Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah...habis jugak akhirnya

As salam

Hari isnin lepas selamat sudah keta adik aku dari bebanan hutang di bank. Aku rasa lega skit la sebab aku yang jadik penjamin loan keta tu.... Adik aku pun bleh la simpan skit duit yang tiap-tiap bulan bayar keta ni untuk buat benda lain.

Tapi tak settle jugak urusan ari tu sebab bank tak kasi aku amik surat pelepasan loan tu. Depa kasi kat owner sahaja ataupun kena buat surat skit mengatakan aku wakil untuk amik surat tu. Nanti kena pi skali lagi la..... malas betul kena buat keja banyak kali ni, dah la kena p buat urusan time keja. Jauh tau opis aku ngan bank tu.... dah la minyak mahai ni... menci!


Rugi tak dapat join

As salam

Aku ada tempek di wall Fb je ari tu pasai aku dapat call dari wakil exora untuk join sesi pandu uji exora secara eksklusif di Pulai Pinang. Tapi malangnya aku tak dapat join sebab jauh dan hubby pun tak blik bcuti lagi masa tu. Kalau depa buat di Alor setar ke memang aku ajak abah aku p jugak la, bukan senang dapat join ni.

Bila aku dah mula lupakan sesi test drive tu, tup-tup ari sabtu lepas terbaca dalam Metro pasai sesi test drive  yang aku tak dapat join tu.....

Yang aku nak p sangat sebab ada mini contest, hadiah memang lumayan jugak tapi kalau tak menang pun akan dapat rm200 sebagai saguhati. Selain tu macam-macam info yang boleh dapat tentang ciri-ciri exora dan tip-tip untuk ibu bapa membawa anak-anak didalam kenderaan.
Uolls kalau nak rasa jugak sesi pandu uji exora ni boleh daftar nama di www.allaboutexora.com


*tinggal kat pulau ni banyak benda terlepas..... tak pa la, nanti aku dapat kuar dari sini aku nak join banyak CGL*


Monday, July 11, 2011

Pertandingan menjahit dihujung minggu

As salam

Weekend minggu lepas aku join pertandingan menjahit. Haaaaa........ jangan tak tau aku bleh menang pertandingan tu. Ini pertandingan tertutup, peserta dikehendaki menjahit butang ketip di setiap poket yang ada pada 5 pasang (baju  & seluar) uniform celoreng cam gambar dibawah ni


Butang yang kiri kanan tu..
Tujuan butang tu dipasang untuk kasi poket nampak ebih kemas dan tak lah terlipat sana sini..nanti tak hensem plak si pemakai

Yang ni plak baju ngan seluar yang belum dijahit butangnya.

Setelah bertungkus lumus selama 4 hari (dicampur dengan berhenti rehat,masak, makan,basuh baju, kemas rumah, tengok tv, mandi,tido dan yang sewaktu denganya ) maka siap jugaklah 5 pasang baju tersebut
Aku telah menewaskan hubby dengan kelebihan 1 pasang..... sakit jari aku tah berapa kali tercocok jarum.

Dan Hasilnya
Sehelai baju ada 3 poket, 1 poket kena jahit 2 butang, 1 butang ada 2 biji (atas bawah)
Sehelai seluar ada 4 poket,1 poket kena jahit 2 butang, 1 butang ada 2 biji (atas bawah)
Semua ada 5 helai seluar dan 5 helai baju
Korang kira la berapa banyak nak kena jahit.


Related Posts with Thumbnails