Tuesday, August 24, 2010

✿Sesiapa pandai tentang payslip, boleh tolong ct.....✿.

SALAM

Dah hampir 3 tahun....... ct di Mawilla 3 dan selama itu jugak ct hanya dapat payslip/slip gaji 6 bulan sekali. Uolls nak tau kenapa? Gini ceritanya...

-Bulan 9 2007 ct bertukar ke Mawilla 3 langkawi, masa tu unit ni baru beroperasi so apa pun tak dak lagi.. Kod pusat pembayar pun tak wujud lagi... ct staf awam pertama kat sini (yang lain tentera)
- Segala hal pentadbiran dan gaji sepatutnya dibawah TLDM sg. nyior di butterworth tup-tup ditolak dengan alasan Mawilla 3 di langkawi kedah so tak boleh dibayar oleh AG p.pinang maka ct ditumpangkan di Kem Oran Perlis (kem terdekat)
-So payslip ct minta tolong staf di perlis pos kan.(5.6 bulan skali baru dapat).... Sebelum dapat tukar payslip ni pun macam-macam masalah dah timbul... Jawatan dan kadar cola salah di KEW8. nak dapat KEW8 baru punyalah lambat sampai masuk tahun lain....
-Ok takat tu..... Dah dapat gaji pun dikira ok lah.
-2009 disini dah ada kod pusat pembayar, so ct nak tukarkan balik payslip ke sini.
-Cuba buat pertukaran guna KEW8 petukaran yang lama. AG tolak, nak yang terbaru...
-Mohon CKA (di KL) buat KEW8 baru tapi depa tak nak buat
-Lepas bagi alasan dan sebab baru KEW8 baru dapat.
-Di kew8 diletakan "Dipindahan pentadbiran dan urusan gaji ke mawilla 3"
-AG tolak lagi sebab nak KEW8 "Ditukarkan ke mawilla 3"

Hadoi!!!! AG ni pun satu lah.... kejap nak macam ni... kejap macam ni....
Tahun 2007 dan 2008 punya kenaikan pada Oktober hampir 1 tahun baru ct dapat..
tahun ni punya KEW8 kenaikan dah dapat tapi tak leh buat tindakan sebab kena tunggu payslip aku ditukar ke sini. kalau tak sempat tindakan bulan 12?
Sekarang ni memang la ct dapat gaji tiap-tiap bulan cuma payslip ja tak dapat tapi mulai bulan 6 tahun ni payslip dah boleh di print dari laman web AG... senang la. Yang ct takut ialah sekiranya ct bertukar ke unit lain lagi sekali macam mana pulak? Dan setiap kali kenaikan tahunan ct kena hantar KEW8 ke perlis, tambahan pulak bulan oktober kena buat tindakan cepat-cepat.
Tak tau la sekarang ni nak minta tolong ngan sapa.... ct dah jadi malu nak minta tolong, merayu orang tolong uruskan benda ni takut nanti kata orang kata dok push depa lah.....

Dah nak masuk tiga tahun... semua pakat dok tolak sana, tolak sini...
huh! buruknya muka..


Hah! yang ni cummil....



DAN



3 comments:

  1. Kak ct cuba tanya dengan unit gaji di state tempat kak ct bekerja. mmg lambat la kalo main2 tolak sana sini mcm ni. kena pegi follow up sendiri dengan pihak AG. Ag mmg suka kuiri pun. pening kadang2 nak ikut arahan mana satu. :((

    ReplyDelete
  2. chek xtau psl payslip ni..tp hope yg terbaik utk ct,gudluck!!

    ReplyDelete
  3. salam kak,
    sy mmg buat keje bhgian gaji..
    tapi sy SAD, bukan AG..
    mmg masalahla Ag kuiri2 ni, orang gaji kena pandai cakap2 skit ngan ag ni...
    mmg kami kat sini, tak terlayan staf punya masalah... beribu orang kan..
    mmg akak kena uruskan sendiri, kena gesa2 skit org SM...kena buat muka tebal..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails