Di tika dan saat ini aku sedang bersiaran dari rumah ku syurga ku..hehehe
Berbekalkan lappy, line intenet,meja tulis naufal dan ditemani pulak dengan nureen yang dok buat sepah dan berlatar belakangkan lagu pororo di tv maka dengan hati berbunga-bunga aku menaip entry ni.. Eh lupa plak....hubby pun teman aku jugak sambil pejam mata...hahaha
Sebelum ni aku berblogging,check email, berFB, layan beautifulnara, layan redmummy dengan line wifi di opis sebab tu hanya time keja jer aku online...weekend ofline la. Jangan salah faham yer....aku buat semua tu bila keja hakiki aku dah siap yer... Keja aku nak kata banyak tak juga tapi sikit pun tak juga sebab keja aku ni ada masanya, banyak...ada masanya, tak de..So sekarang rasanya malas dah aku nak bawa lappy ni ke opis...aku online di umah je lah... Kalau aku online pun time rehat jer kot..hahaha, bleh caya ker?
TAPI
dalam syok ni, ada jugak yang tak berapa syok..... sebabnya.... esok, hubby akan ke lumut untuk traning then kalau lulus traning tu dengan jayanya maka aku ngan anak-anak akan ditinggalkan dalam satu jangka masa yang lama....1 tahun (lebih kurang )
Sebenarnya berita hubby kena g traning ni kami dapat dalam masa yang singkat..kelam kabut juga dibuatnya.. Dapat arahan (signal) kul 11 malam jumaat lepas suh lapor diri di lumut ari selasa ni. Maka
SI KUNING terus dihantar ke workshop untuk diservis maka terbang la $$$.
Sekarang
SI KUNING sudah di pos ke tanah besar.... harap-harap dapatlah dia bagi perkhidmatan yg terbaik untuk hubby, jangan buat perangai dah la. Aku risau betul bila hubby drive sesorang sbb hubby ni boleh dikategori drive laju, kalau tak, tak kan saman speed trap sampai berjela panjang. Kalau aku ada kat sebelah, aku tukang break nya... break pakai mulut yer....
"slow-slow bang..."
"laju sangat ni.."
"ha....tu..tu...camera" (di highway)
Inilah ayat aku. Biarlah hubby marah pun kata aku bising...janji selamat.
Dalam ati aku ni seribu macam rasa ada... tak tau nak terangkan.
Sedih pun ada.... berjauhan ngan hubby, anak2 mesti tanya nanti
Suka pun ada...... impian hubby selama ni tercapai
Bangga pun ada...... hubby pergi berkhidmat untuk negara
Takut pun ada..... macam2 benda bleh terjadi disan dan disini
Kesian pun ada...... kat anak2 la sebab depa mmg rapat ngan hubby
27hb ni, NAVY DAY..... ada sambutan di pangkalan. Time sambutan tu nanti hubby sepatutnya menjadi salah seorang penerima sijil perkhidmatan cemerlang tapi memandangkan hubby tiada masa tu mungkin aku akan jadik penggantinya... kalau boleh aku nak suruh orang len ja yang ganti, segan la weh!
Apapun, aku harap apa yang dicitakan hubby ni akan tercapai... kalau dia gembira aku pun gembira jugak walaupun perlu ada pengorbanan yang perlu kami lakukan.
"Abang... doa ayang sentiasa akan mengiringi abang"
Ops!... dah lari tajuk ni.
sekian saja untuk kali ni..... nak p join kontest plak di
http://thecolourfulisland.blogspot.com/