Showing posts with label crite aku. Show all posts
Showing posts with label crite aku. Show all posts

Monday, April 11, 2016

Asalamualaikum


As salam

Allahhuakbar.... lama sungguh tak singgah sini. Niat nak menaip ada, tapi tak terbuat jugak.
walau di henfon ada ja apps blogger tapi tak terbuat jugak.

mmmm... sekarang dalam fasa super bzzzzz.... laki bini bzzzz.... kekadang rasa sian sangat ke bebudak 3 orang tu, cuti sekolah ke, weekend ker, cuti apa2 ke... kat rumah jer tempat diaorang...
Jalan-jalan dalam rumah jer... 
 
Di opis pulak, baru awai tahun dapat boss yang tersangat la bzzzz dengan kerja sampai diheretnya staf yang tak berkaitan pon bagi jadi bzzz sama macam dia. Benda simple pon dia tak boleh buat.... PC atas meja dia tak pernah di ON kan pon dah 4 bulan dah di opis ni. segala email mak nenek dia akan minta firma email ke dalam email staf. So staf pulak secara tak langsung kena buka email dan terangkan pada dia.. padahal kita ni tak tahu apa kebenda pon.... Tak tahu la macam mana dia boleh dapat pangkat tu... Aku malas nak layan, aku cakap jer aku tak pandai buat... kalau kita bagi pendapat ker nanti task tu kita yang kena buat. Sabar jer lah selagi mampu.. tak tahan sangat isi borang minta tukar jer lagipon aku dah dapat KUP  
( alhamdulillah) so ada jer alasan nak bertukar tu.

ops, terpanjang pulak cerita bab opis ni.

En. husben pon dah ditukarkan ke unit baru dan Alhamdulilah dia jugak dah naik pangkat jugak. Bye bye baju POPEYE... hahahaha welcome BUSH JACKET
Rutin En. husben lagi lah padat, seminggu 7 hari tu tak de pon istilah rehat pada dia. Kalau dapat tido siang 2-3 jam tu memang best sangat la pada dia. Anak anak pon dah tahu kena tunggu abah tak niaga baru boleh pi jalan-jalan. setakat aku ja boleh la bawak pi taman dekat ni. 

Sekarang tengah usaha nak susun balik jadual harian kami sefamily. Banyak benda yang dalam kepala ni tapi tak terbuat.

Tapi apapon  Alhamdulilah ada beberapa perkara yang selama ni tak terjangka kami boleh buat dah mula kami buat dan masih di fasa merangkak. Salah satunya kami dah mula berani menjenamakan air BIG CUP dengan jenama sendiri iaitu 
"COCO RICH"

Next post kita crita bab COCO RICH

As salam... :)

Thursday, June 11, 2015

Biskut raya Murah jerrrrrrr

As salam

Mai la cuci mata tengok biskot raya murah-murah tapi gerenti sedap...insya allah berbaloi dengan harga. Nampak macam biasa-biasa jer kan? yer biskot biasa tapi rasa luar biasa.
Sepenuhnya Homemade bukan kilang yang buat yer... bahan mentah semestinya halal.

Semperit gebus gebas.. cair dalam mulut..
RM23 (50-55 biji)

Crunchy Crunch
RM25 (50-52 biji)
Ada badam,coklatchip ,coklat putih
Rempeyek kacang mini
RM25 (450 gram)
tak nampak ikan bilis kan.. tapi ada rasa ikan bilis.. rangup

Top Crispy
RM 23 (50-55 biji)
ini memamng feberet my hubby

Almond Landon... Coklat penuh, badam sebiji yer bukan separuh
RM23 (50-55 Biji)
Coklat marble shortbreak
Rangup dibawah coklat cair diatas
RM23 (50-55 biji)
Popia udang mini
RM 25 (450 gram)
Inti penuh tak kedekut inti yer.. rangup, makan sekali habis sebalang..

Kapit Coklat meleleh
RM25 (50-55biji)
Rugi tak cuba yang ni.. laku laju nih..
Kapit peanut meleleh
RM25 (50-55 biji)
yang ni pon sama rugi tak cuba... sedap sangat yer


Kapit Original
Ini ori resepi bonda kita yer... cukup lemak manisnya... ringan & rangup
RM 15 (60 biji)

Untuk oder Wassap/ telegram/sms/call
019 3767055
(COD: Lumut, Manjung,Sitiawan,Taiping)
Pos pon boleh.. kita guna pos KTM yer... insya allah selamat

Nanti kami update Kek Lapis Sarawak pulak yer... lagi meletop raya korang kalau hidang kek lapis pelbagai perasa dan warna.
Daaaaaaa.....
jgn lupa oder yer...






Demi RM40

As salam

Yer... demi RM40 sanggup ku redah pepagi buta 87Km dari Lumut ke Ipoh bersama anak ngan suami. Dah bertahun merajuk tak mau amik tapi tahun ni tebuka hati nak amik pulak. Eh, kita pi amik exam la, tua-tua pon dok exam lagi kan. Exam BITK (bayaran insentif tugas kewangan) sekarang dah dapat RM40 kalau lulus exam ni dapat la tambah lagi RM40. Kita yang keja KERAni ja nih macam ni lah.. nak kena exam bagai nak dapat ciput tu pon padahal kalau salah buat keja kewangan risiko surcaj amat tinggi. Bersukur jer la yer... Malaysia masih aman..kikikiki..

Pegi exam yang sejam setengah tu pon usung semua yer... over la sangat kan. Sebenarnya ada udang di sebalik maggi.. Dah atoq plan baik punya. Habis exam terus pi menyoping baju raya ler. Tiap tahun memang kena syoping sebelum puasa, nanti dah puasa payah sikit nak heret bebudak tu merayap shoping mall. yang tak puasa ni pon macam-macam alasan depa dah, baru 3,4 biji kedai diterjah... suruh fitting banyak sikit pon dah merajuk. Budak tecik tu tak bawak sekali hantar pi skolah, sian pulak nanti dia nak tido tak selesa.

Waaa... baju budak mahal mengalahkan baju kita ni. baju harga lain, seluar harga lain. Settle dah la separuh baju ngan kasut bebudak tu... mak budak ngan pak budak tak tau lagi mana hala baju raya tahun ni. Dah... dah... posa dak lagi dok crita raya dah kan? hahaha

Eh, nak oder kuaih raya tak? kita ada jual... nak bagi harga kawan-kawan jer...
jap lagi kami update gambaq kuih raya noh..


Wednesday, April 9, 2014

Doktor & Mangrove Tour Langkawi

Assalam
 
Fuh! Fuh!...... hukhukhuk..... tebal gila habuk kat sini.... Lama tak berupdate... Tq pada yang sudi singgah walaupun tuan umah ni malas gile nak update...padahal boleh ja update ngan cik tab tapi entah la cik "M" besaq sangat.... hahaha
 
Nampak cam ada beberapa entry yang selalu disinggah... entry ni berkaitan ngan satu topik hangat di FB Langkawi, padahal dah lama aku tempek citer tu kat sini, tu pon berdasarkan pengalaman aku sendiri...bila google nama si polan tu so timboi la entry tersebut 
INI 
 
Sory sesangat pada yang tanya no. fon mangrove tour dalam entry INI, dah ilang kemana hala tah la no. fon si Ziela tu...tapi korang baca kat komen tu ada satu komen yang iklan pasai homestay dan mangrove tour.
harap-harap tu dapat bantu korang yer.

tu ja kot nak bebel kali ni... kalau rajin nanti aku update lagik...

 

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru....nak masak apa?

As salam

Esok ada sambut Hari Guru di taska Naufal so cam biasa cikgu mengalu-alukan sebarang jenis juadah untuk memeriahkan lagi majlis tu.
Mula lah dok pikir ni, nak bagi apa kat taska tu nanti..selalunya Ct bagi kek jer..beli kat kedai.
Rasanya dah 3 kali kot Ct just bagi kek jer....hehehe...senang, pi beli pastu bawa pi taska tapi harus lah yang deco-deco pilihan hati Naufal....upin ipin @ Ben 10.
Kali ni ingat nak cari benda lain plak tapi tak tau apa bendanya.

Dah lama tak buat apam dot-dot.....kalau yg tu ok jugak tapi kena tengok keadaan dulu lah...di opis ni bukan menentu dalam tenang-tenang ja boleh terus ribut....maka ada keja yang kena bawak balik umah... kalau cam tu bila masa nak mengedot apam.

Kepada semua guru-guru diucapkan
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih pada guru yang pernah mengajar Ct di
Sekolah Kebangsaan PokoK Sena
Sekolah Kebangsaan Lubuk Cempedak
Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri

~TaTa~

Tuesday, April 17, 2012

Tragedi Jam tangan

As salam

Tak tau nak letak tajuk apa dah...kalau letak "aku seutas jam tangan" dah macam tajuk karangan darjah 3 plak. Dah lama dah ct tak pakai jam..kalau tak silap hampir 3 tahun kot...ct memang tak penah beli jam mahal-mahal...semua beli kat pasar malam or uptown gitu-gitu jer..murah jer tapi ada jugak yang pakai sampai bertahun. Rasanya yang paling mahal dalam Rm80 kot ct beli dengan member opis di KL..jam tu talinya kristal, member tu buat sendiri..memang tak berjenama pon la..Tapi cantik.

Masa hubby balik bercuti ari tu dia ada belikan ct jam.
Inilah rupanya (kotak pon dah kemek)
Bila tengok...jam tu tak berjalan  dan tali dia kena pi potong so pi la kedai nak potong tali tu kan...
pi satu kedai katanya dia tak boleh buat sebab apa tah alat dia tak de...Ok..
Pi kedai lain....kena tunggu sebab tukang nak buat tu tak sampai lagi...dah sampai dia cakap tak perlu potong pon cuma kena buka jer klip kat tali jam tu...hahaha..rupanya ada klip jer kat situ utk kita adjust talinya... Tapi cam na pon kena potong jugak skit sebab still longgar walau dah buka klip tu.

Pastu minta dia masukan bateri...memula tu heran jugak sebab hubby bagitau masa dia beli tu kena bubuh bateri sendiri...selalunya beli jam mesti dah ada bateri kan? tapi ct diam je lah...
Nak bubuh bateri kena pi kedai lain pulak...
Di kedai tu..bila budak pompuan tu buka dia kata bateri ada la..dan masih ok.
Dah tu kenapa tak jalan yer jam tu.....Rosak la kot.
Alamak...kalau rosak kena tukar kat Lebanon la.

Ct pulak dah buang semua kertas-kertas dalam kotak tu termasuk waranty card...adeh!
Hubby plak lupa nak bawa masa dia balik kesana.
Pasrah jer lah..memang tak de rezeki pakai jam mahal..hahaha
Simpan dalam kotak...tak tengok dah

Then ada member hubby balik cuti so hubby minta ct kirimkan jam tu pada member dia. Hubby dah tanya kedai yang dia beli tu kalau betul rosak boleh tukar.
So....sekali lagi jam tu terbang pulang ke Lebanon.
Bila hubby bawak ke ekdai tu..rupanya jam tu tak rosak yer..
Cuma kami ni yang keliru...nampak macam tak jalan rupanya jam tu tak de jarum minit.
Kita kalau nak tengok jam jalan ke tak mesti tengok jarum minit kan? dah tak de jarum minit nampak macam jam tu mati lah.
HAHAHAHAHA
Punya ramai tengok jam tu..semua tak perasan.
Hubby yang beli pon dia tak tengok betol-betol. Dah ct cakap nak jam yang ada bling-bling dia pon beli cam tu tapi tak tengok abis-abis.
2 minngu lepas hubby kirim kan balik jam tu bersama beberapa barang lagi cam dalam ENTRY INI
Sekarang Ct pon dah pakai jam tu...
Cer tengok betul-betul
Kalau tunggu baru nampak jarum minit tu bergerak.
Teruk betul la..tak pasal-pasal jam tu 4 kali naik flight Lebanon-Malaysia-Lebanon-Malaysia

Nampak sangat ct ni tak penah pakai barang berjenama..memang tak tau apa pon..baru 3 ari lepas search cari model jam ni di internet.
Jumpa di Timex Philippines


Women Crystal Collection
66 swarovski crystal

*TaTa*

Monday, April 16, 2012

Makan ketika amaran tsunami dikeluarkan

As salam

Hahaha...lambat betoi nak update kat sini...cam idup segan mati tak mau dah blog ni.
Petang tu kat umah memang terasa gegaran tu tapi tak la kuat sangat... anak-anak tido, ct dok tengok tv pastu rasa cam lantai bergoyang..ingatkan orang umah atas dok buat apa ka.. tapi pikir balik kalau umah atas mesti syiling kan.. tapi ni, kat lantai...
Bangun tengok kat luar...tak de apa pon..semua ok ja..
sambung balik tengok tv.. terasa lagi goyang tu..
Tak pikir apa pon la.

Pastu bawa anak-anak kuar makan di Saloma Nasi Lemak kat dataran helang tu...
On the way ke sana baru dengar berita pasai gempa bumi dan amaran tsunami dikeluarkan termasuk kat Langkawi. Baru la tau apa sebab bergoyang tadi.
Pusing-pusing kat jeti tengok tak de apa-apa pon so kami pon dengan senang hati pi pekena nasi lemak...hehehe

Gambar suka suki untuk tatapan hubby disana








*sila jagan tegur kauali gambar yang hampeh itu*
hikhikhik


Monday, April 9, 2012

Yang ditunggu sudah sampai

As salam

Selain dari Sembonia yang ditunggu ada lagi 2 barang yang ct tunggu sampai ke tangan
Parcel dari Airpak (crita di lain entry)
Beg kiriman dari hubby

Dua-dua terima ari jumaat lepas
Member hubby disana balik bercuti kali kedua then dia ada mai holiday di Langkawi ni so hubby pon minta tolong bagi beg ni pada ct. Ct tau member hubby nak mai sini tapi tak tau ari apa dan no  fon dia pun ct tak ada..harapkan dia jer call ct kalau sampai sini. Nasib baik time dia call tu ct kat opis lagi so dekat la nak pi amik di hotel dia kat pantai tengah tu.
On da way nak ke hotel tu selisih ngan lori parcel airpak menghala ke opis so teringat mesti parcel satu lagi tu dah sampai.
Pusing-pusing jugak mencari hotel tu sbb katanya "Grand Village" ct plak tak tau sangat hotel kat sini kalau yang hotel besaq dan selalu dengar tu tau la..sampai ke awana ct cari...bila call balik katanya area pantai tengah...nasib baik dia tunggu tepi jalan masuk ke hotel tu..baru jumpa.
Rupanya bukan " grand village" tapi "green vilage" hahaha... dah member tu slang kelantan dia pekat sangat... conpius ct...
Balik umah terus godek apa ada dalam beg hitam  free ATM.. berat jugak beg tu

baju nureen & naufal
minyak wangi
t-shirt
sling beg
jam
&
sampul surat putih...hehehe

itu aja....nanti sambung lagi....

Monday, April 2, 2012

Pekeliling gaji baru

As salam

Dah ada dah pekeliling yang ditunggu-tunggu kakitangan kerajaan.
Klik la kalau nak baca
PEKELILING PERKHIDMATAN 1/12


Kalau tak reti nak kira gaji pokok atau tak dak kalkulator korang
Klik kat bawah ni
PERKIRAAN PEMINDAHAN GAJI

Insyaallah April ni akan dibayar gaji baru ni sekali ngan tunggakan dari bulan Januari..
makcik kayo jap, hahaha..... bleh la buat beli kain untuk baju raya ni kan...kena tempah awai ni.

Oh... lupa plak sekali Cola naik RM50...alhamdulillah...

Hubby plak tak tau la cam na sebab depa ni special skit... depa dah dpat dah skit bulan Januari ari tu....tapi tak sampai 13% tu so katanya April ni just tambah % yang tak cukup tu lah...ada tunggakan jugak la...
 
Ada misi yang perlu dibuat selaras dengan gaji baru....harap paling lewat pertengahan tahun depan misi ni complete.
 


Monday, March 26, 2012

Betty Crocker 100 Piece Cake Decorating Kit

As salam

Akhirnya dapat jugak beli benda ni....Dulu dah oder dah masa promosi kat groupon pastu ada problem ngan penjual tu dia pulang balik duit. Minggu lepas ada nampak promosi WONDER BEE  di fb terus oder.


Ini lah rupanya.... harganya RM20 tak masuk  yer..tapi ni paling murah yang ct jumpa kat tempat lain ada yang rm39...oder kat FB WONDE BEE (klik jer)

Nak tau cam mana gunanya jom tengok ni




Tuesday, March 20, 2012

Minggu yang agak kalut

 as salam

Tah la kat mana nak mula crita tapi yang pastinya start selasa lepas memang agak kelam kabut...
 Naufal ikot abah balik kampung so kira sunyi la skit kat umah, ingat bleh la rileks-rileks tapi Nureen plak demam mengejut...dalam ok-ok tu terus malam badan panas
Bila anak demam ni cara autonya Ct pun payah nak tido.. baru jer nak terlelap Nureen dah bunyi-bunyi....dia tak selesa ngan idong pon tersumbat...Ubat dah berbotol-botol kat sebelah tu. Tapi nasib baik budak-budak ni jenis mudah makan ubat.
Bila pi keja pon dok ingat nak kat umah pengasuh tu...henpon dok stanby jer dekat-dekat takut pengasuh call.
kat opis malas nak crita lah...sebelum ni pon sapa yang dok baca kat sini dah tau kan...keadaan terbaru di opis sejak Januari lepas dan tak tau sampai bila keadaan akan still cam ni. sekarang  tengah berusaha sesuaikan diri bekerja tanpa bos dan opismate.
3/4 dari masa di opis tu dihabiskan hanya berteman komputer, meja,kerusi,fail-fail...emmm
dan paling tak suka kalau dapat task last minit...dah tu pulak, kerja tu bukan kerja ct sebenarnya dan Ct kena buat dalam keadaan kelam kabut sebab nak send ari tu jugak. Ya Allah...kalau dah biasa buat ok la jugak kan? ini tak.. first time plak tu, terpaksa la call sana sini minta tolong..
Sekarang kena biasakan diri dengan keadaan opis waktu ni walaupun Ct dah hampir 4 tahun kat situ..segalanya berubah so kena belajar slow-slow benda yang selama ni Ct tak buat...
Cuba pikir positif jer...tu semua ilmu kan?

*Bye*

Tuesday, March 13, 2012

My pic dalam cosmopolitan mac

As salam

Hik..hik..hik... ni pon mau kecoh kan? pic kecik cinonet jer pon

 
Fazlina member Fb ada bgtau pic Ct kat dalam Comopolitan mac....ingat2 balik mana ada ct join kontest bergambar ke apa kan...maklumla kita tak fotogenik hehehe...
cosmo sampai kat tangan jenuh dok belek kat mana pic tu.... rupa-rupanya  team cosmo amik komen ct di FB cosmo pasai langgan majalah tu...dah lama dah komen..tu pasal hilang ingatan jap
Nik Izyanti pon ada jugak... kaki kontest jugak tu tp lagi hebat dari Ct lah


Thursday, March 8, 2012

Boring & Busy

As salam

Dua perkataan  yg temankan ct minggu ni...mmm...entahlah apa yang dok menari-nari dalam kepala ni, nak crita pon tak tau.
 
BORING
weekend asyik terperap kat umah.... Tak dak mood nak kuar...sian kat Naufal &Nureen yang sama terperap.
Rasa lambat sangat masa berjalan...tak sabar tunggu hubby abis misi...banyak benda nak disembangkan...walaupun bleh skype tapi tak sama dengan ada depan mata...rindu nak cakap itu ini...crita tu crita ni...pokpekpokpek kat hubby.
Di opis pon still berseorangan...takde opismate....takde boss..... please la JPA gantikan cepat Boss ct...Opismate tu tak pe lambat-lambat skit (bleh tanggung keja) yg penting Boss tu..banyak keja  yg tak masuk dalam tugas ct kena buat ni...klu dpat gaji 27 tak pe lah..tp ttp gaji 17..huhu

BUSY
Busy ulang alik ke toilet ja dari ari ahad lepas..tak tau la, salah makan ke apa...tp bila ingat balik rasanya tengah malam sabtu tu ct ada makan roti cicah milo, roti tu baki breakfast Naufal..maybe dah xpired kot...hok aloh...patutlah pagi ahad tu memulas-mulas perot ni sampai tak leh hantar Naufal ke skolah.
Selasa pulak pengasuh call bgtau Naufal sakit telinga lepas balik skolah.....bergegas dari opis amik Naufal bawa ke klinik...di klinik tak sakit pula telinga tu tp demam pulak.
Di opis pon busy jugak tapi itu biasalah dah namanya kerja kan....kena buat report yg sepatutnya tugasan boss...tak pe lah..think positif...sekurang kurangnya ct dapat belajar buat semua tu...

 Ya Allah...ku mohon agar segala urusanku dipermudahkan....Amin..

Sunday, February 26, 2012

Berhati-hati ingatlah yang tersayang

Assalam

Masa kami pi Underwaterworld Langkawi ari tu ada la jugak beli cenderamata...walaupun memang dok kat sini tapi belum tentu pi selalu kat situ..
Ada budak pompuan yang dok amik gambar pastu nanti dah last jalan nak keluar tu ada gerai jual gambar kita tadi..ikut suka la nak beli ke tak...
Memandangkan kami ni pakai camera cap ayam ja so beli la jugak gambar tu yg diambil guna DSLR kan....
Ada jugak beli


Apa nama benda ni????? lupa plak
Hubby suh letak lam keta....bagus la tu, kot-kot drive laju pastu tengok gambar family slow la balik.
Boleh gitu?

*TaTa*


Monday, February 20, 2012

Pinggu!!!!!

Assalam

Lama tak tengok crita pinggu

Jom Layannnnnnn







*TaTa*

Lokasi: Underwaterworld Langkawi


Tuesday, February 7, 2012

Nak 2 ringgit

As salam

Balik keja tadi terus amik anak pastu Naufal cakap dia lapar...hajat nak makan Laksa Penarak tapi tutup la plak, dah alang-alang turun keta tu terus je lah makan kat kedai yang buka kat situ

Tengah dok tungu makanan sampai tu terkejut jugak Ct tiba-tiba jer ada orang bediri kat sebelah 
Nak 2 ringgit... nak makan
Alamak..tak de duit  kecik ni....dok ckap lam ati je lah...
Pastu dengar budak-kedai kat belakang tu cakap
Tak Payah bagi Kak...Kalau nak bagi pun bagi jer seringgit
Dok pikir lagi ni..... cam na nak buat...cari  punya cari nasib baik ada jugak syiling sesat lan henbeg tu..tak  kira dah terus amik bagi jer..rasanya dalam seringgit lebih kot
Pastu Pakcik tu terus oder Ais Kacang (ABC) then duduk kat meja sebelah kami...Ct tengok dia dok perhati jer Naufal makan tu..Ct tak makan pon.
Rasa cam nak tanya dia nak makan ker? Kalau nak Ct nak oder... tapi takut plak

Tengok dari gaya ok jer...pakaian semua bersih cam ayah kita kat kampung tu jer...siap isap rokok lagi.
Dah siap ABC yg dia oder amik teru blah...memang tak bayar pun..pastu nampak dia jalan dan jumpia sorang laki dan dia minta lagi duit cam tadi.
Masa nak bayar Ct dengar budak kedai tu kata dia tak susah pun...rumah  dia elok ja kat Kampung Penarak tu...Entah la betul ke tidak..Tapi Ct Ikhlas kasi duit tu...

*Tak tau nanti kita tua cam na kan?*


Sunday, January 15, 2012

Habis sudah cuti...$$$ pun abis jugak huhuhu

As salam

Kami sefamily dah selamat sampai Langkawi Tengahari tadi...Tapi si hitam maybe lusa baru sampai kot sebab kena ikut Q naik kargo.
Tamat sudah la cuti-cuti family kecik ni..seminggu lebih jer..klu ikutka nak cuti  mau sebulan jugak, Ct nak cuti cam hubby...Abis Cuti maka RMnya jugak abis...hahahaha. Tapi baik punya timing balik cuti terus gaji masuk pastu nak tunggu bulan depan punya gaji...sendiri mau ingat.
Pas ni dok rancang2 nak jalan-jalan dalam Langkawi ni jer...pikir-pikir balik masih ada tempat yang kami tak pi lagi...weekend ni jadi kot...
Next entry Ct crita pasai oliday ari tu...gambaq pun tak transfer ke lappy lagi tapi tak banyak mana pun gambaq nya...al maklumlah guna kamera cap ayam ja,  semangat nak photoshoot sampai lebam tu tak dak la.
Insyaallah next entry dari si oren pulak... Ops!
~TaTa~

Tuesday, January 10, 2012

Kutip hadiah

As salam

Dah alang-alang nak pi cuti ni sempat la kot singgah KL nak amik hadiah hasil dari
Yang Lisa tu dah ada alamat di SMS yang Ct terima tu..Yang Cosmo plak SMS dari Mtouche bila call balik nak kompomkan tempat nak collect hadiah asyik bz je operator depa tu... Ct cuba google alamat kat Mtouche ni di menara citibank kalau tak silap sebab Ct penah menang skali sebelum ni dan hantar wang pos ke alamat tu..
Harap-harap tak sesat la nak pi amik hadiah-hadiah ni nanti.


~TaTa~


Monday, January 9, 2012

Ole-Ole dari Lebanon

As salam

Dah balik dari obersea wajib la ada ole-ole kan?   
hehehehe..  part ni yang syok  
Jom layan apa yang dibawa balik

 Ini awai-awai lagi Ct dah pesan..ada lagi ni yg tak snap sbb dah pack nak kasi MIL ngan my  mom
 Cilok dari google
Habatus sauda....banyak kegunaanya...ada 2kg jer..bahagi-bahagi untuk sedara ngan kawan-kawan
Murah kat sana

 Bag ala-ala tentera....ada 3...hitam. hijau loreng cam lam gambar tu dan loreng padang pasir cam tentera US punya uniform tu...tau kan? Smart!

 Jam.. TIMEX...huhuhu..yang ni sedikit kecewa maybe bukan rezeki Ct nak pakai jam ni..

 Roti kebab original dari sana....besaq gabak cam sarung bantal hahaha
ye lah kan kat sana kebab ni cam kita makan nasi kat sini la..hari-hari makan ni..
Tunggu next entry bila dah siap jadi kebab..(kalau rajin)

 Shawls...pashmina...tudung segi empat
Shawls yang biru (kiri) ngan coklat tu..ada liplapliplap skit..
Pashmina yang purple ngan biru (kanan)...original pashmina yg ditulis kat packing
Tudung segi empat tu lupa nak snap....sebundle, kuality kain cam silk tp tak pasti..dah pakai, ok jgk

Yang ni paling besh......Parfume yang selama ni Ct tak penah merasa pakai..hehehe maklum le tak berduit...
Kali ni dapat la berwangi wangian....disana memang murah...
Jadore
jadore limited edition (Ct pling suka)
Nina ricci
Nina ricci elixir
burberry (2jenis)
Paco Robbane 1 Milion set sekali ngan lotion
Escada (Hubby suka yang ni)
Ni stok 3 tahun kot...hahahaa

Yang tak sempat snap... baju anak, t-shirt bersulam Unifil dan jubah untuk MIL
Sikit jer nih...hubby cakap member dia lagi banyak memborong....ye lah kan dah ada ramai adik beradik so kena beli sorang satu la kan.

~TaTa ~


Friday, January 6, 2012

Kepulangan yang dinanti

As salam

Wahhhhh tajuk cam cerpen plak..hahaha
Ahad lepas lebih kurang pkul 2.40ptg hubby and da geng selamat sampai di bumi malaysia...syok la yang dapat sambut hubby memasing kat KLIA tu....Ct tunggu di Airport Langkawi ja, tak berbaloi plak nak kuar belanja gi jemput di sana so Ct boking flight je lah utk hubby...Pukul 8 malam flight hubby dari KL - Langkawi...
Budak dedua tu Ct tak bagitau pun nak buat apa kat Airport tu... Naufal ada tanya jugak nak jumpa sapa kat sini...Ct cakap nak jumpa kawan, pastu dia tanya kawan mak nama apa plak....ahhhhh banyak tanya plak.

Hehehe.. gitu lah gayanya bebudak yang dah 5 bulan tak jumpa abahnya... tak de la xcited sangat kot sebab bleh kata selalu jugak depa dok skype...Tapi bleh nampak la lepas tu kami pi makan, dedua nak dok kat abahnya...berebut nak dok sebelah. Naufal mula la tanya itu ini...Ct plak yang tadi dok tahan tak nak makan konon nak makan sekali ngan hubby....tak abis pun nasi sebab kureng sedap.
28 hari sahaja cuti hubby, lepas ni sambung lagi misi hingga hujung Julai dan ada berita yang tak sedap didengar kononnya misi nak dilanjutkan sampai ke oktober 2012...huaaaaa...minta2 la sampai julai sudah seperti yang dijanjikan...

~TaTa~

Related Posts with Thumbnails