Wednesday, November 16, 2011

Hari Penyampaian hadiah @ konsert

Hujung tahun ni banyak yang buat hari penyampaian hadiah... tahun-tahun lepas tak kisah pun pasal ni tapi tahun ni kena kisah la sebab Naufal pun terlibat sama.
Sebulan sebelum ni dah tau dah akan ada hari penyampaian hadiah ni sebab cikgu ada bagi kain suruh buat baju melayu  Naufal masuk nasyid.
Sebelum tu kat umah ada jugak tanya Naufal cam na nasyid yang cikgu ajar tu... dia kata nasyid sepohon kayu..hehehe
  Hari sabtu tu bawa la Naufal ke LADA... Nureen tinggalkan kat pengasuh, takut nanti lama mesti dia meragam punya tambah plak Ct sorang je.. Dah sampai buat pendaftaran amik nobor sebab ada cabutan bertuah tapi Ct tak bertuah pun, punya la banyak hadiah ccabutan bertua tu.. satu pun tak sangkut..huhuhu...
Naufal bukan setakat nasyid  ja dia terlibat dengan pertunjukan tradisional skali..... Ct memang tak tau pasal yang tradisional ni, bila tanya Naufal dia kata kena tepuk tangan ja...hahaha
 Sebelum tu permulaan persembahan dari pelajar umur 3 tahun... fesyen show
macam-macam peel.. ada yang tak nak jalan sampai cikgu tolak-tolak suh jalan... ada yang nangis kuat giler.... ada yang jalan pusing2 pastu tunduk bontot hala ke penonton... memang kelakar dan cute sangat..
Persembahan tarani 60-an memang best sangat pandai depa menari cuma ada sorang ja girl tu yang nangis tapi dia still menari sambil nangis tu...hahaha

Dan bila sampai persembahan tradisional... korang tengok la sendiri

Naufal yang tengah tu...gegirl couple Naufal tu nama tina.
Woahhhhhhhh..... memang Ct tak sangka sangat Naufal leh buat cam tu..sebelum ni tak nampak pun gaya-gaya ada bakat menari ni. ye lah, maybe ada yang cakap biasa je kan ramai lagi yang bleh buat lagi bagus tapi bagi Ct itu dah cukup membanggakan... ada satu perasaan yang tak dapat nak cerita dalam hati ni... mungkin ni rasanya apabila ibu bapa melihat kejayaan anak-anak.
Sedih jugak hubby tak dapat tengok live cuma dapat tengok video ni yang ct upload di Fb tu pun tak clear sangat sebab Ct guna henpon ja rakam tu.. camera ada ngan hubby disana.
Masa Naufal naik pentas nak menari tradisional tu ada budak-budak kat belakang Ct cakap... 
"Tu Naufal la... Naufal...Naufal...."
hahaha.... ada peminat rupanya si Nufal ni, budak pompuan plak tu.

Yang persembahan nasyid ada jugak rakam tapi tak nampak sangat sebab Naufal duk barisan belakang lagipun suara tak dengar sangat. Cikgu tengah dok susun baris untuk nasyid baru Naufal nampak Ct kat bawah tu terus dia angkat tangan lambai-lambai sambil panggil Mak..mak... siap cuit kawan sebelah tunjuk Ct kat kawan dia tu....
Naufal tak pakai jubah cam konvo tu sebab dia baru 5 tahun so tahun depan baru leh konvo kan, tak abis belajar lagi ni..hehehe
Bila tengok Naufal, rasa cam nak bagi Nureen masuk taska awal jer... Naufal 5 tahun baru Ct hantar taska. Nureen rasanya 4 tahun dah nak hantar dah.

*cuti sekolah ni kena luangkan masa ngajar Naufal membaca sebab dia masih lemah*


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails