Sunday, August 29, 2010

♥ Rozita Che wan tempah 30 pasang baju raya ♥


Dengarnya tahun ni Rozita Che Wan tempah 30 pasang baju raya dari 4 orang pereka fesyen..
Fuyoooo..... raya sakan dia no.. puasa belum tentu cukup 1 bulan tapi baju raya cukup 1 bulan.

Agak-agak uolls cam na rupa agaknya baju raya dia.....
Uolls dah siap ke baju raya tahun ni? berapa pasang?
Apa???? tak beli lagi????
Jom layan fesyen-fesyen Rozita Che wan ni, mana tau kot-kot ada yang berkenan.


ops! yang ni tak digalakan untuk hari raya yer...

Yang penting Bulu mata palsu tetap menjadi pojaan hati ku......

p/s~ Aku punya baju raya cam yang gambo first tu....


Friday, August 27, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Baca entry a.k.a blogwalking dari Reading list Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

SALAM

Sudah menjadi kebiasaan aku bila sign in blogger, perkara pertama aku buat ialah baca dan publishkan komen-komen yang ada then merayap/blogwalking ke blog-blog melalui Reading list


Ini bermakna blog-blog yang aku follow dan ada entry terbaru pasti aku singgah. Selalu aku ada komen atau tinggal jejak di shoutbox dan kadang-kadang aku jadik silent reader ja... Tapi boleh dikatakan setiap entry-entry terbaru tu aku jenguk. Ye la kan, dah jadik follower uolls mesti la follow entry uolls jugak.

Lepas habis di Reading list baru aku jenguk di shout box, aku bukan anak tirikan jejak di shout box. Insyaallah jejak-jejak yang uolls tinggalkan akan aku jejaki sama ada cepat atau lambat ja..maklum la aku pakai wifi kat opis ni yang selalu lembab cam siput. Jejak di shout box mungkin dari visitor baru yang mungkin jugak akan aku follow.

Seterusnya adalah sesi terjah melalui komen-komen yang di berikan... Selalunya komen yang aku terima tak banyak mana pun tapi berbanyak terima kasih la sapa yang sudi komen tu. Aku tau la, berapa sangat yang terjah blog aku ni, sepertimana di ENTRY INI

Pada Follower aku yang 231 orang (masa entry ni ditulis) Terima kasih  bebanyak la yer...
Aku akan follow uolls balik, Kalau aku tak follow tu uolls bagitau la, mungkin aku terlepas.


Thursday, August 26, 2010

✿U KISS U PAY ✿

SALAM

Dalam dok siap nak balik keja mak aku  sms "Dapat Duit Raya 500 Sorang" Huiiihh.... mak aku ni laju betoi, aku pun time tu tak tau apa-apa lagi. Untuk mengesahkannya, lepas berbuka aku ngan hubby tercongok depan TV nak tengok berita.. Yes! comfirm dapat sebelum raya. Alhamdulillah..... tapi jangan plak bonos tak de cam tahun lepas...duit ni blik raya comfirm abis ni.

Pas tu aku ajak hubby p kedai ubat china nak beli susu ngan pampers anak
(kedai ubat murah byk dari pasaraya) Dah siap beli cadangnya aku nak  ajak p tengok-tengok tudung tapi niat aku tu hancus...huhuhu.

Sampai kat trafic Light (kuning) hubby brek mengejut sebab ada keta dari simpang kanan dah jalan sepatutnya tunggu kami merah dulu baru dia jalan,... Dalam 7 saat kedengaran bunyi BEDEBAAAM.... terkejut aku, SAH! ada yang KISS VONTOT...... Aku pandang hubby, hubby pandang aku... CIS!!!!!

Sekali, iswara tu ckp kenapa hubby brek mengejut.... dia cam nak salahkan kitaorang plak. Yang si suami tu cool jer tapi yang aku panas skit si bini tu kecoh2. HELLOOOO...ko yang KISS ko nak kecoh2 pulak. Fine! aku cakap, apa pun jom p buat report... Aku tak tunggu lama (nyampah tengok pompuan tu) terus ke balai.

Hubby buat report, ada budak cina ejen honda datang buat kira nak clim insurans iswara tu... Depa tu pulak punya la lama baru mai balai sebab keta tu abang si pompuan tu yang punya.. keta pompuan tu semalam eksiden jugak.. patut la dia kalut semacam ja.. Habis settle semua jam 11 mlm, anak-anak pun dah ngantuk.

Ini lah hasil dari kejadian tu..





Dari sisi

Pagi ni kena p bengkel nak tanya cam na... boleh ke siap sebelum 7hb sebab aku dah boking kargo bawa keta balik raya. Semalam budak cina tu cakap sempat siap tapi bergantung pada spare part
(lambat @ cepat) kalau tak, aku kena balik beraya dengan VONTOT gitu la.. Aduh! sakit mata aku tengok, tu tak kira sakit ati lagi.. Pagi tadi pulak baru aku perasan keta tak leh kunci pakai alarm (alarm bunyi cam pintu tak rapat) walaupun semua pintu dah rapat.Tapi pakai kunci  (manual) tak try lagi boleh ke tidak.  Aku agak sebab Bonet tu ada kemek then bila nak tutup kena hempas kuat2 baru rapat.

Pasrah je lah... benda dah nak jadi.. Baru nak seronok skit dapat duit raya dah jadi gini pulak...

Aku yang melaporkan dari Pulau Langkawi , Kedah.


Wednesday, August 25, 2010

♥ Nuffnang merajuk ke marah? ♥

SALAM

Aku tau uolls pun tau (apa kebenda aku ckp ni?) bahawasanya blog aku ni hanya blog picisan ja.. Nak dapat visitor 200 sehari pun payah tambah pulak uniq visitor. Oleh sebab itu nuffnang pun macam segan nak kasi aku Buffered Earning (BE).
Wahai Encik Nuffnang jangan la macam tu... saya janji saya kan selalu update blog untuk dapatkan visitor yang banyak.Sekarang pun saya buat entry baru walau opis hour (keja dah siap dah).Saya akan selalu blogwaking, publish entry-entry hangat dan sensasi.... saya pun nak rasa jugak terima cek dari nuffnang.

TAPI
Aku tertanya-tanya sekarang ni kenapa BE aku ni dah lama tapi tak jadi ME pun... Iklan tu pun dah tak muncul kat blog aku.Adakah Nuffnang merajuk or marah kat aku?


BE tu pun dalam 2 ari je gerak pastu terus keras kat situ.. Aku ada buat salah apa-apa ke kat nuffnang?
Tadi aku dah hantar tiket tanya tentang masalah aku ni, nanti bila nuffnang jawab balik aku bagitau uolls yer..

Uolls nak tau dak?

Tak nak?

Nak ke tak nak aku nak bagitau jugak!

✿Free Pepsi Lenticular Cup✿


Jom serbu 7 Eleven untuk dapatkan cup yang cantik tu....

For More Detail HERE!


♥Air Asia Merdeka Sale♥




Booking Period : 24 August 2010 - 5 September 2010



Travel Period : 3 January 2011 - 31 March 2011

 Last Promosi (Rm1-Rm10) tak sempat nak booking sebab kejap sangat masa untuk booking tu, pastu memang sesak la online booking Air Asia.
Sekarang Air Asia buat Promosi lagi.... tapi agak tinggi skit harganya dari last promosi walaubagaimana pun masih dikira murah..
Bagi yang ada planing nak p bercuti or balik kampung boleh la tempah sekarang. Ct ada la pasang niat nak makan angin kat sabah or sarawak, tapi kena tanya hubby dulu la masih ada lagi tak peruntukan untuk family holiday tahun depan. Kalau ada, Cantik la..... boleh la start kumpul duit untuk shoping.

Nak lebih Detail sila ke

Tahun depan my BFF nak datang holiday di Langkawi dengan AIR ASIA...
Tak sabar nak jumpa depa semua......


Tuesday, August 24, 2010

✿Sesiapa pandai tentang payslip, boleh tolong ct.....✿.

SALAM

Dah hampir 3 tahun....... ct di Mawilla 3 dan selama itu jugak ct hanya dapat payslip/slip gaji 6 bulan sekali. Uolls nak tau kenapa? Gini ceritanya...

-Bulan 9 2007 ct bertukar ke Mawilla 3 langkawi, masa tu unit ni baru beroperasi so apa pun tak dak lagi.. Kod pusat pembayar pun tak wujud lagi... ct staf awam pertama kat sini (yang lain tentera)
- Segala hal pentadbiran dan gaji sepatutnya dibawah TLDM sg. nyior di butterworth tup-tup ditolak dengan alasan Mawilla 3 di langkawi kedah so tak boleh dibayar oleh AG p.pinang maka ct ditumpangkan di Kem Oran Perlis (kem terdekat)
-So payslip ct minta tolong staf di perlis pos kan.(5.6 bulan skali baru dapat).... Sebelum dapat tukar payslip ni pun macam-macam masalah dah timbul... Jawatan dan kadar cola salah di KEW8. nak dapat KEW8 baru punyalah lambat sampai masuk tahun lain....
-Ok takat tu..... Dah dapat gaji pun dikira ok lah.
-2009 disini dah ada kod pusat pembayar, so ct nak tukarkan balik payslip ke sini.
-Cuba buat pertukaran guna KEW8 petukaran yang lama. AG tolak, nak yang terbaru...
-Mohon CKA (di KL) buat KEW8 baru tapi depa tak nak buat
-Lepas bagi alasan dan sebab baru KEW8 baru dapat.
-Di kew8 diletakan "Dipindahan pentadbiran dan urusan gaji ke mawilla 3"
-AG tolak lagi sebab nak KEW8 "Ditukarkan ke mawilla 3"

Hadoi!!!! AG ni pun satu lah.... kejap nak macam ni... kejap macam ni....
Tahun 2007 dan 2008 punya kenaikan pada Oktober hampir 1 tahun baru ct dapat..
tahun ni punya KEW8 kenaikan dah dapat tapi tak leh buat tindakan sebab kena tunggu payslip aku ditukar ke sini. kalau tak sempat tindakan bulan 12?
Sekarang ni memang la ct dapat gaji tiap-tiap bulan cuma payslip ja tak dapat tapi mulai bulan 6 tahun ni payslip dah boleh di print dari laman web AG... senang la. Yang ct takut ialah sekiranya ct bertukar ke unit lain lagi sekali macam mana pulak? Dan setiap kali kenaikan tahunan ct kena hantar KEW8 ke perlis, tambahan pulak bulan oktober kena buat tindakan cepat-cepat.
Tak tau la sekarang ni nak minta tolong ngan sapa.... ct dah jadi malu nak minta tolong, merayu orang tolong uruskan benda ni takut nanti kata orang kata dok push depa lah.....

Dah nak masuk tiga tahun... semua pakat dok tolak sana, tolak sini...
huh! buruknya muka..


Hah! yang ni cummil....



DAN



♥Flo Ellen's 1st Giveaway♥

SALAM

Ct telah di Tag oleh AMYNA untuk join


Dikala kekeringan idea untuk update blog so Giveaway ini menjadi penyelamat, untung-untung ct bertuah dapat hadiah dari ELLEN
LAYANNNN.......

'Create
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Kena teka umur anak Ellen dalam gambar dibawah ni..
Ct cuba teka je lah yer....

gambar1- 1tahun 3 bulan
gambar 2- 9 bulan
gambar 3- 4 tahun
gambar 4-2 tahun 5 bulan

Ini first time tengok anak Ellen then apa yang ct rasa anak ellen ni suka bergambar dan nampak macam pendiam jer....(agak-agak ct saja)

Ct nak Tag
Cicakgirl dan TieFazatie

OK DONE!



Monday, August 23, 2010

✿Lauk Berbuka RM1✿

SALAM

Cerita ni sedikit basi yer.... (minggu lepas punya). Kisahnya, hubby duty ari selasa lepas so aku kena la berbuka sorang-sorang kat umah. Cadangnya nak singgah beli lauk kat PARAM tapi disebabkan kuar opis terlambat skit maka aku terus p amik anak tak jadi singgah PARAM takut pengasuh tertunggu-tunggu pulak. Bulan puasa aku amik anak dalam pukul 4.30ptg sebab tak nak ganggu pengasuh yang nak masak untuk berbuka kerana pengasuh aku ni tak suka beli kat PARAM cam aku yang malas ni...

Kena pulak ari tu Nureen buat perangai pulok... Aku terus balik tak singgah beli lauk kat mana-mana pun. Kat umah memang tak de apa pun.... aku ingat nak buat sambal telur ngan goreng pekasam je la.. Dah siap masak nasi hubby sms bgtau dia nak balik kejap so ada nak pesan apa-apa ke..
Hehehe... aku pun oder la lauk

Inilah lauknya
Gulai ikan masin ngan terung

Dan

sambal daging

Hubby cakap setiap lauk ni cuma RM1 jer... Berbaloi la, sebab gulai ikan masin tu ikan masinya ada dalam 4 ketul then daging tu pun boleh tahan sedapnya...

Kat tempat uolls leh dapat ke lauk RM1 cam ni?




♥Dah Sampai... panas lagi♥

SALAM

Sebelum ni ct ada buat entry tentang Ezy Oval Keeper Free dari Ibu Dini.

Hari ini pagi-pagi ja dah dapat apa yang di tunggu iaitu


Ibu Dini bagi catalog TUPPERWARE jugak..

Uolls yang nak tengok-tengok atau oder boleh ke


Banyak pilihan dan barangan terbaru dari TUPPERWAREBRAND menanti uolls.


Friday, August 20, 2010

♥ Makanan Kegemaran orang tak Puasa Di bulan Puasa ♥

SALAM

Time bulan puasa ni lah kita slalu jadik macam orang pegnen, ngidam itu teringin ini... (aku la) korang tak ke?
Teringin nak makan benda-benda yang 10,20 tahun tak makan... Ada jugak yang Selalu ok jer makan nasi lauk kari bini masak tapi bila posa teringin nak makan kari mak kat kampung yang masak..then macam-macam lagi la..

Tu kisah orang yang berpuasa, kalau orang tak puasa apa pulak makanan depa nooo...
Bagi kaum hawa yang cantik manis macam aku ni bila bendera jepun datang menjajah comfirm tak puasa kan? Dalam keadaan begini cam mana uolls menghadapinya? terutama skali yang bekerja... yang house wife tu tak pa la jugak leh makan kat umah tapi pastikan tingkap ditutup nanti jiran jenguk pulak.
Yang bekerja ni? Adakah uolls

-Makan siap-siap kat umah sebelum p kerja
-Bawa bekal (meggi cup) p opis then makan kat pantry sembunyi-sembunyi
- P beli kat kedai (KFC/McD) dengan selamba jer...blik makan kat opis
-Minta tolong opismate non muslim p beli kat kedai

Macam-macam lagi taktik yang boleh dipraktikan... yang kat atas tu adalah sebahagianya yang terjadi kat Opis lama aku.

Tapi bagi orang yang tak puasa di rumah aku ini lah makanan kegemaran depa dibulan puasa ni
V
V
V

Murtabak daging
(tinggal 1 jer untuk aku ngan hubby)

Dan orang-orang yang tak puasa itu ialah



Dah 3 hari berturut-turut Naufal suruh aku beli Murtabak..Nureen pun tumpang sekali la..

Apapun... SELAMAT BERPUASA!!!!

Thursday, August 19, 2010

✿Terima Kasih kawan-kawan yang komen dan Nur Sabrina✿

SALAM

Semalam lepas post entry pasai Nur sabrina (DISINI) bayak kawan-kawan yang telah komen di entry tersebut. OOO..... baru ct tau kalau letak email kat ruang url di shoutbox tu akan jadik cam tu... mana ku tahu.... tak penah letak email selalu letak url blog ja... hehehehe (sungguh kurang pandai aku ni)

Ada jugak yang cakap Nur Sabrina tu maybe secret Admire aku...Hahaha.. Biaq Betoi? blog picisan cam ni pun ada secret admire ke? kalau betul... aku sangat beterima kasih

Aku setuju  komen yang merasakan selagi Nur sabrina ni tak tulis yang bukan-bukan masih dikira ok lah tu.
Ataupun dia ni antara anonymous-anonymous yang selalu tinggalkan jejak di blog-blog tapi tak nak dijejaki balik...

Walau apa pun aku mengucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak kepada yang mengomen di entry tersebut (entry ni dikira menjawab komen-komen uolls yer)

naiaariana
Cik aiLebiu
Zaire Husin
enchix landax
innz
nadya
pembunuh senyap
aliesha kirana
mahira oya
pinky pixie
Pada Nur sabrina juga TERIMA KASIH kerana menaikan trafik blog ni dan jangan segan-segan jenguk lagi.

Wednesday, August 18, 2010

✿ Siapa Nur_sabrina ni? ✿

SALAM

Dah lama aku tak Blogwalking dan membalas kunjungan kawan-kawan yang menyinggah di tanah jajahan aku ni. Semuanya berpunca dari masalah line internet (aku pakai wifi kat opis) yang sangat slow, nak buka satu-satu blog then komen sangatlah terhegeh-hegeh... So sory yer..
Memandangkan ari ni ok lah skit dan aku bersemangat nak Blogwalking maka bermulalah sesi terjah menerjah. Dalam dok syok membalas kujungan dari jejak yang ditinggalkan di Shoutmix (ruang borak-borak)  aku perasan banyak jejak yang ditinggalkan oleh insan bernama NUR SABRINA. Apa yang menarik perhatian aku ialah mesej yang tinggalkannya...
Cuba uolls baca






Nur aliah najihah ni pun lebih kurang sama jugak

Bila aku kik pada nama diaorang jadik cam ni pulak


Kenapa yer??... cam na nak buat???

Aku juga ada terima coment dari kotak SPAM... dah delete dah..
Risau jugak kot apa-apa hal jadik kat blog aku nih.. lagipun aku tak pandai nak ubah lebih-lebih kat blog.

Ok lah, nak teruskan aktiviti Blogwalking.....


Peraduan: Copy & Paste Raya

Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe..


Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha http://www.gambarhehe.com/




Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha http://www.gambarhehe.com/


Related Posts with Thumbnails