Friday, November 11, 2011

Kanak-kanak ditinggalkan di tepi tandas

As salam


MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.
Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.


“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.


Tak tau nak cakap apa tapi menitik air mata ingatkan Nureen kat rumah... Harap ada la waris yang mai tuntut nanti, comel budaknya...


10 comments:

  1. kalau comel ja mesti buh nama sofia..... sofia sofea sophea nie memang comel2 orang nye. he he....

    harap2 kebajikan budak ni terbela. sian.....

    ReplyDelete
  2. Aah la. Comel budaknya. Sampai hati mak bapak budak tu kan. Ke budak tu dicolek. Nauzubillah. Teringat anak2 kat rumah. Mudah2 di dalam peliharaan Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Sedih sedih. Comel budaknye kan. Mudah mudahan ada la waris yang datang ambik budak tu nanti. Kesian. Setiap hari ada je citer citer cam ni kan.

    ReplyDelete
  4. alahai, kesian..
    bak sinila saya jaga..

    ReplyDelete
  5. Ya allah!! Kesian bdk tu.. ;( sedey!!

    ReplyDelete
  6. @cikpiatu lah... cam crita sofiya plak

    ReplyDelete
  7. @Ibu Lala ct pun bila baca jer trus ingat anak kat umah tu..

    ReplyDelete
  8. @Ibu Lalaharap-harap cam tu la.. tp dengarnya tak de sapa mai tuntut pun

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails