As salam
8 mac 2014 catat satu sejarah hitam pada MAS bila salah satu kapal terbang yang berlepas dari Kuala Lumpur sepatutnya mendarat di Beijing tapi telah hilang pada radar... bila baca benda ni di Fb memang terkejut sangat, masa tu kami sefamily ada di Taiping umah mertua. Malam tu hubby memang dah stanby tunggu kalau ada panggilan ke kapal... pukul 9 lebih hubby dapat call untuk berkumpul di kapal...berdesup kami anak beranak dari Taiping balik ke Lumut malam tu.
Sepanjang minggu tu hubby memang dah stanby segala baju bagai kalau dikerah untuk misi SAR di Vietnam. Dalam minngu yang sama Ct pulak ada checkup di Hospital so hubby dapat kelepasan tak mengikut misi SAR tu.
Tapi 14 Mac 10.30 malam on short notice hubby ditugaskan misi SAR ke Lautan Hindi di Australia.
OK, tu ja yang keluar dari mulut bila hubby bagitau operasi ni belum tentu lagi bila masa tarikh diaorang akan balik ke Malaysia... semua bergantung pada arahan semasa.
Bila hantar hubby ke jeti memang dah sebak tapi tahan jugak lah...Naufal dah tak boleh tengok abahnya dah...
Bila tengok berita ada taufan melanda lautan hindi...dalam hati ni hanya tuhan saja yang tau... walaupon ada yang kata tak payah risau hubby tu navy bukan nelayan tapi kita sebagai bini ni memang dalam kepala otak tu macam-macam dah pikiq... kalau hubby keluar, balik lewat pon kita dah risau ni kan pulak yang jauh dimata dengan tak dapat berhubung langsung.
seminggu lebih baru dapat call dari hubby bagitau dah sampai di perth. sehari dua tu dapat la call, sms, wassap...lepas tu bila hubby dah keluar ke lautan hindi 2 minggu pulak la terputus hubungan... harapkan wartawan berita ja lah dok bagitau apa yang jadi di perth tu.
Anak-anak pon asal berita sebut KD Lekiu depa kalut la tercongok depan tv padahal mana nampak muka abahnya pon. Hubby cakap memang ombak kat sana tinggi gila... merasa la mabuk laut cuma tak muntah hijau ja lagik.
soalan yang selalu keluar bila dapat call hubby.. dah tau ka bila boleh balik?.. hubby pon tak boleh nak bagi jawapan...
Doakan lah agar semua ni cepat selesai....
Setakat ni masih bertahan ct cuba buat setakat yang termampu urukan family kecik ni. Ada lagi isteri-isteri anggota yang ditingggal hadapi masalah yang lebih besaq... anak sakit.... dan yang terbaru emak anggota meninggal, hanya boleh sampaikan berita ja pada anggota di perth sana.
minggu lepas ada perjumpaan dengan isteri pegawai memerintah dan pegawai kebajikan...nampaknya soal kebajikan isteri yang ditinggalkan tak diabaikan... banyak jugak masalah yang dapat diselesaikan.
Hari-hari doakan agar hubby sempat balik sebelum ct bersalin.
#PRAYFORMH370 & #PRAYFORKDLEKIU
No comments:
Post a Comment