Monday, July 11, 2011

sarapan dimana?

As salam

Ini entry sedikit basi yer.... minggu lepas punya crita yang tak diupdate sebab aku malas nak ngandap lappy di umah, asal saip semua keja, lepak depan tv terus zzzzzzzzzzz......

Hubby ada kat umah ni, dia cuti 2 minggu then 10hb ni nak ke kuatan balik sebelum terbang 
Ini lah masa untuk aku dan anak-anak habiskan masa ngan hubby.

Pagi ahad lepas kami sarapan di Restoran Pak Hassan kat kelibang sebelah hotel twin peak
(sapa yang penah mai Langkawi mungkin tau kot)


Ginilah gaya nureen bila aku kata "CISSSS"
sengeh sampai pejam mata
Hubby tengah puluh roti canai
Apa yang best kat sini ialah Gulai Ikan Temenung ataupun Kari Ikan Kembung
Memang cukup rasa la gulai ni, kena plak ikan yang fresh dan lemak.......... walaaaaaa

Nampak tu, bersilang sudu aku ngan hubby. Gulai ni depa buat dalam periuk besar then letak atas dapur so kompom sentiasa panas la. Korang amik la banyak mana korang suka. Sekor ikan RM1.20


Sunday, July 10, 2011

EE BURGER Delivery

As salam
Aku penah crita pasai tempat makan western kegemaran aku di langkawi ni namanya

Ari ni aku nak crita pasai EE BURGER Delivery plak. La ni kan hubby tak dak so aku malas nak bawa anak-anak p makan di kedai sebab si nureen tu terlebih aktifast. Dia ikut mood kadang-kadang ok kadang-kadang mau huru hara jadinya. Untuk mengelak dari menda tak best terjadi aku pun oder chiken chop dari EE BURGER delivery.


Kuah tu dia letak asing la, gambar tu aku dah tuang dah kuahnya.. Ada kentang goreng skit ngan coselow (betul ke eja ni)
Servis pun ok jer.. tak la lama sangat aku tunggu cuma bagi aku lebih syok makan kat kedai la. servis charge untuk delivery ni RM1 ja...

Nampak tak nombor fon nak oder..... 012-4766614
TAPI
Delivery servis ni untuk sekitar kuah sahaja. Kalu korang dok chenang ke, ayer hangat ke, maunya keras kejong ayam tu bila sampai kat korang
eh! 3 layer EE sodap la
Ok! tu saja aku nak crita


Thursday, July 7, 2011

Hadiah Tupperware airtigh

As salam

Lajutan dari entry Won Tupperware Airtight dari Giveaway Tupperware Brand
Hadiah sudah sampai ke tangan aku minggu lepas.




Aku cuma dapat hadiah ni jer katanya benilai RM50 tapi aku tak pasti plak.....lagi pun dapat free sapa tak nak kan? Ramai yang menang hadiah cam aku ni, so aku ingat ada pemenang lain untuk hadiah utama iaitu Samsung Galaxy Tab rupa-rupanya antara kami yang terpilih tu kena lengkapkan slogan melalui sms then slogan terbaik yang akan menang Samsung Galaxy Tab tu.
Korang nak tau apa slogan aku?
:
:
:
:
:
:
:

Aku tak hantar pun slogan tu sebab terlupa, tarikh tutup 26hb jun..... kononya nak pikir dulu slogan yang power alih-alih terlupa terus.......  kompon Samsung Galaxy Tab tu bukan aku yang punya. Tapi alhamdulilah dengan hadiah yang ada tu, ni yang buatkan aku lebih bersemangat nak join CGL yang lain.


Related Posts with Thumbnails