Tuesday, February 28, 2012

Won Travel voucher worth RM1K

As salam

Serius Ct memang tak ingat kontest apa yang Ct join
 "My Favourite Mall Poll"
Rasanya Ct ada jawab survey tapi tak pasti jugak dimana....

Apapun yang bestnya ialah

Dah lama terima email ni tapi takut jugak kalau-kalau scam ke apa kan sebab Ct tak dari tau dari mana. Lepas call person inchage tu untuk comfirmkan balik then PPK hantar surat untuk foward bersama ic ke Travel Agent di KL. Time tu Ct memang nak ke KL so Ct terus ke opis tarvel agent tu di Changkat Bukit Bintang...Wisma GTT (Golden Trans Tour) kalau tak silap Ct
Dalam hati ni masih ragu-ragu tapi minggu lepas Ct ada call ke GTT diaorang sedang kumpul semua pemenang (tak pasti ada berapa) baru akan diberi voucher tersebut tapi jika Ct nak travel dalam masa terdekat just bagitau diaorang....

Ada jugak tanya voucer tu cam na kan.... katanya bernilai RM1K dan boleh diguna untuk tiket flight  atau hotel...jika guna kurang dari tu tak akan dapat baki tapi kalau guna lebih kena bayar sendiri la baki tu...
Voucer tu laku dalam masa setahun saja. Boleh guna untuk semua hotel

Tengah pikir-pikir samaada nak guna untuk hotel family holiday DISINI
Atau guna untuk boking flight next holiday....
Apapun tunggu voucer tu sampai ke tangan dulu lah.

Ada sesiapa tau pasal ni? atau menang jugak cam ni?



Monday, February 27, 2012

Susu Tiruan di Pulau Pinang

As salam

MOHD. FAISAL bersama anaknya menunjukkan perbezaan bungkusan susu tepung yang biasa dibelinya (kiri) dan yang didakwa tiruan (kanan) di Bayan Baru, George Town semalam.

 GEORGE TOWN - Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini, pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk putih yang menyerupai susu tepung.

Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya berwarna krim.

"Bukan itu sahaja, susu tepung itu tidak mempunyai bau dan rasa seperti yang dibeli pada setiap bulan, sejak anak sulung, Muhammad Afiq Hafizuddin berusia dua bulan.

"Mujur kami berjaya mengesan lebih awal dan tidak sempat memberinya minum lagi," katanya sambil menyatakan susu tepung itu dibeli pada harga diskaun iaitu RM16.99 bagi setiap 700 gram.

Dalam pada itu, Mohd. Faisal turut memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pasar raya terbabit pada 18 Februari lalu dan mereka turut mengesan susu tepung lain berjenama sama yang bungkusannya mencurigakan.

"Pihak pasar raya terbabit memberitahu akan mengambil tindakan termasuk menghubungi syarikat pembekal susu itu untuk memaklumkan perkara tersebut. 

Waaaaa....macam ku kenal je produk susu tersebut..harganya pun seperti yang selalu Ct beli.
Tapi tak pernah jumpa pulak bungkus cam gitu....harap-harap benda ni akan cepat diambil tindakan oleh pihak yang sepatutnya...:(



Decoupage minggu ini

As salam

Ni dah dalam kategori projek terbengkalai sebab dari bulan januari nak buat, last-last minggu ni baru siap
Kena rajin-rajin selalu buat nak bagi mantap lagi hasilnya...la ni tahap amatur lagi
Bahan pun susah nak dapat kat sini...harap apa yang ada jer
Ok lah..jom tengok apa projek minggu ni

 Asalnya pasu bunga yang pastik tu jer
Pastu kerjakan sampai jadi cam ni
Then
 topup lagi ngan bunga-bunga tak seberapa tu
NI first time Ct gubah bunga sendiri....jenuh jugak dok telek kat youtube
betul ke orang gubah bunga cam ni?

Closeup skit....kalau dapat bunga merah terang tu lagi syok kan...
Tak pa ada satu lagi pasu kosong, nanti pi cari bunga merah menyala gitu...hehehe

*TaTa*


Sunday, February 26, 2012

Berhati-hati ingatlah yang tersayang

Assalam

Masa kami pi Underwaterworld Langkawi ari tu ada la jugak beli cenderamata...walaupun memang dok kat sini tapi belum tentu pi selalu kat situ..
Ada budak pompuan yang dok amik gambar pastu nanti dah last jalan nak keluar tu ada gerai jual gambar kita tadi..ikut suka la nak beli ke tak...
Memandangkan kami ni pakai camera cap ayam ja so beli la jugak gambar tu yg diambil guna DSLR kan....
Ada jugak beli


Apa nama benda ni????? lupa plak
Hubby suh letak lam keta....bagus la tu, kot-kot drive laju pastu tengok gambar family slow la balik.
Boleh gitu?

*TaTa*


Saturday, February 25, 2012

Ready To Eat Bolognese

Assalam

Bolognese????? Nak sebut cam na pun tak tau...Ct memang tak makan benda-benda gini , tak kena dengan tekak orang kampung hehehe
Dah tak makan so tak penah masak le jawabnya....tapi Naufal pulak terpengaruh ngan kartun di Astro Disney Junior tu....dah 2,3 kali dia cakap nak makan speghatti
Arrrr....tak pe nanti mak buatkan
Dalam ati dah cakap cam na nak buat ni?
boleh ja cari kat internet resepinya tapi dengan hanya Naufal sorang ja nak makan tu pun belum tentu dia makan lagi....
Ke bilion tadi terjumpa pulak ni

 Terus amik 1 untuk Naufal..nak cuba jer dulu
Just panaskan dalam microwave
Sebab tak dak microwave Ct buh aje lam Oven tapi suhu kena slow skit takut terbakar bekas tu plak

 Ini lah hasilnya

Naufal cakap sedap...entah la, tu ikut selera dia.
Nanti la cuba buat sendiri maybe lagi sedap dari yang ni kot.....hahaha

*TaTa*


Friday, February 24, 2012

Won CD Jaclyn Victor

As salam

Hadiah yang tak dijangka..... hari rabu lepas Ct memang menunggu satu surat penting dari SINI. Bila pi check pigeon hold ada 2 plak sampul untuk ct.
tengok di sampul ada cop Majalah Byu...baru teringat ct penah sekali beli majalah ni pada bulan januari ari tu sebab nak join beberapa kontest sempena ulang tahun majalah tu.
dan inilah hasil dari kontest tu

CD JACLYN VICTOR.....Keunggulan
Dapat saguhati jer...hadiah utama tak tahu plak benda apa sebab kat dalam majalah tak de bagitau pun.
Ok lah....lagu-lagu pun best jugak la...:P

TQ Byu


Thursday, February 23, 2012

Puding Little Star

As salam

Selalu jugak buat Puding roti ni bila da lebihan roti naufal buat bekpes pagi-pagi tu... Nureen plak suka sangat makan puding ni.
Dah lama ct amik resepi ni tp tak ingat kat mana ct amik...rasanya macam di MyResepi
Nak buat pun senang sangat dan bahan-bahan pun tak banyak
 
Asyik buat dalam bekas biulat yer so ari ni cari kelainan skit

Laps-laps ngan adunan yang dicampur serbuk coco
Tak berapa cantik ct punya lapis  tu...tangan tak berseni langsung
Tapi sedap tau!
hahahahaha.....masuk bakul angkat sendiri

Ni rupa bekas tu...beli di Avon

Kalau ada yang nak amik resepi nanti Ct tempek kat sini yer....resepinya ada kat umah


Wednesday, February 22, 2012

Yeahhhh.....:) :) :)

Assalam


Walaupun bukan ke obersee tapi happy jugak



Tuesday, February 21, 2012

Alaisyah Jewel dari LISA

As salam

Hadiah kedua dari Majalah LISA
Yang pertama DISINI
Set produk Alaisyah Jewel
Kalau tak silap nilainya dalam seratus lebih
 Pencuci muka
Penyegar
Krim Pelembab siang
Krim anti Jeragat
Serum

Ct terpaksa gunakan khidmat kurier untuk collect hadiah ni di opis LISA...So charge agak mahal
LISA tak hantar hadiah guna kurier just pakai poslaju yang tak boleh pos jika da bahan cecair cam penyegar tu...tu satu masalah bagi yang tak tinggal area KL
Nak minta kawan tolong amik kan rasa cam menyusahkan depa pulak....huhuhu

*Tata*


Monday, February 20, 2012

Ngidam Kerabu Mangga

As salam

My hubby dah lama tak jumpa makanan malaysia kat sana nun.. balik sini cakap nak makan kerabu mangga pulak... Nak buat sendiri takut tak menjadi sebab memang tak penah buat pun, sian la pulak nanti orang yang ngidam tu...hehehe
Jalan selamat dengan pi makan kat kedai je lah

Selalu kerabu mangga ni kedai makan Thailand yang pemes kan? pusing punya pusing tak tau nak pilih kedai man satu, padahal banyak jer kedai Masakan Thai kat sini. Last kami ke Restoran Mangga 2 di jalan ke Pantai Chenang berdepan ngan hotel Fave yang baru buka tu..First time makan kat situ...Nama pu Mangga 2, kata mana Mangga 1 pun tak tau

Ini lah rupa kerabu mangga tu....sedap jugak walaupun Ct tak minat sangat ngan kerabu ni.. Ct suka kerabu sotong ja 

Lauk lain yang kami oder...Siakap Stim...Kalau dapat jenahak lagi best ni..
Serius jenahak lagi sedap dari siakap kalau stim..
Ari tu jenahak tak de plak kat kedai tu...huhuhu..
Lauk yang lain ok jer lah tapi rasanya lagi sedap di rostoran simpang tiga kat kedawang.

Nanti mai Langkawi boleh la singgah makan kat sini yer..:)

*TaTa*


Pinggu!!!!!

Assalam

Lama tak tengok crita pinggu

Jom Layannnnnnn







*TaTa*

Lokasi: Underwaterworld Langkawi


Saturday, February 18, 2012

Doll Cuti 1Malaysia

As salam

Ramai yang dapat ni....Depa siap dapat 2,3 doll tu...Ct dapat 1 jer pun
Cam na depa leh dapat banyak yer? huhuhu...
Nak jugak doll malay tu...cute sangat
 Ct dapat yang india punya... Doll ni ada macam-macam ikut bangsa..melayu, cina ,india

Apapun Tq pada Cuti-Cuti 1Malaysia

*Tata*


Friday, February 17, 2012

Underwaterworld Langkawi

As salam

Dah lama tak pegi underwaterworld, sejak balik keja kat sini tak pegi lagi...dulu pi tak dak penguin pon..La ni dah ada so teringin gak nak pi tengok...hahaha
Korang pun dah tau kot ada apa dalam ni.. so layan gambar je lah




 Aduhai.. bolat sungguh Naufal tu

 Ni, Naufal yang suruh Ct snap...nak gambar ngan popcorn ikan katanya...
Belakang tu ada pertunjukan ular..Ct tak tengok pun, takut jugak besar gila ular tedung tu. hubby jer yang tunggu situ..





 Dah penat jalan dalam tu...menunggu hubby amik kereta kat parking

Harga tiket untuk yang ada Ic alamat Langkawi...separuh harga so kalau nak tau harga sebenar sila darab 2
dewasa RM14
kanak-kanak  RM9

Langkawian Karnival Promo
Harga ada subsidi dari EDEN Berhad

*TaTa*


Thursday, February 16, 2012

Kempen Kumpul dan Tukar kembali lagi

As salam

Tahun lepas dah ada kempen ni... BACA DISINI
Bulan ni tokey kedai ubat cina tu bagitau kempen ni ada pulak....waaaahhhhh..best ni
Khas untuk Lectogen 3 sahaja..Lectogen 1 & 2 tak boleh.. ada sebab tak boleh buat promosi untuk susu formula umur bawah 3 tahun

Kumpul penutup kotak sebelah bawah yang ada lambang lectogen dan barkod
6 X Barkod tu = 1kotak lectogen
Kalau yang  kotak 700g so 6x barkod 700g la...
cam tu jugak yang 1 kg lebih tu (tak ingat plak brapa berat sebenar) 6 x barkod dapat 1 kotak yg 1kg++

Lepas abis kemepan ari tu Ct memang dah siap-siap simpan barkod ni...then bila dapat tau bleh tukar pulak..dah banyak la yg terkumpul..

Ada yang tanya kat mana ada kempen ni?
Sebenarnya Ct tak pasti kat semua tempat ada ke kempen ni.. kat Langkawi ni cuma kedai ubat cina tu saja yang boleh tukar..Tokey tu cakap kat Langkawi dia saja yang buat promosi dan kat tempat lain ada jugak kedai runcit yang buat.. Ini promosi dari pengedar yang hantar susu tu.

Sempat la kot tukar 2,3 kotak lagi...hehehe


Original Kebab From Lebanon

As salam

Ari tu ada cerita antara yang hubby bawa balik dari lebanon ada lah roti kebab yang besar-besar cam bantal tu...So ada masa hormon kerajinan datang tu kita buat la kan..
Roti dia jer yg original from Lebanon tapi resepi inti sendiri bikin campur ngan apa yang hubby bagitau dia makan kat sana

Ini lah rupa Kebab tu yer....sebijik cam bantal yang tak de kakabu...hehehe

Antara bahan untuk inti
kentang goreng yang dah digoreng skit-skit masak
Isi ayam cincang
tomato dipotong dadu
lobak merah potong dadu
timun potong panjang-panjang
bawang besar potong dadu
daun salad skit

Panas minyak, masuk bawang,isi ayam... kacau skit bubuh garam...serbuk lada...
pastu lobak merah...lobak ni kalau dah sagat tak payah nak masak sekali kot sbb dah lembut dah.

sapu mayonis atas roti

letak sos skit....bersepah sos tu...hahaha

Then, letak la inti yg dimasak tadi ngan kentang, timun dan salad tu

Pastu gulung-gulung ikut suka ati

Masak dalam oven dalam 5 minit sampai roti tu garing @ keras skit

Rasanya boleh tahan jugak...maybe kalau inti tu nanti diciptarasa lagi maka lagi marbeles la kot..hahaha

*TaTa*





Related Posts with Thumbnails