Monday, October 31, 2011

Honeymoon..... yahooooo!!!!!

As salam

Syoknya dapat honeymoon lagi... Ct dulu kawen tak sempat nak honeymoon ke mana-mana pun..cuti kejap ja pastu dah balik KL tinggal asing-asing ngan hubby. Hubby masih di Blog bujang kementah Ct pulak tinggal di rumah sewa dengan member bujang, Dalam 5 bulan jugak la kami tinggal cam tu... maklumlah masa tu ekonomi tak stabil lagi nak menyewa di KL deposit rumah pun boleh tahan.. Eh! dah sesat dah crita dari tajuk asal..

Cuma nak ucap selamat berhoneymoon lah untuk anggota MALCOY 7 group pertama bercuti yang telah selamat sampai di bumi Malaysia 29 Oktober lepas..... Ada yang dah sampai ke Genting dah...hehehe cepat sungguh. Ramai lagi yang menunggu giliran untuk bercuti.. termasuklah hubby Ct....dah tak sabar nak jumpa family setelah 3 bulan berada di Lubnan dan hanya FB, Skype, SMS sahaja yang menjadi penghubung.

Insyaallah 1 Januari 2012 hubby Ct akan balik bercuti pulak.... 28 hari jer cutinya pastu fly lagi kesana dan tamat misi maybe bulan Julai 2012. Ct pun ada plan nak cuti-cuti malaysia time hubby balik ni tapi tak pasti lagi nak kemana. Ingat nak ke melaka, ganti balik cuti-cuti malaysia tahun 2011 yang tertangguh tu.
Ct rasa cam nak ke A Farmosa Resort.... ada sesiapa yang pernah kesana? bleh bagi info skit.

*masih dalam mood bengang pasal INI  *



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails