Cosmopolitan.. First time join terus ada rezeki ngan cosmo.

Dapat 10 lipstik  avon tapi dalam gambar tu ada 7 ja sebab member opis dah beli 3 dah
Alah jual murah-murah ja lagipun mana habis ct nak guna semua ni sekurang-kurangnya dapat balik kos pos barang tu.
Balik kampung raya ari tu dah kasi kat mak ngan mak mertua sorang satu then ct guna 1.. ada lagi 4 kat ct. tengah pikir nak buat apa ngan 4 lagi tu , ct memang tak guna semuanya sebab avon ni cam kurang serasi skit ngan bibir ct ni.. jadik kering...
Nak buat giveaway kot.. tapi tunggu la bila free skit.

*yang tak best sekarang susah nak dapat Cosmo kat Langkawi ni. dah tanya pada Cosmo cam nak nak langgan tapi dia suh call plak.. tu yg malas tu nak call sana sini* 


Related Posts with Thumbnails