Monday, August 9, 2010

♥Sehari Di Perlis♥

SALAM

Jumaat lepas aku join trip bersama BAKAT (L) ke perlis. Langkawi ke Peris memang la tak jauh yang bestnya kami akan ke Padang Besar untuk sesi menghabiskan duit yang ada
(jangan tiru aksi ini dikala tengah bulan)

Tak ramai yan join lebih kurang 24 orang saja tapi dah cukup gamat dalam bas.. semua tak sabar-sabar nak ke Padang besar katanya nak beli beras pulut untuk buat ketupat raya (biar betul... puasa pun belum)

First kami ke Taman Ular di Batu Pahat, seingat aku last aku p situ masa zaman sekolah rendah kot..
Gila kentang betul... ular-ularnya memang besar-besar belaka, ada yang tak tahan terus keluar sebab takut..
(hehehe.. katanya bini tentera dah di train oleh suami tak takut apa-apa)

Cuba korang tengok ni


sory yer tak berapa clear... hp cap ayam

Habis jer sesi bersama ular tiba pula sesi bercanda didalam kelam.

Diamana lagi kalau bukan ke Gua kelam di Kaki Bukit

Perghhhh.... memang cantik kat sini damai dan tenang dengan sungai yang jernih. Memang sesuai sangat la kalau bawa family untuk picnic sebab kemudahan asas cukup sempurna... Tapi yang datang tu aku tengok tak ramai yang mandi manda mungkin takut wabak kencing tikus.

Sesi bercanda di dalam kelam



Seterusnya tempat yang ditunggu-tunggu iaitu Padang Besar... Kami diberi hanya 3jam untuk shoping
(mana cukup weh) ini sebab feri last pukul 6-30petang so harus bertolak dari padang besar pukul 5ptg.
Dalam tak cukup masa tu rabak jugak la poket aku... tu pun aku stop sebab duit dah abis.. pandai hubby kasi duit cukup-cukup jer untuk beli apa yang patut.
Yang paling banyak aku beli adalah baju anak-anak terutama untuk adik Nureen.
Tahun ni anak-anak aku pakai Zara , Laura Ashley, Carters made in thailand tapi sebijik macam yang dijual dalam kedai online.

Sekarang duduk diam-diam. Dah banyak shoping baju anak dan mak tapi baju abahnya belum ada lagi...
Puasa belum tentu penuh....tapi baju raya dah penuh almari dah...

p/s: gambo di padang besar tiada yer.... tak sempat nak bergambo

♥Hajat sudah ditunaikan♥

SALAM

Sukanya..... hajat aku pada entry yang lepas telas ditunaikan oleh hubby. Apa hajat tu?
JENGUK DISINI



Badan Wangi Poket Berisi

ONE DROP PERFUME

Niat sebenarnya memang nak beli online tapi petang semalam masa window shoping pra raya nampak ada kiosk yang jual ONE DROP PERFUME so aku pun belek-belek, sekali hubby dah p bayar..... apa pun tima kasih la yer... Badan tersangat wangi tetapi poket tak berisi la sebab tak de rezeki nak dapat baucer tunai tu..

Murah,wangi, comel..... memang berbaloi


Thursday, August 5, 2010

✿Hasil Pertama Bersama Adobe Photoshop✿

SALAM

Semenjak dua menjak ni, cam malas sangat nak buat entry... aku lebih kepada join contest ngan Giveaway di blog aku yang satu lagi tu... http://thecolourfulisland.blogspot.com/  Alhamdulillah.. ada lah menang skit-skit

Berbalik kepada crita aku yang sebenarnya tentang Adobe Photoshop. Aku memang ketinggalan la kot sebab sekarang baru kenai dengan benda alah ni selepas tengok banyak gambar yang cantik di edit di blog uolls. Sebelum ni aku guna photoscape (disyorkan oleh SIS SOMEL) tapi ramai yang cakap Adobe photoshop lagi best. Aku pun cuba la download free trial kat internet tapi malang sungguh bagi aku yang tak berapa cerdik IT ni. Then bila tanya hubby, rupa-rupanya hubby ada CDnya.

Dan Inilah hasil pertama aku

Aku jadikan wallpaper lappy

Ok tak?
Related Posts with Thumbnails