Friday, December 14, 2012

Cuti-Cuti Malaysia @ Penang

As salam

Dari Pulau kami terbang ke Pulau jugak
Cuti-cuti kali ni memang banyak jimat $$$ just keluarkan untuk makan, minyak kreta, tiket masuk taman-taman & souvenir sikit
 3 Hari 2 malam kami disini
 Tempat tido hasil dari menang voucer percutian RM1K
Kalau duit sendiri rasanya tak mampu la tido kat sini

antara tempat yang kami buat lawatan sambil belajar




Nanti kami cerita panjang lebaq lagi..

tungguuuuu......

Thursday, December 13, 2012

Snap... Snap... Snap...

As salam

Ni hasil dari Cik Nikon kami





Cuba teka dimana?

bersambung di entry seterusnya :P

Wednesday, December 12, 2012

Patah tumbuh hilang berganti

As salam

Hahahaha... tajuk entry tak boleh blah langsung
Tak dak yang patah pon...... tak dak yang hilang jugak
cuma digital kamera yang lama tu dah jatuh dan kompom rosak terus sebab masa jatuh tu kamera tengah ON abis lens dia rosak
sayang ooooo kat kamera digital lama tu walaupun cap KODAK (ada orang cakap brand lama) tapi banyak bejasa dah tu.... dah sampai tanah suci mekah dah kamera tu... setahun di bumi lebanon... last tamat riwayat kat Malaysia jugak

Pengganti nya :)

Say HI to Nikon Coolpix

Biasa-biasa jer ni bukan yang DSLR canggih-canggih tu tak mampu lagi rasanya nak beli yang beribu-ribu, cukup sekadar yang ada.

Ok, nantikan entry penuh gambar hasil dari CIk NIkon kita ni.... hehehe :P

Tuesday, December 11, 2012

@ Menara Alor Setar

As salam

Cuti-cuti tak boleh pi tempat jauh-jauh pi yang dekat pon jadi lah

Layan gambaq je lah






Nak bawak Naufal & Nureen pi Pusat Sains Negara kat Gunung Keriang tu pon tak sempat lagi...Kat situ katanya macam-macam ada
 
 

Monday, December 10, 2012

Mangrove Tour @ Langkawi ::: MURAH!!!!

As salam

Ni nak cerita sikit ni... mertua ada mai rumah minggu lepas ... dah jemu asyik dok pi Idaman Suri ngan Ismail Group ja..merabihkan $$$ kami ajak la mertua pi jalan-jalan pulak tapi pi jalan dengan bot.
MANGROVE TOUR

Kami yang memang asal orang sini pastu dah dekat 5 tahun dok keja kat sini pon tak penah pi lagi Mangrove ni...Hari tu ada la ajak hubby pi sekali tengok harga RM250 untuk 2 jam kalau tak silap la.. terus patah balik..hahaha

Jom belek gambaq sambil kita cerita... boring la crita tak tempek gambaq sebagai bahan bukti kan? :P

 Jeti di Tanjung Rhu... siap tunggu bot sampai

 Ok, dah ready

 Atok ngan cucu ni tak leh renggang skit sampai dalam keta pon dedua dok kat depan
bayang la dengan Naufal yang besaq cam tu

 Ni bot sebelah... yang kami naik pon sama cam tu jugak
Kat sini acara eagle feeding... budak bot tu tabur kulit ayam pastu tunggu kejap nampak la burung helang terbang  dok menangkap benda makan tu
Tapi ada cara nak panggil burung tu keluar dari hutan bakau tu..
Nak tau cam na korang kena pi sendirik la...hahaha

 ha.... cam tu la dia dok tangkap benda makan tu... cam dalam national geografi tak? tapi kali ni tengok real la kan

 lepas tu bagi kera makan pulak
masa kami pi ni time air surut so kera ni turun sampai dekat bot tu la.. takut jugak weh kot dia lompat masuk dalam bot...kami baling pisang bagi depa makan.. sian la.. berebut pisang tu..

 Ni pulak dalam gua buaya... boleh masuk dengan bot pastu kuar kat depan.. tapi time air surut ja boleh masuk kalau air pasang tak boleh la sebab gua tu penuh dengan air...

 sebab nama gua buaya katanya batu tepi tu mavam mulut buaya
cuba korang telek ada rupa tak?
kami tak nampak pon...hahaha

 Dalam 1 jam jugak la baru kami sampai kat sini
Gua Kelawar
Masuk kena duit tau...
pastu dalam tu gelap so kena sewa lampu suluh.. satu lampu RM1
Bayar je lah lagipon ok jugak tempat tu nampak bersih ja... depa guna duit tu untuk selenggara situ la kot

 Ni la guanya

 Nampa tak kelawar yang bergantung tu... awai-awai dah ada amaran tak boleh guna flash kamera tapi kami tengok ada jugak yang tak reti bahasa dok guna flash jugak

 Tadi tak pakai life jaket pon sebab lalu ikut kawasan bakau tu.. air pon surut ja boleh nampak tanah tapi time balik wajib pakai nnati nak lalu ikut laut terbuka siap boleh nampak thailand lagi
budak bot tu bawak laju giler...hahaha.. Nureen takut suruh kita pegang dia kuat-kuat last tertido...

 Ni last perhentian... sangkar ikan
Banyak ikan kat sini.. ada pekerja yang akan buat sikit demo main ngan ikan disitu...
Ni ikan pari.. besaq wooo...budak tu terbalikkan ikan tu bagi makan kat mulut dia..  tak tau nak crita kat korang cam na rupa ....mai tengok la

ikan yu rimau katanya... banyak lagi ikan kat sini
Ada restoran jugak.. boleh la singgah makan minum tapi kami tak makan pon.. terus balik ke jeti tadi..

Yang nak mai Langkawi ni boleh la masukan trip Mangrove ni dalam senarai korang.
 
Ni maklumat skit kalau nak dapat harga murah

FB ZIELA RAZALI



Yang kami ambil ni RM160 untuk 2 jam... memang tepat 2 jam pon semua aktiviti kat atas tu
 Insyaallah perkhidmatan memuaskan

SELAMAT BERCUTI !!!!!


Friday, December 7, 2012

Tamat sudah belajar

As salam

Belum apa-apa nak ingatkan entry yang akan di tempek kat sini semua crita lama sebulan dua yang lepas.. biasa la kan.... kami ni mood tempek crita tak berapa nak mai lagi...


kita layan gambaq ja lah... tak payah dok cerita panjang-panjang





Tamat disini... Tahun depan bermula lah sesi di Sekolah Kebangsaan Seri Negeri
Entah la macam mana nanti... kita tunggu dah lihat :)

Barang sekolah apa satu pon tak beli lagi, Plan awai nak pi beli kat belah tanah besaq sana tapi kami susah nak cuti la... ujung tahun ni banyak benda nak kena siapkan... Dok pikir lagi la kat mana nak cari lagipon ni first time beli barang sekolah anak.. dah dekat 12 tahun dah tinggai alam sekolah ni..
Brand apa baju sekolah yang ok skit... ada habaq kata brand Canggih... betoi ka?
weekend ni kena pi cari kat Langkawi ni dulu la, kalau tak ok kena pi tanah besaq jugak la rasanya... Malasnya nak bersesak naik feri ni... time cuti sekolah la kan.. separuh feri penuh dengan plastik Idaman Suri ngan Ismail Group ja..

OK nanti kita sambung lagi dengan cerita lain plak...



Related Posts with Thumbnails