Friday, October 29, 2010

Alfatihah.... damailah mu disana

SALAM

Di pagi jumaat (dah tgah ari) penghulu shgala hari ct menerima berita yg menyedihkan iaitu kepulangan seorang anak kecil kepada yang maha esa... Aisyah (3 bulan) Aisyah adalah anak kepada salah seorang anggota navy (halim) di pangkalan ini. Walaupun halim bukan lah opismate ct tp dia selalu ke opis ct untuk guna e-perolehan disini.

Hari selasa lepas halim ada datang ke opisuntuk menyiapkan kerjanya walaupun dia dalam bercuti kerana anaknya dimasukkan ke wad. Menurut halim dalam jam 3 pagi dia sedar anaknya seperti tidak selesa dan menagis, dia ingatkan hanya perkara biasa sehingga pulul 4 pagi  barulah dia rasa seperti ada yang tak kena dan terus bawa ke hospital. Doktor mengatakan anaknya sesak nafas (mungkin lelah) dan jika ia lambat lagi sedikit mungkin anaknya sudah tiada... Setelah diberi rawatan kecemasan aisyah sudah stabil dan dimasukan ke wad.

Tiga bulan lepas, semasa memberitahu ct tentang kelahiran aisyah, halim nampak sangat gembira dan teruja menjadi seorang ayah..  maklumlah sebelum ini isterinya pernah keguguran..Pada majlis sambutan hari raya ct tengok halim sentiasa mengendong anaknya kesana kesini

Allah s.w.t lebih sayangkanya...... malam tadi baby comel tersebut telah meninggal di hospital.
Ct pun dapat berita ni dari opismate dan sempat jugak menziarahi.....

AL-FATIHAH

8 comments:

  1. alfatihah..
    moga keluarganya tabah dgan dugaan ni...
    amin~

    ReplyDelete
  2. Alfatihah untuk En Halim sekeluarga. Anak itu bidari syurga

    ReplyDelete
  3. AlFatihah..InsyaAllah anaknya menanti mereka di sana~ amin~

    ReplyDelete
  4. Takziah & Al- Fatihah...

    ReplyDelete
  5. Salam takziah buat en halim & isteri..
    sungguh pilu melalui detik kehilangan.. semoga en ahalim & isteri tabah & kuat iman..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails