Monday, September 6, 2010

Merempit Dalam Hujan

SALAM

Hari ni entry aku tak bergambar yer.. sebabanya post entry guna komputer opis. Lappy aku tak bawa kerana ari ni aku sefamily merempit ngan si merah disebabkan ini
 U KISS U PAY dan ESOK OPERATION VONTOT

Bangun sahur pagi tadi hujan la pulak.... ha, sudah! Cam na ni? Kena merempit antaq anak p umah pengasuh pastu terus p opis.. boleh dikatakan makan masa 30 minit jugak la semetara nak sampai opis. Anak-anak aku pulak excited (betul ke ejaan) nak merempit.. al maklumla depa ni jarang-jarang merempit, selalunya sedap ja dok lam keta kena aircond. Pukul 6.45 hujan masih lebat tak nampak nak berhenti pun.. tapi nasib baik la dalam pukul 7.00 hujan dah slow skit. Tunggu apa lagi, redah je lah... sebelum tu aku dah siap2kan anak-anak dengan sweater.. Nureen pakai sweater naufal yang lama tak muat dah... Comel pulak budak-budak ni.. tapi lupa nak amik gambo.
Sampai kat umah pengasuh aku tengok Nureen dah tertido.. memang dia dah ngantok sangat dah tu sebab dia bangun time aku bersahur tadi.. Naufal pulak tersengeh-sengeh sebab seronok merempit...
Harap-harap petang ni dah tak ujan dan si hitam dapat balik umah petang ni jugak...

SELAMAT HARI RAYA!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails