Wednesday, December 30, 2009

GOLD! GOLD! GOLD!

SALAM

Penah dengar dak tentang pelaburan Emas?.. klu korang mmg kaki tangan kepala internet ni sah-sah korang penah dengar tentang ni atau penah terbaca iklan2 kat sidebar blog2 ynag korang jenguk.
Sebenarnya bukan nak crita tentang Pelaburan Emas tapi benda ni ada sangkut paut ngan EMAS
(orang kampung aku ckp GOLD)

Apapun kita LAYAN.....ZASSS...







ha..ha... jaga-jaga lalat masuk mulut tenganga tu,,,,
 Ni tak tipu punya
COMPLETE GOLD MERCEDEZ BENZ
VALUE 9 MILLION US
NOW IN DUBAI

tau-tau ja la.. orang Dubai tu kaya raya..


Untuk insan bernama SITI......

SALAM

Di Malaysia ni pasti ramai yang bernama SITI, hatta seluruh pelosok dunia pun..tak kisah la SITI apapun termasuk la SITI NURKHIJAH (me la tu) so ni adaa 9 SITI yang patut dicontohi:-



1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


Thursday, December 17, 2009

First Giveaway : KhairunKraf



SALAM
Berminat dengan barang-barang kraf yang comel2??? Ha... jangan tak tau plak adanya 1 blog yang anda bleh jenguk2 then oder hasil kraf yg comel lagi berpatutan harganya...
Dimana?
Disini....KhairunKraf

Dengan berbesar hatinya tuan kedai kita ni nak buat giveaway so sebagai permulaan apakata kita join giveaway ni (mana tau kot-kot bertuah) then terus bershoping di kedainya...
GIVEAWAY-GIVEAWAY

T & C
1) Jadi follower tuan kedai..

2) Link kan blog tuan kedai dalam blog list korang..

3) Buat satu post dalam blog korang tentang giveaway ni..jangan lupa letak pic atas tu sekali..then, letak link http://khairuncraft.blogspot.com/2009/12/first-giveway-khairunkraf.html
kat post tu ye..

4) Copy pic kat atas tu, dan letak jugak kat side bar blog korang..biasa orang guna html kan..ni kira korang add image la kat ruang "Add a Gadjet" yg edit layout tu..pastu link image tu dengan link ni http://khairuncraft.blogspot.com/2009/12/first-giveway-khairunkraf.html

5) Tinggalkan comment kat post tuan kedai, link yang korang dah buat post pasal giveaway ni..

-sekali dengan word yang nak letak kat car signage tu (MAX 3 WORDS, tapi jangan panjang sangat tau..nanti jadik kecik plak tulisannya)
-request warna sekali ye (colour available : pink, yellow, orange, red, purple)
EG:
SUKEMAKAN nak join giveaway!
Word : Baby on Board
Warna : Pink

6) tuan kedai akan update dari masa ke masa orait!..

Pemenang tuan kedai akan undi ok!


Thursday, December 10, 2009

Adik!!!!!! mak ni....

Salam
Semalam (9hb) aku baru balik dari K.L ada latihan 1 ari kat MINDEF so 8hb aku dah btolak.... Ni first time aku tinggal adik nureen kat my hubby, sebelum ni abang naufal dah biasa la kena tinggal tapi time tu mak aku ada lagi kat langkawi ni, bleh la tengok2. Adik nureen tak penah lagi ditinggal....mula-mula tu dok pikir nak bagi tido kat umah baby sitter (kak Sal) je.. tapi my hubby tak kasi. My hubby cakap klu skg dia tak belajar nak jaga anak so bila lagi..Pikir-pikir, betul jugak lgpun segan nak ganggu kak sal nak rehat2 lepas jaga anak2 aku tu..
kul 11 malam aku sampai langkawi my hubby datang ngan bawa anak-anak (dua-dua dah tido) sampai umah terus tido coz aku pun dah penat tapi sempat jugak la jenguk-jenguk dapur. Hmmmm..... semua dalam keadaan terkawal seperti yang sedia ada (tentu la coz diaorang tapau) umah pun ok jer...
Pagi ni(10hb) adik nureen bila jaga dari tidor terus pandang aku ngan muka cam hairan jer... nape adik?????
Adik!!!!!! adik!!!!!
mak ni, tak kenal ke????
hu..hu... adik tak cam aku ker???
slow-slow adik senyum kat aku..
Wah.. Comelnya.....


Related Posts with Thumbnails