Tuesday, August 17, 2010

♥ Dugaan Di Bulan Ramadhan.... rumah terbakar ♥

SALAM

Petang semalam dalam dok sibuk-sibuk menyediakan membeli juadah berbuka hubby dapat info mengatakan rumah dua anggota Navy terbakar di ulu melaka langkawi. Dalam fikiran aku, ingat terbakar sikit ja tapi rupanya terbakar teruk tinggal sehelai sepinggang ja..

Piring astro je yang tinggal


Semuanya hangus...

Menurut daripada sumber-sumber yang dipercayai kejadian berlaku lebih kurang pukul 3.45 petang, rumah 2 tingkat dan berkembar 4 yang diduduki oleh 4 keluarga. 2 anggota navy dari pangkalan tempat aku bekerja yang menyewa disitu adalah 2 mangsa yang paling teruk. gambar kat atas tu rumah diaorang lah..
Isteri-isteri diaorang tak sempat selamatkan apa-apa sebab hanya sedar selepas api dah agak besar dan marak dengan cepat kerana bahagian atas rumah tersebut adalah kayu. Salah seorangnya mengalami lecur kerana masuk semula ke dalam rumah mencari anaknya..

isteri mangsa.. duduk tidak bertudung dan yang bertudung coklat

Rasanya bomba pun lambat jugak la nak sampai sebab balai bomba di Kuah  dan kedudukan rumah didalam kampung yang jalan sempit susah jentera bomba nak masuk


motor, basikal kiri kanan jalan menyusahkan bomba ja..


itu aje yang tinggal..

2 keluarga tu, diberi penempatan sementara di sebuah hotel untuk malam semalam dan ari ni mereka diberi rumah keluarga dan segala urusan perabot, api ,air telah diuruskan. Tadi pun kutipan derma juga telah dibuat. Balik nanti aku nak cari baju anak-anak aku yang masih elok untuk diberi pada anak-anak mereka sebab kalau tak silap aku anak-anak depa pun lebih kurang baya anak aku jugak...


Lk 1 Rusmanizam dan PO Syukri (beruniform Navy)

Ya Allah, kuatkan dan tabahkanlah hati mereka ini untuk menerima dugaanmu....
segala yang berlaku pasti ada hikmahnya dan ingatlah Allah hanya menguji kita setakat yang kita termampu (kata-kata dari ratuhati Amyna)

8 comments:

  1. salam akak..
    kejadian neh belakang umah sewa iyra..
    and I was there too.
    kesian kan diorg.. dugaan sungguh~

    *btw, membe iyra gempaq bgtau umah sewa iyra yg terbakar.. panik I lari balik tau.. skali belakang umah.. huishhh~ ketaq lutut x abes lagi..

    ReplyDelete
  2. semOga kedua-dua buah keluarga tersebut tabah menghadapi ujian ini..amiin.

    ~_^

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.. hangus semua~ moga mereka tabah hadapi dugaan ni.

    ReplyDelete
  4. Seminggu pertama puasa tahun ni mcm2 malapetaka yg berlaku. Smoga kita smua terus tabah menghadapi dugaan bulan puasa tahun ini. Unt 2 kluarga tersebut salam takziah.

    ReplyDelete
  5. iyra~ oooo.. dekat umah iyra la. akak tau kat ulu melaka ja tp tak penah p umah depa... gambo tu pun amik dr FB member..

    ReplyDelete
  6. emiysandra~ buat masa skg tengok diaorang memang tabah cuma isteri sorang tu yang trauma skit..

    ReplyDelete
  7. Nafira~ Harap-harap begitulah, kami disini sebagai kawan cuba membantu setakat yang boleh...

    ReplyDelete
  8. Fazemy~ ye lah... yang kemalangan, banjir dan macam2 lagi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails