Thursday, May 31, 2012

Jumpa Aaron Aziz disana

As salam

 Cakap nak update lagi kan pasai hubby pi umrah tu...ni la critanya

 Tahniah menang bintang paling popular....walau ada orang yang tak puas hati kan....
Rezeki masing-masing...
Bukan nak crita pasai ABPBH tu
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
cuma pasai ni

Aaron Aziz pi buat umrah jugak yer...hubby cakap jumpa masa di retoran kat sana


*nampak sangat amik gambar sendiri..hikhikhik..*


Umrah....alhamdulillah


As salam

Alhamdulillah..... Syukur sangat-sangat hubby dah selamat mengerjakan umrah...Semalam dah boleh chat di FB dan Skype, rasa cam banyak benda nak crita tapi tak tau mana satu nak mula... hehehe
Last, bagi Nureen ja lah skype...siap dok menari-nari lagi budak kecik tu... sebelum ni klalau skype dia memang tak mo cakap sangat... Happy le kot, ikut cara dia.

Ini antara gambar hubby ditanah suci

Bila tengok ni.. rasa nak sangat pi kesana...
itu lah kot yang orang panggil lambaian kaabah

 First time Ct tengok hubby pakai cam ni


 Dah botak.....last hubby botak rasanya time dia rekrut dulu kot.. masa tu ct tak kenal hubby pon lagi
Naufal belum tengok lagi gambar hubby botak ni... nanti mesti banyak tanya budak montel tu

Alhamdulilllah semua berjalan dengan lancar
Masa untuk bertolak balik ke Lebanon  not Malaysia
insyaallah 10 julai jejak kaki di bumi Malaysia.

* ada lagi  crita hubby disana... jap lagi update lagi ek!


Tuesday, May 29, 2012

Won Bio Essence Bird Nest


As salam

Baru terima parcel hadiah dari Blu Inc...Set Bio Essence Bird Nest.
Ini promosi bulan November 2011... lama betul nak dapat surat untuk ambil hadiahnya... ingatkan dah tak de rezeki tapi last-last dapat jugak... Alhamdulillah..


 Nutri-Collagen & Whitening Cleancer 100g
Nutri-Collagen whitening Essen ce 30ml
Nutri-Collagen & whitening Advancer 100ml
Nutri- Collagen & Whiteninh Cream 50g

Ada sesiapa yang berminat? Ct nak letgo jer semua ni
1set ni RM150 termasuk kos poslaju
email
sy_ifal06@yahoo.com

^_^



WWW WoW!!!!


As salam
 
 
WOW !

Korang ada?
 hahahaha
Agak-agak keta apa yang plat WWW1 tu.
 
beli plat rm250 pon dah rasa mahai dah...ni kan plak setengah juta.....pengsan!



Monday, May 28, 2012

9 hari terputus hubungan

As salam

18hb lepas hubby berangkat menunaikan umrah....plan last minit tu.... yer lah kan, dah ada disana dekat jer dengan tanah suci tu rasa rugi plak bila lepaskan peluang menjejakkan kaki ke sana. Kos dari Lebanon ke sana sangat murah berbanding kos dari Malaysia ni... Kalau dah balik ke Malaysia tak tau lah bila tahun dapat pi ke tanah suci tu.
Bila hubby bagitau dia nak kesana, rasa happy sangat walaupun bukan ct yang pi..hehehe
Syukur...tentulah minta hubby doakan segala yang terbaik untuk kami sekeluarga dan pasti nya doakan dimurahkan rezeki supaya satu hari nanti satu family pulak dapat jejakan kaki ke tanah suci.

Dari 18hb tu ct memang terputus hubungan nag  hubby.. cuba sms tapi sms tu tak leh sampai, tak tau la kenapa maybe hubby off fon kot... selama ni pon Ct jarang sms hubby kami banyak berhubung dengan FB & skype jer atau hubby yang call ct...Last semlam dapat sms dari hubby....Alhamdulillah dia sihat-sihat jer kat sana dan hari ni Insyalllah habis la semua ibadah wajib umrah.

Ikut pada perancangan tu maybe esok hubby akan fly ke Lebanon... Pastu dapat la FB & skype cam selalu...

Tak sabar tunggu Julai ni....:)

Thursday, May 24, 2012

Terima Kasih Cikgu!

As salam

Ari tu plan nak buat lain (Cerita kat sini) last-last lain plak jadinya.
biasalah...ct ni bukan pandai sangat bab-bab masak memasak ni..inilah yang mampu buat dalam masa singkat.

Puding roti jer...

Nureen suka sangat ni tapi malam tu buat cukup-cukup jer untuk bawa ke sekolah Naufal, tak merasa la si Nureen tu, tak pe nanti kita buat la gi yer........tak penah buat banyak-banyak so tak pandai nak bajet banyak mana banhan untuk 70 bekas comel tu.. Bajet nak 70 tapi dapat 61 jer...Nasib baik cikgu cakap cukup jer 61 tu sebab ada budak yang tak mai sekolah.

Hadiah untuk cikgu pon tak sempat nak beli...tapi ada niat nak bagi skit hadiah utk cikgu-cikgu di sekolah Naufal tu ujung-ujung tahun ni....2 tahun depa mengajar Naufal.. Tahun depan Naufal dah masuk sekolah rendah dah.

¬TaTa¬


Sunday, May 20, 2012

Uniform sekolah baru


Dah dekat setengah tahun sekolah, selasa lepas baru dapat uniform....tahun lepas Naufal skolah di tempat yang sama jugak tapi masa tu uniformnya lain, warna biru pastu kat bahu tu ada cam baju popeye tu hihihik... Awai tahun ari tu masa bayar duit pendaftaran tu  cikgu dah bagitau Uniform tahun ni ada yang baru sebab pengurusan sekolah dah bertukar dari pejabat daerah ke pejabat agama.
Under pejabat agama tu pasal uniform baru ni nampak cantik skit ala-ala baju melayu gitu....jenis kain dan jahitan pon cantik jugak.. memang beza lah dari yang lama tu.
Yang lama dulu, seluarnya ct terpaksa beli kain lain dan upah buat baru sebab seluar yang sekali dengan baju tu kainnya nipis mudah koyak.. Naufal plak kan badan besaq sekali duduk bersila nak makan terus koyak.. dulu butang pun selalu terbuka sebab lubang butang lagi besaq dari butang.

Uniform baru ni puas ati la..Ok jer Naufal pakai (baru seminggu le) tak koyak lagi la..tak tau sebulan dua nanti...hahaha...

Semalam tailor call minta pi ukur baju melayu Naufal sekali lagi sebab depa salah amik ukuran....:(
Bleh plak cam tu...janjinya 3,4 ari lagi siapa la baju melayu Naufal dan Hubby.
Baju raya tu...

¬TaTa¬

Thursday, May 17, 2012

Mood : rindu dia disana

As salam

Dah 3 minggu rasanya asyik mimpikan hubby disana. Anak-anak pon dah boleh nampak depa rindukan abahnya.
Lebih kurang 2 bulan lagi insyalllah hubby akan tamat misi
Kalau boleh tahun 2012 ni nak masa berjalan dengan cepat....dikira dari hubby mula traning di kuantan, cukup setahun dah..so kiranya kami kena PJJ hampir 1 tahun 2 bulan.
Ini paling lama kami lalui PJJ...sebelum ni hanya 4 bulan ja masa hubby kursus di lumut tapi itu lain, 2 minggu sekali hubby akan balik.

2 bulan rasanya lama sangat nak tunggu...huhuhu

Tempek gambar kami disini untuk Hubby disana








~TaTa~


Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru....nak masak apa?

As salam

Esok ada sambut Hari Guru di taska Naufal so cam biasa cikgu mengalu-alukan sebarang jenis juadah untuk memeriahkan lagi majlis tu.
Mula lah dok pikir ni, nak bagi apa kat taska tu nanti..selalunya Ct bagi kek jer..beli kat kedai.
Rasanya dah 3 kali kot Ct just bagi kek jer....hehehe...senang, pi beli pastu bawa pi taska tapi harus lah yang deco-deco pilihan hati Naufal....upin ipin @ Ben 10.
Kali ni ingat nak cari benda lain plak tapi tak tau apa bendanya.

Dah lama tak buat apam dot-dot.....kalau yg tu ok jugak tapi kena tengok keadaan dulu lah...di opis ni bukan menentu dalam tenang-tenang ja boleh terus ribut....maka ada keja yang kena bawak balik umah... kalau cam tu bila masa nak mengedot apam.

Kepada semua guru-guru diucapkan
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih pada guru yang pernah mengajar Ct di
Sekolah Kebangsaan PokoK Sena
Sekolah Kebangsaan Lubuk Cempedak
Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri

~TaTa~

Tuesday, May 15, 2012

Ini budak kuat makan

As Salam

Dah lama tak buat sesi kunjungan hormat ke Mcdonald...Naufal ngan Nureen lebih suka KFC dari McD
 tapi sebabkan KFC pokok asam tu tutup then Ct plak malas nak ke KFC jetty yang payah parking tu maka kami ke McD je lah petang tu.

2 set happy meal
1 untuk Nureen
1 untuk Naufal
TAPI
Dua-dua set dibedal oleh Naufal...Nureen amik mainan jer... Naufal dengan senang ati abiskan buger tu bila Nureen tak nak.

Baru jer nampak badan nak kurus skit tup-tup dalam seminggu dua ni selera makan Naufal makin menjadi-jadi...Cuma sekarang ni dia makin tinggi tu pasal tak nampak bulat sangat cam dulu
tapi bila timbang memang makin naik.

BMI 26.3 

Monday, May 14, 2012

Rezeki beraya dengan sembonia FREE

As salam

Ini hasil dari WON SEMBONIA dah sampai minggu lepas...biasa ler dok jauh ni harapkan encik curier la, tu pasal lambat sampai
 


Dah ada beg Sembonia dan lebih afdal kalau di matchingkan dengan kasut dari geng yang sama kan?

apa kata Encik Syed Saiful Azly?



Friday, May 11, 2012

Air Asia PERCUMA?

As salam
 
Tepat jam 

00:00

14 MEI 2012

 Sila pilih mana tempat korang nak terbang kali ni
 
 

So ada masa beberapa ari lagi ni boleh la kemuka kertas cadangan untuk trip ni yer...
 
Harap-harap betul-betul murah la kali ni tanpa ada extra cass yg tersembunyi
 

Sunday, May 6, 2012

HaPPy BirTHdaY ShaRiFah NuREEn HumAIrA


As salam

02 mac 2009 -  02 mac 2012



kek beli on the spot jer... tak de tempah apa pon...

Muka teruja nak tiup lilin..hahaha



yum...yum...

Adik, mak ngan abah harap adik membesar dengan sihat....jadi budak baik, nanti tahun depan kena rajin-rajin pi sekolah tau..pastu jangan nakal sangat buli abang Naufal...

Dah 3 tahun so kena traning katakan TIDAK pada Pampers


Related Posts with Thumbnails