Tuesday, October 30, 2012

SELAMAT HARI RAYA...

Assalam

Kita sambung lagi cerita basi.. Hahaha. Korang nak tau ker? Ikut suka la.. Kami nak tempek jugak kat sini.

Kali ni pasai raya plak, raya posa ler.. Dah berkurun kan.. Kami raya umah mertua kat taiping..taman sungai mas, ada sapa yg  tau taman tu? Mertua kami juai santan kat pasar taman kaya.. Gerai santan syed hassan.. Sapa yg  dok kot situ bleh la pi beli santan segar kat mertua kami.. Hahaha promot sikit

Ok, bilik pada crita raya... Tak de menda sangat pon macam tahun lepas jugak la, kami dah tau program raya umah mertua ni tetap sama so i follow jer.. Semayang  raya, ziarah kubur, pi umah opah hubby di ipoh then petang siikit balik taiping. Tahun ni ada buat makan-makam skit biras kami yg tukang masak tu buat, kami takat tolong sikit ja, hohohoho bab masak untuk orang ramai makan kami angkat tangan la, insyaallah nanti kami pandai  la niat nak blajar dah ada dah cuma mood ja tak sampai lagi :-P

Raya kedua balik umah mak kam  di pokok sena, pi makan kenduri umah pengasuh nureen di kuala peris pastu lajak la pi raya kot perlis tu.. Termasuk pi taman ular, boleh? Raya pi tengok ular, blasah jer labu..

Baju raya kaler tema biji remia.. Korang tau ka apa menatang tu? Hahahaha
Kaler biji remia a.k.a kaler purple la
Bulan 5 lagi kami dah pi tempah baju semua anak beranak takut tailor tak mau amik lagi pon baji melayu tak ramai tailor kat lankawi yang mau buat.

Kuih raya tak dak yang beli.. Kami rajin plak  buat la 6  jenis kot yang simple resepi semua amik dari pak cik google. Nasib baik menjadi. Nak kata sedap tu tak la tapi kira ok lah sebab ada jugak yg nak oder untuk tahun depan., muhahaha

Ok lah, takat tu ja kot crita raya kami, kami sekeluarga mohon ampun dan maaf kot ada salah silap, bila pon boleh kan nak minta maaf bukan  tunggu raya ja kan?

Sapa tau cam na nak upload gambar gina tab ni, apasal jadik senget ja ni, ada satu dua ja yg ok, dah cuba rotate dulu baru upload pon dtill jadi senget jugak.. Tensen cam ni,
tempek ja lah gambaq tak senget dulu,


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails