SALAM
SLEEP BOX??? apakebendanya?? uolls penah dengar tentengnya atau tengok SLEEP BOX.
Rupanya cam ni..
Kegunaan Sleep Box ni tentulah untuk tido (abeh..nak wat apa lagi???) Sleep Box ni adalah sebagai kemudahan kepada orang ramai yang mudah dan murah sekiranya jadi kes2 kecemasan seperti uolls tertinggal flight then flight seterusnya esok pagi dan hotel penuh atau mahal so Sleep Box jalan penyelesaian..tak perlu uolls tido kat airport/stesen bas/stesen keretapi atau cari masjid/surau untuk tido.
Berukuran 2m x 1.4m x 2.3m selesa dan selamat
Rekabentuk yang sesuai diletakan indoor atau outdoor (takut kena tampal poster ahlong)
Selesa untuk maximun 2 orang.
Dibawah katil ialah ruang tempat untuk menyimpan beg atau barang
Dilengkapi dengan katil,cadar,tilam dan bantal
TV LCd pun ada jugak (tak la boring)
Meja untuk Laptop dan WIFI (boleh update blog/FB)
Plug intuk charge henpon
tingkap cermin yang boleh ditutup (tak de la orang nak intai uolls tido)
Pembayaran boleh dibuat pada pengurusan terminal atau di kaunter2 disediakan dan uolls akan di beri kunci elektronik. Boleh sewa dari 15 minit atau berapa jam pun yang uolls nak....
mudah kan? so nanti tak dak la org dok tido kat kerusi menunggu flight/bas/ketapi
(tapi kalau nak jimat bajet lagi tido ja kat kerusi tu..)
uncle selalunya kalau sampai KLIA malam ..mmg tido kat kerusi panjang jer..hahaha tak ingat dunia sampai ke pagi...ok gak..hahahah
ReplyDeleteuncle: ni nak kasi selesa skit la.. tp ct tak penah lagik tido kat mana airport/stesen bas..
ReplyDelete