As salam
Rentetan dari kisah Jemputan ke majlis, Wajib kasut bertutup
hari khamis minggu lepas (entry nak basi dah ni) dah siap top up ubat di klinik Ct bawa Naufal cari kasut dia tu... Banyak kedai jugak la di terjah tapi tak dak yang Naufal bekenan... dah pandai memilih dah, dulu apa yang kita beli dia ok jer... kali ni banyak plak songeh
Nak BEN 10 lah, Thomas lah...nak cam kawan nama tu nama ni... nak ikut apa yang kawan dia pakai.
Langkawi ni banyak mana lah sangat mall nak shoping ni lain lah kedai pinggan mangkuk yang korang selalu serbu time mai sini..
Dah jumpa yang ct bekenan tapi Naufal plak tak mau ...panas katanya.. dah kasut sport tu mesti la panas skit kan... tu la masalahnya yang selama ni dok beli sandals je kat dia.
Last jumpa jugak yang dia bekenan... nampak je terus cakap nak cuba
Tapi ct plak yang dok mikir nak beli ke tak sebab kasut tu bertali. Memang tak pandai naufal ni nak ikat tali kasut nanti satu kerja plak dok ikatkan untuk dia dah la dia bukan jenis dok diam ni...
Besaqnya kaki... umur 5 tahun kasut saiz budak 8,9 tahun...
Last beli jugak lah... sebab kat tepi ada zip so rasanay Ct kena ikat kuat-kuat tali tu then nak pakai ke nak tanggal kasut Naufal just buka zip tu je..
Abang pandai ka nak ikat tali kasut nanti?
Tak
Abis tu cam na? sapa nak ikat untuk abang?
Mak lah... Tapi OSO ada ajar ikat....
Cam na?
Mula-mula buat telinga arnab pastu letak sini ...pusing kebawah dan tarik kuat-kuat...jadilah..Hahaha.. ye lah tu..nanti OSO mai tolong ikatkan untuk dia...
*Ct pun dah lama tak pakai kasut bertali...kasut sukan pun dah lama tak pakai sebab tak bersukan lama dah dok menternak lemak jer*
Hahahaha OSO ajar.. Sebijik cam Aqil.. Sikit2 Ejen OSO.. ;)
ReplyDelete