Friday, October 25, 2013

Location @ Lumut Perak

As salam

Yuhuuuu.. Dah lama tenggelam nih baru timbul balik..
Banyak benda nak tempek sini tapi tak tau la pasai pa tak tertempek-tempek pon. Post ni just nak bgtau kami dah 3 bulan lebih bertukar keluar dari pulau mahsuri ke lumut bandar diraja TLDM.

Alhamdulillah kami tak lama sangat tunggu lulus bertukar ikot en hubby dalam 2 bulan lebih kot hubby ditukar ke Lumut then kami pon dapat ikot jugak.. Maybe pertukaran dalam just dalam kementerian so boleh la potong q yg beratur panjang dalam hrmis tu.. Alasan ikot suami dan dah lama keja di unit tu..

Sekarang di unit baru masih dalam pengkalan sama dengan hubby cuma lain unit ja, hubby kena turun kelaut jadik nelayan jap.. So kami kadang2 kena tinggai la bila hibby pi memukat laut dalam tak blik behari-hari.. Tak pa demi cari rezeki untuk kami ngan anak2 jugak kan.. Jeles gak ngan hubby ni dapat pi memukat kat negara orang.. Kami tak dak rezeki lagik nak sampai huhuhu boleh kirim beli Fm ja lah..

Syukur jugak di unit baru ni opismate sekepala sehati sejiwa.. Akhirnya dapat jugak kami rasa suasana opis riuh rendah dari opis dulu dok tecokoh sesorang kiri kanan barang opis ja.. Tapi yang paling kami bersyukur ialah ilmu yg kami dapat di unit lama amat berguna terutama dalam tahun 2012.. Perit belajar sesorang, tawakal dan try and error...

Disini kami dok umah kerajaan tingkat 10 lagik hikhikhik.. Merasa angin pangkor ja..

BYE B-)

view dari depan pintu rumah
*tak reti nak rotate gbaq ni*

Monday, May 20, 2013

Entry berjemaah




As salam

pejam celik pejam celik dah dekat nak setengah tahun dah 2013 ni sat ja rasanya.... tak kama kagi nak posa dah pastu raya...ramai dah yg dok beli baju raya...kami tak tau la kat mana lagi baju raya tu.. tengok lah kalau ada lagi yang nak amik upah bleh upah kalau tak beli siap dah la jawabnya.

Sebab apa kata entry berjemaah sebab ni entry untuk ucap

Happy Besday Syed Naufal Haziq
1.3.2013 (7 tahun)

Happy Besday Sharifah Nureen Humaira
2.5.2013 (4 tahun)

&

Hapy anibessary
Siti Nurkhijah & Syed Saiful Azly
29.4.2013 (8 tahun)

Bersyukur dengan segala rezeki dan kebahagiaan yang Allah S.WT bagi pada family ni... mohon semua ujian darinya dipermudahkan dan dipanjangkan umur untuk kami terus menyanyangi satu sama lain.
Doa hanya yang terbaik sentiasa mengiringi anak-anak setiap masa dengan harapan mereka jadi anak yang  soleh & solehah.

As salam :)

Thursday, May 16, 2013

Family baru cik vina :-P

As salam
Si hitam dah diganti dengan cik vina putih-putih melati... Ahak :-P
Ni satu keperluan bila laki bini keja kan.. Walau satu tempat keja  tapi hubby banyak lagik keja luar ngan duty segala bagai so memang perlu ada 2 kenderaan..
Pesanan >>Kawan baik2 yer cik vina ngan cik lisa tu.. Plat pon dah bagi yg sama ala2 adik beradik gitu...tak mo buat perangai yer sila bg kerjasama & pkhidmatan terbaik utk tuan kamo ni.. Hehehe



Tuesday, May 14, 2013

Alhamdulillah..setelah 10 tahun

As salam

Syukur alhamdulillah akhirnya rezeki tahun ni utk terima anugerah yang semestinya ditunggu-tunggu dalam perkhidmatan. Walaupun agak lambat kalau dikira dengan geng yang se intake ngan ct depa dah 2,3 tahun lepas  dah terima.. Apapun sangat bersyukur..

*banyak benda yang berlaku kebelakangan ni.. Tak sempat nak tempek kat sini*


Wednesday, March 27, 2013

Hard rock hotel penang... Best gilerrrrr....

As salam

Bagi kami yang tak biasa dok kat hotel mahai ni memang terasa best sangat la bila dapat check in 3 hari 2 malam di 
gambar tak ikut urutan sangat....maaf yer

 nak bergambar di sini kena ikut turn sebab ramai sangat nak bergambar

 Depan Hard Rock Cafe
patung belakang tu Michael jackson
malam lagi cantik kat sini orang yang masuk sini pon macam-macam jenis orang...hehehe

 Antara hiasan bahagian loby hotel


 Gigih nak snap lampu kat atas tu sekali bagi nampak muka kitaorang....susah jugak sebab tak bleh lama-lama depan ni...orang ramai nak bergambar dan sini kawasan laluan utama masuk hotel

 tada.....bayang katil besaq ni tido 4 beranak...
belasah ja



 ini snap dari kolam

Ok, ni hiasan dalam tandas.... terasa cam orang tu dok gelak tengok kita membuang cis...
gambar ni boleh slide... so bila dah tarik kiri kanan maka jadi cam kat gambar bawah ni
 Cermin muka jer pon

 macam-macam ada.... yang keropok segala bagai tu... bukan free yer... harga 3 kali ganda dari beli kat luar..


 ini depan lif... gambar kat belakang tu kalau tak salah the beatles kumpulan nyanyi yang pemes dolu-dolu tu

 View kolam dari balkoni bilik kami













cer teka gitar tu sebenarnya apa?

Makan kat hotel ni mmg mabeles sangat.... sebab tu tak dak gambar makanan  pon.... tak ingat nak snap makan jer teros...hahaha

Harap ada peluang dok kat hotel ni lagi... lagi best kalau dapat free...

bye!

Tuesday, March 26, 2013

Jalan-jalan padang kota

As salam

Tak da apa pon sangat kat sini... time malam maybe meriah kan... kami singgah sini pon on da way ke airport ja..
 





Ops!... ada yang tanya pasai Hotel kat sana... jap yer...entry hotel menyusul
 



Monday, March 25, 2013

Muzium Permainan @ Penang

AS salam

Sambung cerita penang lagi no... ni pulak kami pi Muzium permainan @ Toys Museum.. masa kami pi muzium ni baru ja pindah ke area dekat dengan Taman rama-rama... sory lupa plak nama tempat tu.. kalau tak silap telok bahang... muzium ni dok dekat dengan sekolah cina... memang jalan nak masuk tu jalan mini tar kampung ja... kami tanya driver teksi baru la jumpa musum ni.. dok kat belakang skit...
Tiket masuk pon tak tau berapa rate... sorang auntie cina tu tengok kami satu family dia cakap rm50... terus bayar ja...
Tapi rasanya la ni kalau pi dah siap kot kaunter tiket segala bagai... masa kami pi tu banyak jugak barang mainan depa baru dok pasang memang selerak la depan tu...
anak-anak yang suka kartun tu syok la masuk sini..



 Patung ni dok dalam almari boleh tengok la... tak boleh nak pegang..
saiz memang besaq kita dan ada jugak yang lagi besaq dari kita




 boleh nampak kan... tempat diplay dia memang cam tu..


layan video ni sat... :P

Penang memang syurga makanan kan... tapi sungguh sedih kami tak dapat hayati bab makanan....huhuhuhu
makan area batu feringgi tu ja sebab hotel kat situ.. siang dah bejalan sana sini... anak-anak pon dah penat kira nak balik tido ja...
Lagipon Naufal & Nureen dok kira nak balik mandi kat kolam ja.... Maknya nak shoping pon tak sempat

malam ada la pi jalan kaki area batu feringgi tu lebih kurang macam pantai chenang jugak.. harga makanan pon standart harga pelancong... maybe ada yang murah kot cuma kami ja yang tak tau....
Beli FM ja balik boh kat peti ais...

ada lagi skit nak cerita bab penang ni... sambung la lagi... byeeeeee

Sunday, March 24, 2013

Tahun Lepas Punya Cerita


As salam

mmmmmm..... tak tau nak kata apa dah, memang mood mengupdate blog menjunan ke gaung sungguh la... last entry tahun lepas nun.... ni dah suku tahun 2013 baru nak keluq entry baru.... apa pon kami nak samung jugak entry yang lepas tu pasai cuti @ Penang yang separuh ditaja oleh kemenangan dalam kontest... hahaha nak bgtau jugak tu...padahal orang lain  menang lagi gempak... :P

kita layan gambaq ja lah no...

Taman Rama-Rama










Tempat wajib kalau ke penang
Bukit Bendera

 Ni train pesen lama ni... la ni yang jenis baru dah.. nak beratoq tunggu train pon tak lama dah...


 Kami naik buggy cam kat padang golf tu pusing atas bukit bendera
tak larat nak jalan dah
kalau tak silap RM35 untuk 30 minit...
dia bawak pi pusing kot belakang bukit tu, ada banyak rumah-rumah orang kaya yang depa buat rumah istirehat ja.. tuan punya rumah tu setahun 4,5 kali ja mai situ... ada jugak hotel kat ujung jalan... harga bilik paling murah RM800 semalam... itu la yang driver buggy tu bgtau...
Driver tu pulak kami rasa orang filipina la... dia boleh cakap melayu tapi slang cam mana tah.. kami ni paham la jugak skit-skit tapi hubby sepatah haram tak paham... hahahaha


ini budak buat perangai sebab mak dia tak bagi dia jalan-jalan suka ati dia.... hahaha
yang nureen pegang tu belalang dibuat dari daun nyiok. ada sorang mak cik india tu buat... sat ja dia pusing sini pusing sana potong situ sini skit terus jadik.. sekor belalang tu RM2-3 dah ingat ingat lupa dah...

takat ni dulu lah... hubby dah nak makan nasi nun, ari minggu hujung bulan masak la.. kalau dak, dok atoq kedai ja lah... esok plak la kami sambung no...
Bunyi segala bagai jet, kapal terbang dah dok dengar dah tu... petang sat lagi boleh pi lepak pantai airport la tengok LIMA...



Related Posts with Thumbnails