SALAM
Baru-baru ni ct rasa ramai yang tahu tentang isu fesyen sanggul tinggi yang dikatakan semakin popular dikalangan kita terutama bagi pengantin. Ct juga ada baca di blog-blog tentang isu ini dimana wanita sekarang gemar membuat sanggul tinggi untuk bagi menampak lagi kecantikan bila bertudung. Sememangnya ct tak berapa berkenan dengan fesyen sanggul tinggi ni, tetapi tak sangka pulak fesyen ni dikatakan haram.
tingginya sanggul dia..
Tapi bila ct baca di ruangan pertanyaan tentang agama di dalam sebuah akhbar, terjawab jugak...
Hari ini pul ct terjumpa cerita tentang fesyen tudung yang di pin kan dibelakang sehingga menampakkan bentuk leher wanita. Ini boleh dikatakan fesyen yang terkini dan raya tahun ni tudung fesyen ni sangat laris....
sebenarnya tudung ni tak de pin pun kat belakang (ada juga yg ada butang) tapi disebabkan kretif, ramai yang meletakan pin, lagi ketat lagi cantik katanya....
contoh yang belum dipin..cantik jugak kan?
Bila dah di pinkan...
Yang menjadi persoalan sekarang ialah fesyen tersebut dikatakan mirip kepada tudung yang dipakai oleh biarawati Kristian
Adakah ini hanya kebetulan?
Alahai.... ct pun ada dua, tiga helai tudung cam ni... tapi ct lebih suka pakai shawls...
Apa pendapat uolls?
Ak lebih suka bertudung biasa..heheeh..lagipun leher AK ni tembam..xsesuai di cekik cmtu..haahahah.... pakai cm biasa lg senang...
ReplyDeletehye siti, selamat hari raya :)
ReplyDeletesy suka isu ni dketengahkan..
ReplyDeletepada saya sanggul tinggi yang melampau tu tak boleh,memang haram sebab dah ada hadis.
sesiapa yang cakap boleh tu memang kena siasat semula sumber mereka sbb isu agama tak boleh guna pendapat peribadi.
lagipula perempuan bertudung lagi bersanggul tinggi ni bila di siasat sanggul tersebut bukan dari rambut asal mereka tetapi dari sambungan rambut palsu.saya dah banyak melihat rambut palsu bagi tujuan ini djual.
apapun jika kita was2 wajib elak supaya tak terjerumus membuat dosa.
bagi gua tudung fesyen ni tak cun... kah kah kah..
ReplyDeletexsangka lah..hurm
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemasalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan HARAM walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.
ReplyDeletesy suka pakai tudung hitam cotton yg plain..hehe
ReplyDeletesmpai mak sy ckp sy x ceria,~
sila rujuk link2 dibawah utk sanggul
ReplyDeletehttp://youtu.be/G3s9lks3QsM
bg tudung yg menyerupai rahib
http://youtu.be/bn5n0GNPhAk