Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran Untuk Semua


As salam


Esok dah bertolak balik kampung hubby di Taiping....walaupun hubby tak de ct ttp akan beraya di rumah FIL sebab dah janji tahun ni beraya di sana... Sedih jugak orang tersayang tak de kat sisi tapi nak buat cam na kan..redha je, harap tahun depan kami sekeluarga dapat beraya bersama.
Kalau nasib baik ada line kat umah FIL nanti pepagi raya dapat berskype ngan hubby, kira minta maaf depan lappy je lah... 
Di kesempatan ni, ct sekeluarga mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap ct sepanjang kita berkenalan di alam maya ni terutama kepada follower blog kecik ni.. kalau ada yang terasa hati, kurang senang, tak bersetuju atau apa-apa lah tentang penulisan ct di sini harap dimaafkan.. insyaallah lepas raya ni ct nak buat skit giveaway.

~Bye~



Wednesday, August 24, 2011

TQ Stabilo, best jer menulis

As salam

Hari isnin dah terima 2 batang pen dari stabilo ni tapi ari ni baru sempat buat entry.
Just isi form kat FB Stabilo  tak pasti ada ke tak lagi sample nya
Bleh guna kat opis... nak harap kan hak kerajaan bila tahun tak tau la baru nak dapat dari stor tu


Bihun sup apa yang ada

As salam

korang rajin masak awai-awai posa kan... pastu last-last posa ni dah malas, berbuka kat luar or beli kat pasar ramadan jer... Tapi tak pulak pada ct sbb mula-mula posa ct malas masak balik keja amik anak terus ke pasar ramadan atau beli je kat kedai lauk-lauk then balik umah masak nasi jer.. terbalik pulak
Dah tak tau nak beli apa kat pasar ramadan tu tengok semau cam tak best dah.
Alih-alih merajinkan lah dri masak sendiri maka ari minggu lepas terhasil lah

Bihun sup yang nampak pucat lesi ni tapi rasa bleh tahan (puji diri nampaknya)
Lupa beli daun sup then ada skit je dalam peti sejuk  guna masuk dalam sup sebab tu tak nampak kaler hijau-hijaunya untuk bahan tabur... jadi lah...Alhamdulillah dengan apa yang ada


Tuesday, August 23, 2011

Alhamdulillah.. Won Produk Benefit

As salam

Walaupun jarang-jarang sekali menang contest dalam majalah ni tapi alhamdulillah ada jugak terselit nama ct sebagai pemenang untuk produk benefit bagi promosi dalam majalah EH! edisi Julai 2011


 Boleh tengok kot-kot nama uolls ada jugak tersenarai DISINI
Edisi Julai 2011
Kalau edisi Jun 2011 klik DISINI
Ct tak sempat beli yang bulan jun punya... maklumlah kat sini susah skit nak dapat majalah-majalah ni...

Ini antara produk Benefit... serius ct memang tak tau sangat pasal produk ni..yang ct tau ia produk Skin Care. Lepas ni kena cari lagi lah info pasal benefit ni....
Ada 10 pemenang...Nilai kesemua hadiah RM5K maknanya seorang menang produk yang bernilai RM 500 la kan..ct tak pasti sebab bila nak rujuk balik kat majalah EH! (cover rozita che Wan & Zain Saidin)
 tu dah tak ada bahagian penerangan hadiah, dah gunting untuk borang contest muka surat sebelah..hehehe
Kalau betul RM500 best lah ni adalah hadiah termahal ct menang..weeeeiiii...

TQ BLUINC

*nama salah ejaan skit dalam senarai tu tapi no IC betul so comfirm la kan*


Pemilihan Perajurit Muda TUDM




Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Siri 46/2011

Zon Selatan:

Tarikh Hari Negeri Tempat

17 Sept 2011    Sabtu          Mersing, Johor Sek Men Keb Sri Mersing

18 Sept 2011    Ahad           Batu Pahat, Johor Sek Men Keb Tinggi Batu Pahat

19 Sept 2011    Isnin           Melaka Sekolah Menengah Pay Fong

20 Sept 2011   Selasa         Alor Gajah, Melaka Sek Men Keb Seri Pangkalan

21 Sept 2011    Rabu          Port Dickson Sek Men Keb Tinggi Port Dickson

22 Sept 2011   Khamis       Kuala Klawang Sek Men Teknik Kuala Klawang



- Pengambilan hanya untuk anggota lelaki sahaja


- Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi.


- Pakaian: Pakaian Sukan (T-shirt berkolar, seluar sukan, kasut sukan berstokin).


- Sekeping gambar berukuran pasport.


- Dokumen yang perlu dibawa: Dokumen asal dan salinan (Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM, Sijil Berhenti Sekolah, sampul surat dan setem RM1.00) serta lain-lain sijil jika ada.



 Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sel Kerjaya dan Pengambilan di talian 03-26812412
Sila rujuk Surat Khabar atau hubungi no tel diatas untuk sesi pemilihan di lain-lain zon



Monday, August 22, 2011

TQ Zahran Fashion

As salam

Dah lama sampai hadiah ni, tapi ct yang tak sempat nak buat entry. Ini hasil dari kemenangan ct dari blog contest  http://thecolourfulisland.blogspot.com/

Ct menang tempat ke-2 boleh pilih pakaian di http://zahran-fashion.blogspot.com/2011/06/1st-giveaway-by-zahran-fashion.html berjumlah RM50


Ini lah yang ct pilih... sepasang kemeja untuk ct dan sepasang legging untuk nureen

 

Jom jenguk-jenguk
create your own banner at mybannermaker.com!


Friday, August 19, 2011

Demi Keselamatan

As salam

Awai-awai posa ari tu bleh kata semua dok crita menu buka posa ngan menu sahur bertempek-tempek gambar makanan ja... ni dah tinggai lagi 10 ari ja nak raya dah ni pakat-pakat crita pasai shoping plak... shoping sana, shoping sini, maklumlah yang gomen bonus dah masuk kan. Yang swasta tu insyaallah akan menyusul skit masa lagi (cam aku yg tokey). Ada member lama aku ni dok kat johor nun tapi weekend ni mai KL semata-mata nak shoping raya nak cari tudung fareeda katanya... raya sakan depa.
Aku? Duit Bonos?
Dapat la duit bonos tu........ TAPIIIIIIIIIII
tak daknya aku shoping henbeg...kasut...tudung... SEBAB
ada benda lain yang lebih penting
Apa?
Ni ha..

 Sila abaikan muka sememeh aku tu ngan tudung pun senget...
fokus kat blakang tu...
Eh! bukan tukar sport rim la...

Tukar tayar lagi 2 biji.. ari tu dah tukar dah 2 biji depan sebab pancit kat Kuala Kedah
Habis bonos aku kat benda yang bernama tayar ni jer...
(bonos skit sbb gaji kecik)

Mulanya ingat nanti2 baru nak tukar tapi bila pikirkan raya ni aku nak drive jauh jalan sana sini lebih baik la tukar atas faktor keselamatan... biar terbang duit jangan terbang nyawa
Dah tu nak balik umah MIL kat Taiping yang slalu ujan memang tayar lama tu dah tak ok kalau drive time ujan.

Magnet Photo From Photo Delivery.com

As salam

First time beli kupon dari Milk A Deal untuk promosi 6 keping Magnet Photo dari Photo Delivery.com





saja ja nak tempek banyak gambar....
Tapi memang puas hati lah, gambar pun clear, cantik dan paling penting murah.

Dah lama join Milk A Deal tapi tak pernah beli apa pun sebab kebanyakan promosi di KL dan Penang tapi promosi ni cam rugi plak tak beli sebab depa poskan barang tu ke rumah. Last minit jugak beli ni...


Wednesday, August 17, 2011

From Langkawi TO Hasbaya South Lebanon

As salam



Harap kuih-kuih dalam ni selamat sampai ke tangan hubby tanpa ada yang cedera parah hancur. Aku dah cuba sedaya upaya bungkus dengan sebaiknya. Separuh ja kuih raya, separuh lagi benda lain tapi makanan jugak sebab hubby ada maslah dengan benda makan kat sana.
Hubby tak makan kambing tapi kat sana boleh dikatakan hari-hari menu utama ialah kambing so hubby cakap dia makan telur ngan sayur dan kadang-kadang ada ayam tu kira nasib baik lah.
Sebenarnya banyak yang aku nak hantar tapi buat masa ni yang lebih penting ialah kuih raya kan.. Hantar skit dulu lah...


 Sikit-sikit pun dah 4.5 kg sudah... Kos untuk 4.5kg ni RM126.40 mengunakan parcel Air Mail maknanya 2 minggu baru sampai, makanya 7 hari puasa ari tu aku dah siap pos dah sebab bajet sampai dalam minggu ke-3 puasa. Lambat-lambat nanti lepas raya plak baru sampai sian hubby orang lain dah dapat kiriman dari family dia tak dapat lagi... Kalau ringan-ringan tu maunya aku hantar pakai pos laju saja... 4 ari dah sampai tapi bila dikira kos pos untuk 4.5 kg tu adalah RM550... pengsan dah la elaun belum dapat lagik nih
Cam na lah sambutan hari raua kat sana kan?.... Hubby plak ni lah first time kena beraya jauh dari family. Selalunya kalau kena duty raya pun, raya ke-2 atau ke-3 dah dapat balik kampung dah. Bila sebut pasal cuti raya ni teringat kat sahabat ct... Myna ngan Mr.A cam na cuti raya depa tahun ni....sabar yer mesti ada hikmah disebaliknya...

Ahhhhh..... rindunya my hubby


* Setahun je pakai baju loreng.... pasni kena setia balik ke baju putih*

Tuesday, August 16, 2011

Way Way from Papago

As salam

Kalau tak kerana aku kena p ke shah alam dan subang drive sendiri rasanya tak beli lagi menda alah GPS ni...Dah abis google map aku khatam tapi rasa tak kompiden juga maka terpaksalah ankat juga ini GPS


WayWAyQ40 (papago)
Mulanya survey kat Langkawi ni, ada 2 kedai ja yang jual pastu tiap kedai ada 1jenis ja... Ye lah kan, di Langkawi ni sapa nak pakai GPS, bukanya nak sesat mana pun alih-alih dalam pulau ni jugak.


On da way nak p Shah Alam ari tu aku singgah la Alor Setar dulu cari benda GPS ni. Main terjah je mana-mana yang aku rasa senang nak parking dan membeli dengan dua budak kecik ni. Ada member suh p Sentosa mall (ala-ala pertama) tapi mikirkan pariking susah so kat Tesco Mergong tu ja tempat aku. Nasib baik jumpa kedai ni


Cantik la tu kan.... tengok pi tengok mai kira pi kira mai au amik yang padan patut je lah.
Ok lah kra masih dalam bajet aku lagi ni, pastu function pun ok jugak.... Aku nak buat tunjuk arah je pun walaupun dalam tu banyak benda lagi boleh buat tapi tak sempat pun aku nak godek-godek. YAng penting dia bleh tunjuk arah dengan tepat dan cepat kat aku, tak kah aku dok p melencong merata tempat abis minyak setengah tangki baru jumpa yang di cari.
Aku mula on miss WW (gps) dari restoran jejantas sg buluh dan alhamdulillah kejap je dah sampai Grand Blue Wave Shah Alam.... memang lancar je lah tak de sesat-sesat pun.
Malam tu hubby plak try guna missWW untuk cari TUDM subang dari hotel, dalam 10 minit dah sampai TUDM Subang tu. Nampaknya prestasi miss WW amat memberangsangkan.
Aku on dalam bilik je nih..
Dah balik Langkawi, miss WW dok diam dalam case tu nanti raya maybe baru guna lagi. Hehehe.... macam la tak tau umah sedara mara aku...

*Tunggu hubby balaik nanti pasti miss WW akan digunakan sepenuhnya utk aktiviti cuti-cuti malaysia... insyalllah*

Monday, August 8, 2011

Inner 2 tone

As salam

Dah beli ke semua persiapan nak melaram di hari raya nanti? ke korang suka beli last minute sebab bleh dapat harga runtuh tak hengat, dulu time dok KL ada jugak la sekali dua p Jalan TAR tu time depa dah mula dok lelong-lelong semua barang kasi habis. Perg!!! memang padat lagi mampat jalan TAR tu ngan manusia... ohhh... tu semua tinggal kenangan ja  bagi aku, tak tau bila plak bleh rasa suasana gitu lagi.
Sekarang kat Langkawi semuanya rileks saja... tak de jem, shoping pun biasa-biasa ja sebab tak banyak pilihan. Tu pasal aku banyak jugak menyoping cara ONline ni walaupun kadang-kadang rasa tak berapa best sebab tak bleh cuba or pegang dulu benda nak beli tu. Tapi pasrah je lah kalau benda yang di oder tak berapa sama dengan yang kita tengok kat lappy. Alhamdulillah... setakat ni tak de lagi kena tipu ke apa semuanya ok..barang sampai, kaler, meterial  seperti yang aku nak.

Baju raya dah siap, tinggal nak beli tudung je.... masih dok pikir-pikir lagi tudung cam na nak try raya ni. Sekarang aku lebih banyak pakai shawls dan yang paling best ialah inner 2 tone dari AYUNAR.Gerenti tak melekap kat dahi, tak payah dok gunting ke hapa... tapi kalu yang jenis suka pakai yang melekap tu pun ok jugak. Ini koleksi aku setakat ni...

2 Tone jer sebab kalau 3 tone rasa cam meriah sangat plak nak pakai p opis..bagi budak-budak yang pakai p class ok la kot. Tu pun jarang aku pakai 2 kaler sekali, selalu aku pakai sebelah-sebelah jer, tapi jimat kan bila beli 1 dapat 2 kaler. Di AYUNAR ni korang leh pilih sendiri nak kaler apa dari palet kaler yang ada di beri siap-siap kat blog tu. Aku selau gabungkan dari kumpulan kaler yang sama..ikut suka korang la nak campur kaler apa pun.

Bagi yang baru nak cuba pakai inner ni pastu tak tau nak gayakan cam na.. tengok la tutorial dari cik ayun yang comel tu KAT SINI sekali dengan tutorial makeup.
Dah! nak sambung blik cari tudung untuk raya...korang terjah je


Saturday, August 6, 2011

Serbuk Badan dan Kaki

As salam

Dah lama tak bersiaran ni... penyakit malas mengupdate dah mai  pastu plak la ni dok bz ngan FB dan skype ja so blog ni telah di anak tirikan. Blog join contest tu pun dah lama tak idup jugak.
Yang nak tulih kat sini pasai Naufal yang jadik apa tah kat badan dia.. nak kata ruam tak jugak tapi bila dia berpeluh memang akan gatal-gatal la. Benda ni jadik dah dekat sebulan dah... Ubat hospital dah amik, ubat klinik swasta pun cuba jugak. Ada yang bagi krim untuk sapu, ubat cair 2,3 jenis, sabun tapi semua tu cam kejap je hilangnya pastu 3,4 ari jadik balik. Yang buat aku risau ni  dok makan ubat itu ini sebab naufal ada G6PD tak semua ubat dia boleh makan. Sekarang ni dok guna ubat dari klinik swata yang aku amik 2 hari lepas... nampak cam ok skit dah kering dan tak gatal tapi tak tau la tahan lama mana sebab ari tu pun cam ni jugak..dah ok tapi kejap je pastu jadik balik.

Kalau tak ok jugak nak kena rujuk hospital skali lagi pastu kalau boleh aku nak minta pakar la yang bleh bagitau kat aku apa sebenarnya masalah naufal ni. Masalah sekarang ni tak confirm tu sakit apa. First p hospital, siap 2 orang doktor lagi yang check katanya eczema.. ubat sapu yang bagi tu sampai abis guna pun tak ok jugak, Then p klinik kerajaan pulak  depa bagi jumap MA ja. Dia check lebih kurang (aku tak puas ati cara dia check tu) lain kali aku nak jumpa doktor biar lah tunggu lama skit pun janji aku puas ati. Pastu kasi ubat sapu jenis lain dan ubat minum yang sama masa first ari tu. Tak menjadi jugak.
Masa nak hantar hubby di KL aku sempat singgah amik ubat di klinik swasta di alor star pulak. Kali ni doktor tu cakap ni sejenis jangkitan kulat. Dia bagi sabun kaler kuning. Balik guna sabun tu dalam 2 ari dah hilang gatal. Aku pun suka lah... ok, bagus doktor tu.

Tapi seminggu lepas tu jadik balik pulak... guna lagi sabun ari tu dah tak mau ok dah.
2 hari lepas sekali lagi aku p klinik swasta kat langkawi ni. Aku cerita abis start p amik ubat first time dulu, ubat jenis apa, doktor cakap apa...kali ni doktor tu cakap sabun yang aku guna tu orang ada G6PD tak boleh guna sebab tu sabun sulfur...ahhhh sudah. Aku mana tau, ingat aku dah bagitau doktor naufal ada G6PD ok la tu.. doktor tau la nak bagi ubat apa kan. Kali ni dapat ubat krim putih untuk sapu sekali dengan umat cair kaler biru sapu skali ngan krim putih tu.
 Balik umah terus aku google pasai G6PD sebab selama ni aku hanya tau yang basic-basic ja cam tak bleh makan kacang parang, jauhkan dari ubat nyamuk, ubat gegat dan yang seangkatan denganya.
Ini yang aku dapat KLIK SINI
Hari ni aku tengok dah ok dah skit badan naufal tu tak gatal dah pastu tompok-tompok merah tu dah hilang, harap lepas ni dah tak jadi dah.

Ohhhh.... tajuk tak berkaitan dengan crita kan?
Cuma nak tempek gambar ni

Hubby ada p amik di RSAT (rumah sakit angkatan tentera) sebelum di kesana ari tu

Sama jer ngan yang ini

botol je lain.


Monday, August 1, 2011

Setelah 6 tahun, akhirnya tahun ni....

As salam

Tajuk entry cam nak suruh korang sambung jadikan karangan yang tak lebih 300 patah perkataan. Boleh?
Yup... Setelah 6 tahun bergelar isteri kepada Syed Saiful Azly dan 5 tahun memegang tiltle mak orang dan ini lah kali pertama merangkap hari pertama bersahur dan berpuasa tanpa my beloved hubby disisi.

 Bersahur pun ala kadar jer.. dah kejut naufal untuk bersahur sekali sebab nak ajar dia berpuasa tapi alahai tak mo nya bangun budak tu.. tarik selimut lagi ada la... mungkin sebab semalan tido lewat kot.. Tak pa, esok suruh dia tido awal skit then cuba lagi kejut dia bersahur. Dah kena ajar berpuasa dah ni...kalau boleh sampai pukul 12 tengahari pun ok dah. 
Tempek skit gambo orang yang jauh dimata tetapi kekal dekat dihati, di Fb dan di Skype



Tak pandai posing ni, maklum la bukanya artis or model pastu dah biasa dengan baris sedia.. senang diri...
so gitu je lah kekdahnya berposing.

Selamat berpuasa untuk semua follower dan sesiapa sahaja yang bertandang ke blog ini. Diharapkan segalanya berjalan dengan lancar dan kita dapat menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan dan diberkati oleh Allah S.W.T
 
~ TATA~


Related Posts with Thumbnails