Monday, October 31, 2011

Jemputan ke Majlis, Wajib Kasut bertutup

As salam

Petang tadi ambil Naufal di skolah terus Naufal bagitau ada surat cikgu bagi... Tak sempat-sempat nak sampai rumah dia dah siap tunjuk.... xcited!

 Ok lah tu ari sabtu..cuti so jimat cuti yang dah nyawa-nyawa ikan tu..hehehe
Ni First time Naufal akan join majlis cenggini al maklumlah ni tahun pertama ke taska @ skolah. Tak tau la cam na nanti... Dah hujung-hujung tahun ni semua skolah ada majlis cenggini kan... cuma ada yang lebih up to date di sebut "konsert" ada jugak baca beberapa entry blogger pasal "konsert" anak-anak diaorang. 

Naufal terlibat 2 acara.... yang nasyid tu dah tau dah sebab bulan lepas cikgu dah kasi kain suruh buat baju melayu... dah siap dah bajunya tunggu nak dipakai jer.. Yang tradisional tu tak pasti pulak cam mana, menari kot.. ada tanya ngan Naufal dia cakap budak pompuan je yang menari...hahaha.. tak tau la cam na nanti.
Nampak tak list yang last tu.... Kasut Bertutup, ni masalah ni. Naufal memang tak de kasut bertutup semua kasut dia mahupun kasut raya  Ct beli yang jenis sandal ada pelekat cam kasut skolah tu... tapi ada le lampu segala bagai dan semestinya..BEN 10. Dulu pernah beli sekali tapi Naufal tak selesa pakai kasut cam tu...dia cakap kaki panas lagipun Naufal ni jenis naik keta jer mesti buka kasut (bukan letak kat luar tapi kat dalam keta la) dalam feri pun cam tu jugak.
Bila cikgu cakap wajib pakai kasut bertutup so weekend ni rasanya kena p cari la sebab majlis tu weekend depan.. kira kasut raja Haji la no....

* Ct pun tak berapa suka sangat pakai kasut bertutup penuh melainkan sport shoes lagipun Ct susah jumpa saiz kalau kasut jenis tu..kaki kecik sangat *


Honeymoon..... yahooooo!!!!!

As salam

Syoknya dapat honeymoon lagi... Ct dulu kawen tak sempat nak honeymoon ke mana-mana pun..cuti kejap ja pastu dah balik KL tinggal asing-asing ngan hubby. Hubby masih di Blog bujang kementah Ct pulak tinggal di rumah sewa dengan member bujang, Dalam 5 bulan jugak la kami tinggal cam tu... maklumlah masa tu ekonomi tak stabil lagi nak menyewa di KL deposit rumah pun boleh tahan.. Eh! dah sesat dah crita dari tajuk asal..

Cuma nak ucap selamat berhoneymoon lah untuk anggota MALCOY 7 group pertama bercuti yang telah selamat sampai di bumi Malaysia 29 Oktober lepas..... Ada yang dah sampai ke Genting dah...hehehe cepat sungguh. Ramai lagi yang menunggu giliran untuk bercuti.. termasuklah hubby Ct....dah tak sabar nak jumpa family setelah 3 bulan berada di Lubnan dan hanya FB, Skype, SMS sahaja yang menjadi penghubung.

Insyaallah 1 Januari 2012 hubby Ct akan balik bercuti pulak.... 28 hari jer cutinya pastu fly lagi kesana dan tamat misi maybe bulan Julai 2012. Ct pun ada plan nak cuti-cuti malaysia time hubby balik ni tapi tak pasti lagi nak kemana. Ingat nak ke melaka, ganti balik cuti-cuti malaysia tahun 2011 yang tertangguh tu.
Ct rasa cam nak ke A Farmosa Resort.... ada sesiapa yang pernah kesana? bleh bagi info skit.

*masih dalam mood bengang pasal INI  *



Cover Girl sexy

As salam

Seksi sungguh cover girl majalah Female edisi November... kena la ngan isu utamanya untuk bulan ni
392 New Ways To Look Sexy.

Baru 3 bulan start beli majalah Female dan tentunya Contest yang menjadi tarikan utama tambahan pulak bulan ni hadiah cukup best.

Kalau ada rezeki menang Carolina Herere 212 VIP ni... mmmmm syoknya... hahaha berangan lagi.


Saturday, October 29, 2011

Sakit hati betul la...

As salam


Sakit hati sebab line skype teruk sangat.... petang tadi punya la semnagat nak skype ngan hubby terus terbantut gara-gara line kejap ada kejap tak dak.. Tak pasti line internet or skype yang masalah. Hubby disana guna wifi jer dan memang dah tau line slow kadang ada kadang putus tapi tak pernah jadi plak bila skype teruk cam ni...
Suara pun tak dengar... Ct kat sini tak dengar tapi hubby kat sana dengar... pastu nampak muka tapi cakap guna chat di FB or skype... hampeh betul la..
Nak kata seting sound di skype tu masalah tapi bila vidoe chat di Fb pun sama jugak... masalah sound di lappy ka? pastu lappy mana yang masalah.. CT ke hubby.... Adoi la..
Geram sangat....last terus off.. buang masa ja.. dah la nak-anak pun kalut jugak nak itu nak ini... 
Hubby pun tak faham-faham apa yang Ct bgtau di chat FB... kita kat sini tak dengar dia cakap tapi dia suh kita jawab.. nak jawab apanya dah tak dengar apa dia tanya..
memang panas hati....
Nak sejukkan balik... off lappy...off tv ajak anak-anak tido...baru puas hati.
Bila jadi cam ni rasa malas dah nak skype ke apa.. boring tiap kali skype asyik marah-marah.



Thursday, October 27, 2011

Free style

As salam

Cam na ngan cuti raya korang semalam... wah.. raya sakan no..
Hari ni  tengok banyak entry jalan-jalan pastu ada jugak entry buat kuih raya pun ada jugak... semangat 1 malaysia la katakan hehehe 

Ct tak de buat apa xtvt pun.... melepak kat umah je ngan anak-anak pastu ada la buat apam polkadot skit untuk Naufal N Nureen

Petangnya ingat nak kua tapi cuaca tak mengizin kan plak... malam je lah ke billion tu pun bajet nak p beli aiskrim Mcd ja tapi tak tau la apa yang menghasut sampai terbang RM60... hahaha selalu jadik gini, sebab tu kalau nak kuar tanpa arah tujuan lebih baik cuba elakkan tempat yang boleh membuatkan nafsu membeli membuak-buak.

Korang tau la kan Ct la ni single mom (1 tahun je) kemana pun terutama hari cuti mengangkut  la budak dua tu.. Naufal dah biasa dok lam keta kat seat belakang.. so Nureen la penumpang di sebelah drive ni.

Kadang-kadang ok je.. kadang-kadang bila mai angin kus-kus dia huru hara jugak jadiknya
Dulu ada baby car seat  ok la jugak, mau jugak duk dalam tu tapi bila dah besaq dan banyak peel ni tak maunya duk dalam tu... kejap di depan, dah jemu ke belakang pulak kacau Naufal...gaduh2.. Naufal cam biasa akan ngadu ataupun nangis bila Nureen amik bantal ke ataupun tak bagi dia duduk kat set... so Naufal duk je kat lantai bawah tu... bila Naufal nak ke depan si Nureen marah tak bagi jugak.. haru sungguh..

Mula-mula dulu memang agak kelam labut jugak la, mana anak tumpu ke drive pastu nak settle masalah depa dua tu.. tapi sekarang alhamdulillah dah boleh handle....cam na ct buat? macam-macam  cara la.. umpan Nureen ke seat depan dengan makanan, mainan then kalau tak jalan jugak cara tu...sendiri faham2 la... hahaha.. nasib baik cermin semua tutup kalau tak mau tekejut org dengar suara mak orang ni...

Ada masa keadaan jadi damai bila






Situasi cam ni selalunya di waktu pagi on da way ke rumah pengasuh atau petang time bawak jalan-jalan. Di rumah tak nak tido so bila masuk keta kena aircond mula la nak tido....so misi jalan-jalan round langkawi dibatalkan.

*Best tengok anak orang lain yang diam je duduk dalam car seat *


Saturday, October 22, 2011

Hadiah Untuk Yang bertuah

As salam

Dah join ke
BIRTHDAY GIVEAWAY
Kalau belum sila klik banner dibawah ni


Hadiah untuk mereka yang bertuah berupa barangan AVON iaitu
Ultra Moisture Rich Lipstik

 ini lah rupa lipstik tu yer...
Tapi hanya 4 yang bertuah saja akan memenangi Lipstik dibawah

~Deep Marashino~
~Raspberry~
~Rose Ribbons~
~Perfect Pink~

Setiap pemenang dapat satu la yer...so tak dak pemenang pertama ke kedua ke semua sama rata ja..
Insyallah kalau Ct rasa penyertaan memberangsangkan hadiah mungkin akan ditambah tapi tak pasti apa hadiahnya.

*Tuan tanah belum dapat lagi hadiah birthday...huhuhu*

Friday, October 21, 2011

Menang Benefit Produk Bernilai RM500

As salam

Petang tadi selamat sampai hadiah dari Promo EH! bulan Julai
Produk skin Care Benefit yang bernilai RM500... ini hadiah paling mahal yang Ct menang setakat ni.


 Ada 4 barang semuanya.
Ct nak jual semua produk ni... boleh kalau nak beli satu saja atau kesemuanya ....
Ct jual murah dari harga di pasaran atau harga di 
http://www.benefitcosmetics.com
 
 Klik untuk maklumat lanjut
harga CT: RM45
 Total Moisture-Facial Cream 48.2g
 For Normal to dry skin
http://www.benefitcosmetics.com/product/view/total-moisture-facial-cream
Maklumat lanjut klik link diatas
Harga CT: RM50

 Triple Performing Facial Emulsion Spf 15 PA++ 50.3ml
For All Skin Type
http://www.benefitcosmetics.com/product/view/triple-performing-facial-emulsion-spf-15-pa
Klik untuk lihat harga dan review
Harga CT : RM 45

Harga CT: RM50

Atau nak baca tentang review produk diatas Klik 
 
Semua Free Postage.... Kalau nak borong semuanya RM170 sahaja...


Alhamdulillah.... jodoh masih panjang

As salam

Pagi rabu lepas memang cuak jugak time drive baru perasan something tak de kat jari... Cincin hadiah Aniversary dari hubby 3 tahun lepas dah hilang. Rasa cam nak balik cari time tu jugak tapi mengingatkan kalau balik sure lambat masuk keja pastu Naufal pun lambat ke taska so sabarkan diri petang nanti balik baru cari.
Sepanjang ari tu nak tunggu pukul 5 ptg dalam kepala ni puas dok ingat balik kat mana letak.. tak ingat jugak. Ct agak mesti jatuh time mandi sebab cincin tu memang dah longgar skit.... Sebelum ni pernah jugak sekali jatuh di umah mak, nasib baik 2,3 ari lepas tu mak jumpa kat belakang pintu bilik. Mak cakap kalau benda tu dibeli dengan hasil yang betul insyallah akan jumpa balik...
Dah bagitau hubby disana dan tentunya hubby suruh cari jugak ....ada lah hubby pelawa nak belikan yang baru tapi tak sama kan yang baru dengan yang lama tu walaupun nilainya tak seberapa tapi Ct rasa nilai lain yang lebih berharga ada pada cincin tu.

Balik umah petang tu terus cari serata rumah dah... tak jumpa jugak.... so report lagi kat hubby di FB. Dalam hati  rasa cam dah tak dapat balik cincin tu tapi dengan kuasa bulan dah penat berFB Ct nak letak kaki bawah meja  lappy ni..tup-tup rasa cam ada something kena kaki.. tunduk tengok... Ya Allah..cincin tu... Alhamdulilah jumpa jugak akhirnya.

* Ada baca blog ANJE pasai DSLR yang hilang tu.... sedih kan....*


Kumpul dan tukar (Lactogen 3)

As salam

Nureen dari dulu minum Lactogen then tengok di kedai ada promosi kumpul dan tukar ni terus tukar dari Lactogen 2 ke 3. Lagipun Nureen memang dah bleh tukar dah ke Lactogen 3

6 barcode Lactogen 3, 700gram
ditukar dengan

1 kotak Lactogen 3 700gram
Setakat ni Ct sempat tukar 3 kali maybe sempat sekali lagi. Tarikh last untuk tukar pada 31 /10/2011


Thursday, October 20, 2011

Kembalikan Keremajaan Wanita

As salam
Terpengaruh ngan member di opis lama so terus oder

Baru 5 hari cuba.... ada perubahan yang baik.
Untuk lebih detail or nak oder bleh ke
(klik)


Tuesday, October 18, 2011

Peraduan Cuti-Cuti Bersama Kotex

As salam

Banyak betul Contest dari Kotex ni kan... lepas tamat satu Contest ada plak contest baru dan hadiah-hadiah memang menarik sangat. Kali ni hadiahnya pekej percutian pulak... bestnya


KLIK BANNER UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT

Oh... seronoknya kalau dapat menang hadiah utama tu... hahaha mood berangan sudah mari....
Tapi mana tau kan... ada rezeki kita untuk menang so tunggu apa lagi jom la join.

Nanti dah tamat Contest ni..... uolls nak tengok result bleh tengok di
klik kat link tu
Macam-macam info ada disitu so jangan nanti ada yang tinggalkan komen emo-emo tanya tentang keputusan Contest ni cam di Entry Contest Kotex  yang lepas.

GOOD LUCK SEMUA!!!!!

Monday, October 17, 2011

First Time menang dari Marie Claire




As salam

Alhamdulilah... ada lagi rezeki ct menang dalam kontest melalui majalah. Kali dari Marie Claire, ct menang ALDOGIFT PACK bernilai RM250

Tak pasti pulak apa isi gift pack tu.... cuma disini ada bagitau sandals dan sunglasses
Tak kisah la apa pun... kalau tak nak guna boleh dijual.
First time join Marie Claire tak sangka ada jugak rezeki so bulan depan pasti Marie Claire tersenarai dlm majalah yang wajib dibeli.
Boleh tengok senarai pemenang isu september DISINI

*Tension betul.. cosmopolitan dah tak  dijual di Langkawi, dah banyak bulan terlepas*


Sunday, October 16, 2011

Peserta Giveaway Harap Bersabar

As salam

Baru sampai rumah tengahari tadi dan baru la ni dpat online.. Jumaat lepas Ct bawa anak balik kampung kat Pokok sena ja, dah boring dah Naufal tu asyik teperap kat rumah.. Ct jarang bawa depa jalan-jalan weekend.. tah la, tak dak mood abis sangat pun bawa p taman ja.

Di kampung try online guna broadband dan lappy adik tapi buat sakit ati ja... lambat sungguh nak loading, p makan nasi habis 2 pinggan pun belum tentu dah bleh buka FB or Blog. Patut la Tv umah mak tu tiap kali nak tukar chanel kena p ejas arial.. Umah mak tak pasang Astro sebab yang dok ada ni pun tak tengok sangat harap kami anak beranak balik ja yang tv kena keja keras skit..hari biasa time berita ja ON.

Dah melalut dah dari tajuk ni... atas masalah yang  di hadapi untuk online so Ct harap para peserta yang join BIRTHDAY GIVEAWAY Ct tu boleh bersabar. Ct akan cuba terjah entry uolls secepat mungkin.

Pada yang tak join lagi tu Uolls dijemput untuk join simple giveaway dari Ct. cam na nak join Klik Banner Dibawah.


Hadiah pun akan di update tak lama lagi so TUNGGUUUUUUU!!!!!!!!!


Friday, October 14, 2011

Vichy diganti Garnier

As salam

Ingat lagi entry
HADIAH DARI EH!

Ct ada menang produk Vichy cam kat bawah ni

Tapi Ct tak guna produk ni dan kalau ct cuba pun nanti dah abis rasanya dah tak mampu ct nak beli lagi sebab harganya boleh tahan jugak la... So ct buat keputusan jualkan saja
Alhamdulillah akhirnya ada jugak yang membeli dan duit hasil jualan tu ct belikan

Produk Garnier Light
Dengan RM50 tu Ct dapat semua produk garnier kat atas tu.. siap ada baki lagi skit.
Ok jugak kan kalau buat cam ni... dari simpan je barang kita tak guna lebih baik jual pada yang nak then ganti dengan barang yang kita mahu.

Harap lepas ni ada lagi rezeki ct menang apa-apa contest..... Ct selalu join yang mudah-mudah dan tak perlu banyak modal... kebanyakan base lucky draw, nak join yang slogan memang payah skit la sebab ct bukan jenis kretif orangnya.

*TQ pada pembeli Vichy... happy berurusan ngan kamu*


Thursday, October 13, 2011

A - Z & 1 - 10

As salam

Dah lama nak beli benda ni... tapi tak beli-beli jugak hinggalah jumpa dalam catalog cosway akak opis ni terus je oder sebab murah.
Kalau harga di pasaraya ct tengok dalam rm29.90 (di langkawi la)
dalam cosway separuh dari harga tu.



Dah ada benda ni haruslah umah akan bersepah kan.. tak pa la janji Naufal ngan Nureen happy main sambil blajar. Ada juga tengok yang lekatkan benda ni kat dinding tapi ct bagi depa dua ni main cenggitu ja.
Kadang-kadang penat jugak tengok umah bersepah ngan mainan anak tapi nak buat cam na kan.. nasib baik lah kalau depa simpan balik lepas main kalau tak.. kita la yg kena kemas.


Tuesday, October 11, 2011

Cara Pasang Banner Di Sidebar

As salam

Memandangkan ramai yang baru berjinak-jinak untuk join Ga dan Contest melalui blog so masih ada yang belum mahir cara meletakkan banner di sidebar.
Selalunya Penganjur akan buat syarat wajib iaitu meletakkan banner di sidebar yang mesti di linkkan terus ke entry contest di blog penganjur. Macam BIRTHDAY GIVEAWAY yang sedang berjalan ni.

Cara-caranya
Apapun sila save banner Giveaway dalam komputer dulu
Sign In~ Dashboard

 klik Design

 Klik Add a Gedget

 Akan kuar pop up box pastu cari Picture dan klik simbol (+)

Kuar plak cam ni.
1- letak la tajuk apa-apa pun ikut suka
2- Latak la caption apa pun... nanti ayat tu berada diabwah banner
3- letak link ini.  http://naufalnnureen.blogspot.com/2011/10/birthday-giveaway.html (link lain tak bleh)
4-Browse.. cari gambar banner yg kamu save tu
5- Save

Nanti akan kuar cam ni di blog kamu... tak kisah la sama ada sebelah kanan ataupun kiri janji ada.

Harap ini dapat membantu....


Thursday, October 6, 2011

Rezeki awal Oktober

As salam

Alhamdulillah pembukaan bulan oktober ni agak bagus... maklumlah bulan birthday kita hehehe
Ini hadiah dari InTrend isu Aprill 2011

Kemenangan kedua dari InTrend... yang First bulan Nov 2010.
Intrend ni lambat skit kuar resultnya tapi bila minta poskan hadiah cepat pulak sampai..

Ct letak alamat rumah so balik keja ada slip dari GDex terus p amik di opis GDex kat pekan kuah tu... tak jauh pun... punya xcited nak amik hadiah.
Skali 2 beg la....

Inilah hadiahnya.... hamper dari Laurier
Macam-macam jenis ada ni.... leh buat stok.
TQ Intrend @ Measat

* masih mencuba untuk dapatkan hadiah produk Crabtree and Evelyn*


Related Posts with Thumbnails