Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Syyyyy….ni rahsia tau! (part II)


Sebelum ni abis sampai no 16 je kan... so kita sambung skit lagi

17-Masa sekolah menengah, aku suka balut buku sekolah ngan poster-poster artis dalam majalah hiburan. Selalu yang bahagian tengah majalah tu ada gambar artis, pastu kertas dia pun jenis tebal skit kan…


18- Aku berkenan ngan nama Naufal bila tengok nama budak yang berlakon dalam teater Puteri Gunung Ledang yang jadik anak sultan tu… nama dia naufal. Then bila aku rujuk dalam buku nama-nama islam tu, maksudnya pun bagus so begitulah naufal dapat nama “syed naufal Haziq”

19- Aku tak suka jumpa doctor….klu sakit skit-skit tu aku just makan ubat dari farmasi ja..

20- Kereta idaman aku…. Toyota caldina (buat masa ni) tapi rasa sehari dua ni, ati dah tertawan ngan Honda insight pulak…berangan je lah

21- Aku tak suka tunggu orang dan orang tunggu aku

22- Bab-bab sukan ni aku memang fail… tak minat la. Main game lam pc bleh la

23- Dari tingkatan 1 hingga sekarang aku masih lagi guna pensil case yang sama. Pensil case tu aku beli ngan budak cina dalam kelas aku, budak cina tu ada jual macam-macam barang guna catalog tulis cina .. alah yang boleh oder name card gambar macam-macam. Masih elok lagi….

24- Dulu aku keja under pentadbiran ARMY…. Keja aku bayar gaji AIRFORCE….tapi jodoh aku ngan NAVY

25-Impian aku satu hari nanti…. Rumah sendiri (2storey)…. Ada bisnes (kecil-kecil pun ok dah)…. Anak-anak Berjaya…..pergi mekah (bawa mak abah skali)….memiliki semua yang tersenarai dalam wishlist aku. Amin….

Aku tag sesiapa sahaja yang baca entry ni.... Kalau dah buat tag ni, bagitau la kat aku.. nak jugak aku tau apa rahsia korang
~TAMAT~


Monday, March 14, 2011

Syyyyy….ni rahsia tau!

Kalau dah tempek kat sini bukan rahsia lagi la namanya Tapi korang nak tau ke 25 benda yang aku tak penah bagitau kat korang sebelum ni.
Kalau nak tau sila baca sampai abis…


1- Cita-cita aku dulu ( masa sekolah rendah) nak jadik pramugari..hahahaha dah tau tak cukup inci, muka pun tak cun ada ati nak jadi pramugari. Tapi sekarang aku happy dengan kerjaya aku walaupun cita-cita tu tak kesampaian

2-Sepanjang hidup aku yang nak masuk 30thn… seingat aku, dah 16 kali aku berpindah rumah. 10 kali semasa duduk ngan family..2 kali masa aku keja di kl (bujang) dan 4 kali sepanjang aku berkahwin. Kemungkinan besar aku akan terus berpindah randah selagi aku @ hubby tak pencen…Family tentera gitulah

3- Start dari tingkatan 3 aku dah mula kerja part time masa cuti sekolah selalunya masa cuti hujung tahun la..cari duit poket.

4-Sebelum dapat kerja sekarang ni, aku pernah kerja di kedai barang permainan, kedai pinggan mangkuk, housekeping hotel,guru sandaran tak terlatih dan kerani akaun di firma guaman.

5-Gaji pertama aku kerja di firma guaman tu, aku beli DVD player. Masa tu kat umah aku ada yang jenis tape tu..pastu cd pertama cerita gerak khas. Beli kat pasar malam jer cd tu

6-Aku pernah eksident masa tinggkatan 5..aku bawa motor, lepas abis ceramah apa tah kat sekolah aku on da way blik umah…sedap jer bawa motor tu tup-tup ada satu keta yang dok kat tepi jalan terus buat U turn.. aku pun langgar je lah…yang aku tau buka mata jer nampak langit.. rupanya aku dah jadik superman terbang atas bonet keta tu golek-golek jatuh atas jalan.Motor rosak teruk tapi aku terseliuh skit jer..

7- Pernah menjadi pelajar matrik di satu U di KL selama 2 minggu jer.. entah apa yang aku pikir masa tu…call mak suruh mai amik aku jugak.. mak aku pun terus mai amik aku bawak blik. Masuk tingkatan 6

8- Habis tingkatan 6, aku tak isi sebarang borang untuk masuk sebarang IPT sebab aku rasa family aku tak mampu…lagipun aku dah mula syok bekerja.

9-Sebelum aku dapat temuduga kerja sekarang ni, aku ada p temuduga untuk jawatan pembantu makmal…masa tu aku jawab soalan 100% guna bahasa kedah…hahahaha

10- First dapat tau aku dapat keja kat KL, abah aku cam berat jer nak bagi aku p KL. 2 minggu aku tumpang umah sewa cousin aku di vista angkasa..ulang alik keja di jalan semarak naik LRT. Time ni macam-macam benda jadik… salah turun stesn LRT lah.. tertinggal bas la.. pastu dapt umah sewa di AU3. Then pndah lagi ke pangsamurni jln gurney.

11-Aku diperkenalkan dengan hubby oleh roommate aku yang merangkap opismate hubby. Nanti aku cerita di entry lain bab ni…tu pun kalau korang nak tau lah

12- First time naik kapal terbang masa dah ada anak sorang… dari KL ke Langkawi. Dulu rasa cam seumur hidup mungkin aku tak berpeluang naik kapal terbang…tapi Alhamdulillah … niat aku satu ari nanti nak bawa mak abah aku naik kapal terbang.

13-Aku pernah ada sorang opismate (pangkat kakak) bangsa india yang sangat baik dan rapat ngan aku dan BFF aku . Dia meninggal 7-7-07 kemalangan. Aku selalu ikut dia p mana-mana time lunch…termasuklah p shoping sari untuk depavali dan makan di kedai makan vegetarian. Kalau p koperasi tentera mesti kami singgah makan di restoran haslam.

14-Dulu aku suka warna biru..majoriti baju dan barang aku warna biru tapi sekarang aku hentam jer warna apa pun.. tak kisah sangat

15-Henpon pertama aku pakai jenama alcatel pastu tukar ke nokia (3310) kemudian sony erikson.. sehinnga sekarang masih sony erikson tapi model lain.. dah 3,4 jenis sony erikson aku pakai.

16- Sejak dari mula aku ada henfon sehingga sekarang no fon aku satu ni jer… masa tu starter pack RM120 mahal giler..

huh! dah penat la pikir ngan menaip la... nanti aku sambung lagik
Aku kena tag sebenarnya ni... tapi tak ingat la siapa yang tag...rasanya AYUNG MERAPU


Friday, June 25, 2010

✿Amyna Kasi TAG lagi...✿

SALAM

Terima kasih yer Amyna sebab sudi mengeTAG ct dikala ct kekeringan idea untuk membuat entry..
 Dengan suka hatinya ct menjawab TAG ini didalam kesejukan aircond di opis..nampak sangat tak de keja

1
2
3
GO!

1) 3 Nama samaran kamu :-
Ct....Yang paling pemes dikalangan kawan2
Ijah....kaum kerabat ja panggil gini
Ctnurkhijah.....untuk blog & Fb

2) 5 Tarikh penting dalam hidup kamu :-
29 Apr...Ulang tahun perkahwinan
18 Nov....besday hubby
1 Mac....besday naufal
2 May... besday nureen
8 Okt... besday aku

3) 5 perkara yang buat kamu gembira :-
Hubby ajak Shopping.....syok giler
Dapat holiday ngan Family...... tahun ni dah p Cameron Highland
Melihat anak membesar di depan mata.....rindu keletah naufal n nureen
Dapat langsaikan hutang piutang.......keta ngan rumah
Makan kat luar....tak payah penat pikir nak masak apa sbb aku mmg tak pantai masak pun..

4) 5 tempat percutian idaman kamu :-
Sabah & Sarawak.... oh terubuk masin dan mutiara
Singapura.....nak p Disneyland yang baru buka
Australia..... tengok lam TV cam best jer
Genting Highland.....tunggu anak besar skit baru best dpt main semua game
Jepun.....nak tengok bunga sakura

5) 5 sebab kenapa kamu jawab tag nie :-
Di tag oleh blogger merangkap kawan ct yang baik
soalan yang best
Rasa seronok nak jawab soalan-soalan ni
sebagai entry ari ni
boleh tag orang len pulak...mengeratkan hubungan bloger2

6) 5 orang yang nak di tag :-

Dah Abes........Bye

Friday, June 18, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tag Dari Sis SomelƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

SALAM

Buka ke blog pagi ni mata terus terpaku pada shoutbox ada "I TAG U" dari SiS SOmEL
So uolls layan je la yer...

1.adakah anda rasa anda hot?
TAK...ekon kat opis ni baru di servis so sejuk bangat

2. upload wallpaper yang anda gunakan skrg?

3. cerita pasal wallpaper tersebut
Hubby aku yang tukar ni.... kalu kasi lappy ni kat dia ada ja yg berubah

4.Bila kali terakhir anda makan pizza?
2thn lepas kot... huhuhu
Bila pindah kat Langkawi ni tak penah makan pizza dah sbb kat sini tak dak Pizza Hut @ Domino.
Kalau ada pun yg jenama apa2 tah atau kat pasar malam

5. lagu paling latest yang anda dengar?
Jika Kau Tak Datang...Siti Nurhaliza ngan Kris Dayanti
Dgr dari  ERA FM

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni...
Dengar ERA FM

7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
"Mak" oleh anak-anak
"Ayang" oleh hubby
kat opis pun hubby panggil cam tu jgk

8. tagged lagi 8 orang


9. Siapakan orang no.1 kepada anda
satu-satunya Opismate aku
Opis aku kecik ja ada 2 staf awam dan sorang lagi Navy

10. katakan sesuatu kepada orang no.5..
Harap sudilah jawab TAG ni..

11.no 3 ada hubungan dengan sape?
Mr A.... iaitu Hubby Amyna

12.bagaimana dengan no.4 lak?
Mr SK.....iaitu Hubby Mar

13.pesan kepada orang no.6
Cepat upload gambo gigi biru tu....
nak tau apa gigi biru jom terjah ke blog ni 

14. kata2 cinta tuk orang no.2
Misz_Nierah i lap u sbb u baru je blogwalking kat umah i ni..

15. adakah no 7 & no 8 mempunyai persamaan?
Ya.. dua-dua blogger dan dua-dua jugak pompuan

16. berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
1. Mak Ayahnya adalah cikgu...
2. Berjumpa jodoh melalui Chating...
3. Anak lelakinya mmg tersangatlah aktif....
4. Anak ke-3 dari 6 adik beradik...
5. Penah menyewa di Vista Angkasa....
Banyak lagi yg aku tau..hehehe

17. perasaan anda masa buat tag ini..
Rileks...sbb keja tak banyak
Lapor....Makan skit ja pagi tadi

18.adakah anda tau razman itu sengal?
Tak tau... sbb tak kenal pon sapa-sapa nama razman

19. gay or less?
Tah la... Ada aku kesah????

isk..isk... awat tup-tup timboi nama razman ni??? tak paham la...

Monday, May 10, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Amyna Kasi Wasiat la...Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Lembu sapa yang terlepas ni??? Alahai....nak kata nak buat korban raja haji lambat lagi..nak kata nak buat kenduri kawen cuti sekolah pun belum lagi....
Opsss.... kejap-kejap...
La.... ni rupanya wasiat yang Amyna kasi kat aku...
Amyna cakap klau nak ambik wasiat ni kena buat 7 syarat dulu.
7 jer amyna??? kawan (myna kawan ct kan???) punya pasal 14 pun boleh..hehehe
Jom penuhi syarat-syarat tu

1- Thank & link the person that gave you the cow.
Terima kasih le bebanyak yer amyna... lembu ni nnt ct kasi adik nureen ngan abang naufal jaga elok-elok

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 orang blogger yang paling aktif atau 7 yang paling tak aktif.


3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat ni dari orang kaya kg sepening lalat.
Untuk Pengetahuan uolls wasiat ini datangnya dari Kampung Sepening lalat...Bukan Langau atau yang sewaktu denganya....

4. Cerita 3 perkara, apa yang anda selalu buat sambil tengok tv.
Makan.. makanan ringan dan kadang-kadang makan nasi pun..
Sms hubby kalau dia Duty/tugas luar atau kuar p mana-mana
Potong Kuku...hehehe,Aku ngan anak-anak
yang lainya adalah Cakap pot..pet..pot..pet..layan pertanyaan dari Naufal

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
Hmmmm....aku ni tak brapa suka sangat try benda-benda yang tak biasa tapi rasanya ada benda yang tak pelik bagi aku tapi pelik bagi uolls macam
Beronok
Lattot
Siput Tukoi
semua ni makanan laut dan dimakan mentah-mentah yer ...

6. Cuba bagi tau berapa orang kawan anda kat FACEBOOK.
200 lebih kot..
Uolls jangan segan-segan nak add aku yer...

7. Aku suka soklan ni...Camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe..... kat mana?
Betul ke uolls nak tau ni??? hehehe...
Aku ngan Hubby dikenalkan oleh sorang Roommate aku iaitu AZIE yang merangkap Opismate hubby aku...
Azie kasi no fon opis aku kat hubby pastu hubby call (mengayat aku la tu). Sebenarnya aku ngan Hubby keja dalam 1Kawasan(wisma pertahanan) tapi lain-lain department so tempat pertama kami berjumpa ialah kat Parking motor wisma pertahanan, masa balik keja (aku jalan kaki ja) aku bgtau aku pakai baju kaler merah bunga oren then dia main agak-agak jer tegur aku berdasarkan baju....hehehe kelakar la bila ingat-ingat balik..2,3 ari pastu kuar dating kat Kampung Baru..

Ok. setakat ni sahaja so sudilah kiranya para bloger yang tersenarai kat atas tu menerima wasiat ini




Wednesday, May 5, 2010

✿Horey..Horey aku dapat RM2 juta✿


SALAM
Nampak tak duit tu??? Klu tak nampak alamat 3 kali jumaat......(gurau jer)
Aku kena TAG dari Dyea Irdina
Kisahnya Dyea ni kasik RM2 juta tu untuk aku berangan jer..bukan betul pun..huhuhu

1. cam biasa la ckp sapa yg baik ati antor tag ni
Dyea Irdina

2.tag kan kat kwn2 korng yg semestinya akan layan berangan bersama2 korng
-Sis somel (kak da)
-umme maisarah (dek bab)

3.dah tag kn la jenjalan war war kan kat kwn korang kan yg korng nak bg 2 juta kat dorng
sudah pasti

4.Apa agaknya angan angan korang tu?

korang berangan nak buat per ngan duit ni

 Pertama.... pastinya nak langsaikan utang paling mahal yg aku ada

walaupun atas nama my hubby tp klu utang dia utang aku jugak

Keduanya...Nak langsai utang lagik..

Rasanya tak nak tukaq yang len tapi nak tambah mungkin kot...

Ni idaman ku...

Ketiga.... nak buat bisnes maybe kedai Makan kot...


Keempat... beli rumah then buat sewa, kat area KL la sbb sewa leh mahal skit


Yang lebihnya duit tu untuk pengajiaan anak-anak
Insyallah..aku harap anak-anak aku dapat melanjutkan pengajian di peringkat yang tertinggi dan berjaya dalam hidup diaorang...
So, tak payah susah-susah isi borang bagai nak mohon PTPTN.
 Takat tu ja kot..

5-Cuba korang cakap camner kita nak dapat duit banyak camni kat dunia reality ek..
-Menang peraduan cam Power root tu yg hadiah juta-juta
-Main saham yang untung Gila-gila punya..tak penah rugi
-belakang umah aku ada minyak, leh buat lombong carigali minyak then jual jadik kaya cam Sultan Brunei
-Jumpa harta karun...

Ok..itu saja untuk hari ini
Bye


Related Posts with Thumbnails