SALAM
Ini cerita minggu lepas yer kawan-kawan, Biasa la dah dapat gaji so aku bawa la anak-anak makan kat luar. Hehehe..gaji je ke? padahal boleh kata tiap-tiap minggu makan kat luar, al maklumlah emaknya ni teramatlah pandai dan rajin memasak.(sila jangan percaya). Naufal cakap nak makan burger, so tak de tempat lain la kalau family aku ni nak makan western food kalau tak kat EE BURGER. EE BURGER ni dah lama dah since zaman aku skolah lagi, dari depa juai burger saja sampai dah maju juai western food plak. Aku memang peminat setia la, burger kat tempat lain (di langkawi) aku rasa cam tak best ja..
Ini bahagian belakang, sebab aku ikut jalan belakang
(sory gambaq x memuaskan)
Chicken chop yang 1/4 dah dalam perut aku
bukan nak tayang hubby aku tapi nak bagitau kalau mai makan kat sini malam-malam ada TV besaq
(macam cakap naufal) kat belakang tu.
Dah abis... kuli tngan roti aku tak makan
Ni baru nampak TV besaq tu
Hubby cakap ni last dia merokok sebab nak berenti dah
tapi hampes!!!!!
Aku nak p cari ubat bagi berenti merokok cam lam iklan kat TV tu
Naufal bersama Burgernya...
Ada hati nak makan burger ngan pisau n garfu... Tak payah la sayang oiii... pakai tangan lagi sodap.
Ops! mana anak dara aku? Malas la nak tempek gambaq nureen yang comot dengan air milo.
Uolls kalau mai Langkawi singgah la kat EE BURGER ni, Area Trimula kuah atau pun boleh p kat Sebelah Shell di Kelibang.
p/s: ni bukan iklan berbayar yer...
menariks...bile plak nk ke langkawi nih..haish..
ReplyDeleteseblah shell tu bkan ee burger pya...
ReplyDelete