Thursday, April 19, 2012

Travel Voucer worth RM1K

As salam

Sebelum ni pon dah ada crita pasal WON TRAVEL VOUCHER WORTH RM1K
tapi masa tu just baru dapat email jer kan dan ct pon ragu-ragu takut scam ke apa..
Tapi sekarang Travel warrant tu dah ada di tangan...horey!!!!


Pening plak pikir nak ke mana....tak tau nak guna utk hotel atau flight...
Bulan 10 ni ct dah boking flight ke penang to holiday weekend ja....samada nak guna utk hotel time tu atau nak guna untuk holiday lain..

Ada yang cadang ke genting....dah semak hotel ngan tiket permainan di genting tu just dalam rm500 jer so lagi rm500 tu hangus sebab voucher tu bleh guna sekali jer. 1 malam jer lah kat genting tu..kalau banyak malam nak buat apa plak..main game sampai pengsan?

Ada sesiapa bleh cadangkan ke mana yang best nak holiday bersama anak-anak?


Tuesday, April 17, 2012

Tragedi Jam tangan

As salam

Tak tau nak letak tajuk apa dah...kalau letak "aku seutas jam tangan" dah macam tajuk karangan darjah 3 plak. Dah lama dah ct tak pakai jam..kalau tak silap hampir 3 tahun kot...ct memang tak penah beli jam mahal-mahal...semua beli kat pasar malam or uptown gitu-gitu jer..murah jer tapi ada jugak yang pakai sampai bertahun. Rasanya yang paling mahal dalam Rm80 kot ct beli dengan member opis di KL..jam tu talinya kristal, member tu buat sendiri..memang tak berjenama pon la..Tapi cantik.

Masa hubby balik bercuti ari tu dia ada belikan ct jam.
Inilah rupanya (kotak pon dah kemek)
Bila tengok...jam tu tak berjalan  dan tali dia kena pi potong so pi la kedai nak potong tali tu kan...
pi satu kedai katanya dia tak boleh buat sebab apa tah alat dia tak de...Ok..
Pi kedai lain....kena tunggu sebab tukang nak buat tu tak sampai lagi...dah sampai dia cakap tak perlu potong pon cuma kena buka jer klip kat tali jam tu...hahaha..rupanya ada klip jer kat situ utk kita adjust talinya... Tapi cam na pon kena potong jugak skit sebab still longgar walau dah buka klip tu.

Pastu minta dia masukan bateri...memula tu heran jugak sebab hubby bagitau masa dia beli tu kena bubuh bateri sendiri...selalunya beli jam mesti dah ada bateri kan? tapi ct diam je lah...
Nak bubuh bateri kena pi kedai lain pulak...
Di kedai tu..bila budak pompuan tu buka dia kata bateri ada la..dan masih ok.
Dah tu kenapa tak jalan yer jam tu.....Rosak la kot.
Alamak...kalau rosak kena tukar kat Lebanon la.

Ct pulak dah buang semua kertas-kertas dalam kotak tu termasuk waranty card...adeh!
Hubby plak lupa nak bawa masa dia balik kesana.
Pasrah jer lah..memang tak de rezeki pakai jam mahal..hahaha
Simpan dalam kotak...tak tengok dah

Then ada member hubby balik cuti so hubby minta ct kirimkan jam tu pada member dia. Hubby dah tanya kedai yang dia beli tu kalau betul rosak boleh tukar.
So....sekali lagi jam tu terbang pulang ke Lebanon.
Bila hubby bawak ke ekdai tu..rupanya jam tu tak rosak yer..
Cuma kami ni yang keliru...nampak macam tak jalan rupanya jam tu tak de jarum minit.
Kita kalau nak tengok jam jalan ke tak mesti tengok jarum minit kan? dah tak de jarum minit nampak macam jam tu mati lah.
HAHAHAHAHA
Punya ramai tengok jam tu..semua tak perasan.
Hubby yang beli pon dia tak tengok betol-betol. Dah ct cakap nak jam yang ada bling-bling dia pon beli cam tu tapi tak tengok abis-abis.
2 minngu lepas hubby kirim kan balik jam tu bersama beberapa barang lagi cam dalam ENTRY INI
Sekarang Ct pon dah pakai jam tu...
Cer tengok betul-betul
Kalau tunggu baru nampak jarum minit tu bergerak.
Teruk betul la..tak pasal-pasal jam tu 4 kali naik flight Lebanon-Malaysia-Lebanon-Malaysia

Nampak sangat ct ni tak penah pakai barang berjenama..memang tak tau apa pon..baru 3 ari lepas search cari model jam ni di internet.
Jumpa di Timex Philippines


Women Crystal Collection
66 swarovski crystal

*TaTa*

Monday, April 16, 2012

Makan ketika amaran tsunami dikeluarkan

As salam

Hahaha...lambat betoi nak update kat sini...cam idup segan mati tak mau dah blog ni.
Petang tu kat umah memang terasa gegaran tu tapi tak la kuat sangat... anak-anak tido, ct dok tengok tv pastu rasa cam lantai bergoyang..ingatkan orang umah atas dok buat apa ka.. tapi pikir balik kalau umah atas mesti syiling kan.. tapi ni, kat lantai...
Bangun tengok kat luar...tak de apa pon..semua ok ja..
sambung balik tengok tv.. terasa lagi goyang tu..
Tak pikir apa pon la.

Pastu bawa anak-anak kuar makan di Saloma Nasi Lemak kat dataran helang tu...
On the way ke sana baru dengar berita pasai gempa bumi dan amaran tsunami dikeluarkan termasuk kat Langkawi. Baru la tau apa sebab bergoyang tadi.
Pusing-pusing kat jeti tengok tak de apa-apa pon so kami pon dengan senang hati pi pekena nasi lemak...hehehe

Gambar suka suki untuk tatapan hubby disana








*sila jagan tegur kauali gambar yang hampeh itu*
hikhikhik


Tuesday, April 10, 2012

Naufal & Nureen yang punya

As salam

Malam bila tah dalam minggu lepas ct ada pi beli barang kat kedai area rumah ni... dok melilau dalam kedai cari barang tu baru perasan Naufal dan ikut kat belakang...patah balik cari rupanya dia dok ikut belakang
 sorang budak pompuan yang dok main PSP dalam kedai tu.. budak tu kecik skit dari naufal so bila dia dok kat belakang nampak la apa budak tu main... bila panggil... baru sengeh-sengeh mai kat ct.. bertuah sungguh la..
Ct perasan budak pompuan tu asyik jer dok main PSP tu sampai mak dia dah kuar kedai pon dia dok kat situ lagi...memang kusyuk la dia dok main
Dalam keta ct tanya Naufal...

Abang dok kat budak pompuan tadi tu buat pa?
tak buat apa... tengok ja...
tengok apa?
dia main game
abang nak ke game tu?
abg  nak la... tapi abg kena pandai dulu baru boleh main game
Sekarang abg tak pandai ker?
pandai.... tapi kena lagi pandai...

Sebabkan Naufal dah pandai so Naufal dapat ini dulu...nanti dah lagi pandai baru boleh dapat PSP

mana boleh untuk Naufal saja so Pinky tu untuk Nureen

Bukan tak boleh beli PSP tu tapi takut Naufal leka ngan benda tu ja... sekarang ni pon kena suruh tengok buku baru dia tengok kalau tak dok mengadap tv ja...Nanti dah besaq pandai bahagi masa boleh la...

*ini lah barang dalam parcel airpak ari tu*

Monday, April 9, 2012

Yang ditunggu sudah sampai

As salam

Selain dari Sembonia yang ditunggu ada lagi 2 barang yang ct tunggu sampai ke tangan
Parcel dari Airpak (crita di lain entry)
Beg kiriman dari hubby

Dua-dua terima ari jumaat lepas
Member hubby disana balik bercuti kali kedua then dia ada mai holiday di Langkawi ni so hubby pon minta tolong bagi beg ni pada ct. Ct tau member hubby nak mai sini tapi tak tau ari apa dan no  fon dia pun ct tak ada..harapkan dia jer call ct kalau sampai sini. Nasib baik time dia call tu ct kat opis lagi so dekat la nak pi amik di hotel dia kat pantai tengah tu.
On da way nak ke hotel tu selisih ngan lori parcel airpak menghala ke opis so teringat mesti parcel satu lagi tu dah sampai.
Pusing-pusing jugak mencari hotel tu sbb katanya "Grand Village" ct plak tak tau sangat hotel kat sini kalau yang hotel besaq dan selalu dengar tu tau la..sampai ke awana ct cari...bila call balik katanya area pantai tengah...nasib baik dia tunggu tepi jalan masuk ke hotel tu..baru jumpa.
Rupanya bukan " grand village" tapi "green vilage" hahaha... dah member tu slang kelantan dia pekat sangat... conpius ct...
Balik umah terus godek apa ada dalam beg hitam  free ATM.. berat jugak beg tu

baju nureen & naufal
minyak wangi
t-shirt
sling beg
jam
&
sampul surat putih...hehehe

itu aja....nanti sambung lagi....

Wednesday, April 4, 2012

Won Sembonia

As salam

Alhamdulillah....best sangat-sangat bilatau Ct salah seorang pemenang beg Sembonia dalam majalah Cosmopolitan..Thanks WANSTEDDY tag Ct..
Walaupun Ct langgan Cosmo tapi lambat jugak sampai ke tangan sapa kat KL tu ok lah..cepat jer


 malas nak edit...nampak tak? yg dalam bulat tu?
ramai jugak comper terer-terer yang menang cam merlyn dan intan marliana

Ok.... ni hadiahnya....bernilai RM349...Kalau dapat sebijik cam dalam gambar tu syok la...cantik!
Harap-harap cepat la dapat hadiah ni sebelum raya..hehehehe..leh melaram time raya.

Dah lama tak menang contest dalam majalah ni....pastu ada jugak hadiah yang tak dapat lagi...Cosmo isu bulan ni pon best-best jugak hadiahnya.


Tuesday, April 3, 2012

Udang Lipan @ Udang Ketak

As salam

Kat tempat Ct ni kami panggil Udang Lipan tapi ada tempat panggil udang ketak.. kat tempat uolls nama apa plak?
Ini lah rupanya

Cantik jer baris kan...
Kecik-kecik jer ni...Ct beli Rm2.50 untuk 6 ekor nasib baik isi banyak jugak sebab udang ni kalau dah lama skit isi dia bila kita masak jadi sikit mencair

Dah siap masak....Tom yam

Dulu selalu makan udang ni sebab abah Ct penah jadi peraih udang ni untuk dijual di Thailand.. abah ct akan beli dari nelayan tapi just udang yang hidup jer...balik umah letak dalam kolam...pastu bawak jual di Thailand..kena yang hidup jer.. kalau goreng pon sodap jugak ni.

Penah makan tak?


Monday, April 2, 2012

Menjawab Komen Anon

As salam

Kali ni nak jawab 2 komen dari anonymous pasai 

Pertama:
 Harga tambang ikut CC atau berat?
Setahu Ct harga tambang kargo ni ikut CC dan besaq mana kereta tu..... Selalunya kereta kecik so CC dia pon kecik la kan...Kalau jenis MPV yang panjang @ besaq so mahai la skit sebab bila masuk kargo jenis  ni akan amik space yang banyak so kargo tu tak leh bawak banyak keta lain tu harga lebih skit... bab sumbat banyak barang tu depa tak kisah janji barang tak salah disisi undang-undang...Ct penah borong banyak barang di tanah besaq kiranya penuh keta la cuma ada space untuk naufal duduk jer...harga tetap sama jugak..Cuma kalau barang berharga tu dinasihatkan jangan tinggal lam kreta...depa tak jamin kalau barang tu hilang.

Kedua:
Berbaloi atau tak bawa kereta sendiri masuk Langkawi?
mmmmm.... kalau banyak hari tu maybe berbaloi kot..tapi setakat 3 hari tu Ct cadangkan sewa jer kat sini...kalau bukan musim cuti skolah atau cuti am harga murah jer...Boleh dapat serendah RM60 sehari untuk keta sedan cam wira, waja....Ada bloger yang baru mai Langkawi, dia ada share pasai harga keta sewa
atau call no ni... 013-4776807 (sarah) dia ada avanza...vios...picanto...hotel pon bleh tanya sarah jugak.

So harapnya sudah terjawab soalan-soalan tu... kalau ada lagi yang nak bertanya bleh komen lagi.. insyaallah Ct cuba jawabkan



Pekeliling gaji baru

As salam

Dah ada dah pekeliling yang ditunggu-tunggu kakitangan kerajaan.
Klik la kalau nak baca
PEKELILING PERKHIDMATAN 1/12


Kalau tak reti nak kira gaji pokok atau tak dak kalkulator korang
Klik kat bawah ni
PERKIRAAN PEMINDAHAN GAJI

Insyaallah April ni akan dibayar gaji baru ni sekali ngan tunggakan dari bulan Januari..
makcik kayo jap, hahaha..... bleh la buat beli kain untuk baju raya ni kan...kena tempah awai ni.

Oh... lupa plak sekali Cola naik RM50...alhamdulillah...

Hubby plak tak tau la cam na sebab depa ni special skit... depa dah dpat dah skit bulan Januari ari tu....tapi tak sampai 13% tu so katanya April ni just tambah % yang tak cukup tu lah...ada tunggakan jugak la...
 
Ada misi yang perlu dibuat selaras dengan gaji baru....harap paling lewat pertengahan tahun depan misi ni complete.
 


Related Posts with Thumbnails