Wednesday, October 6, 2010

Tokek @ Gecko yang Glamour

SALAM

Cuba uolls tengok ni jap
klik kalau tak jelas

Ini aku ambil dari akaun nuffnang aku. Femes la menatang tokek ni, boleh dikatakan tiap-tiap ari ada ja orang search kat internat nak cari info tentangnya. Oh, terima kasih juga pada orang tu sebab up kan trafic blog aku gara-gara tokek ni. Rasanya penah sekali ja kot aku buat entry pasai menatang tokek ni.

Dalam FB, adik dan sepupu sepapat aku pun dok cerita jugak hal tokek. Masing-masing dok teringat zaman muda-muda di umah Tok (opah/nenek) yang boleh dikatakan memang banyak tokek. Malam-malam mula la dia nak meyanyi suka ati mak bapak dia, kami ni pakat-pakat cari pastu halau. Kalau time tu tau menatang ni leh buat duit, mau berebut tangkap agaknya... tak pun tok aku bela buat harta pusaka.


Ini lah umah nya...
Gambar ni aku cilok dari FB sepupu aku, umah tu dah bertahun tak dak orang duduk sebab tok aku dah pindah duduk ngan anak-anak. Keliling umah ni banyak pokok buah ngan pokok kelapa.

Ini pulak pemandangan di belakang umah tu..

Uolls tau dak tempat tu kat mana?
Umah tu di Kampung Pulau Tuba, Langkawi.
Kalau uolls datang langkawi then nak p pulau Tuba uolls kena naik Bot penambang kerana kampung ni kat pulau lain, bukan satu tanah ngan langkawi. Pulau ni perkampungan nelayan, tapi sekarang dah maju dah...macam-macam ada.

Bot penambang.. kecik ja tapi laju
Aku pun dah lama tak naik bot ni, almaklumlah rasanya dah 5,6 tahun aku tak balik Pulau Tuba.
Kalau aku berpeluang balik sana aku akan crita kat uolls.

OPS! apasal lari tajuk ni.....



2 comments:

  1. 1st time lah maya dengar perkataan nie..heheheh...
    cantik gak cicak nie yer
    tp maya x penh tgk lagik depan mata

    ReplyDelete
  2. bot tu comey mcm kartun rupenya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails