As salam
Syukur alhamdulillah.... dengan sedikit usaha beserta doa dan keizinan darinya, dah narmpak perubahan pada Naufal.
Berkaitan dengan ENTRY INI
Hampir 3 minggu Naufal makan Examo memang boleh nampak banyak perubahan pada Naufal terutama bab ingatan. Dulu kalau ct ajar membaca tu dalam 1 ayat 4 perkatan bila dah eja sampai perkataan yang last mesti perkataan yang pertama dia dah lupa dah...jenuh nak ulang balik eja sampai dia ingat. Sekarang nampaknya setakat ayat 4 perkataan tu dia dah boleh baca dan ingat cuma still kena eja lah..
Dalam minggu ni dia asyik dok menghafal Al-Fatihah, doa Iftitah, bacaan duduk antara dua sujud dan tahiyat awal & akhir. Dalam semua tu 90% dah boleh baca.. .ct cuma perbetulkan skit-skit sebutan sebab Naufal ni still ada lagi perkaatan yang dia tak boleh nak sebut...rasanya banyak belajar ni
dengan ustazah yang dia pi mengaji tu...tahun lepas Naufal baca iqra di sekolah ja tapi start bulan feb ari tu ct hantar Naufal belajar mengaji iqra di umah sorang ustazah...Naufal pon nampak happy jer nak pi mengaji kat situ..Lepas abis baca iqra kena semayang asar dulu then baru bleh balik..dari situ dia banyak belajar. Kalau kat umah ni biasa lah..kita yang ajar dia banyak alasan tapi ngan orang lain dia mau pulak..maybe sebab ada kawan kot.Minggu ni Naufal tak pi mengaji sebab ustazah tu blik kampung ada hal....so tadi pi amik di umah pengasuh dia nangis dah sebab nak pi mengaji tapi ustazah tak ada.
Lepas ni kena tumpukan pada matematik pulak... nampak Naufal tak berapa boleh sangat bab matematik.
Target Naufal dah boleh baca bila masuk darjah 1 tahun depan, sekarang ni bebudak semua pandai-pandai, kalau tak boleh bersaing takut nanti ketinggalan pulak.
Walaupun ct tak mampu hantar anak ke taska mahal-mahal yang dikatakan bagus pembelajarannya tapi Ct akan cuba usahakan supaya Naufal dan Nureen berjaya...
Insyallah...