Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Cuti-Cuti Malaysia @ Penang

As salam

Dari Pulau kami terbang ke Pulau jugak
Cuti-cuti kali ni memang banyak jimat $$$ just keluarkan untuk makan, minyak kreta, tiket masuk taman-taman & souvenir sikit
 3 Hari 2 malam kami disini
 Tempat tido hasil dari menang voucer percutian RM1K
Kalau duit sendiri rasanya tak mampu la tido kat sini

antara tempat yang kami buat lawatan sambil belajar




Nanti kami cerita panjang lebaq lagi..

tungguuuuu......

Sunday, July 24, 2011

Grand Blue Wave Shah Alam

As salam

Walaupun hanya 1 malam di hotel ni.. aku memang berpuas hati la dari mula aku boking sampai ke check out dan insiden tertinggal barang. Mulanya aku plan nak ambil hotel sekitar subang dah cari di google map hotel yang pling dekat tapi cancel plak sebab hubby suruh amik hotel yang sama denganya sebab senang nak jumpa nanti. First tentulah aku ke http://www.bluewavehotels.com
dah belek semua gambar dan info kat situ aku email plak untuk comfirmkan harga bilik kat situ sebab time tu ada promosi harga bilik untuk anniversary pakej. Cepat jer email aku tu dibalas.. dah puas hati terus aku boking online.. then print slip pengesahan dan nombor boking...selesai

cilok dari http://www.bluewavehotels.com
Tak ingat nak amik gambar kat lobinya yang cantik tu sebab sibuk dok jaga anak-anak aku yang nak terjun dalam kolam kat lobi tu...abis basah baju dok main air kolam
urusan check in cepat jugak walaupun ada 2, 3 group yang nak check in skali
Ini di bilik aku...dah berselerak dengan anak-anak aku. aku amik extra bed sebab aku duduk sebilik ngan mak abah aku... 1 bilik lagi untuk FIL & MIL kat sebelah. Bilik FIL & MIL lagi cantik dari bilik aku sebab depa punya bilik yang promosi anniversary tu.
Pemandangan dari tingkap bilik aku...malam lagi cantik

Ada freezer tapi kosong.. seb baik kosong kalau ada air segala bagai mau nya anak aku kerjakan pastu koyak walet aku nak membayar. sebelah tu ada mini pantry
Ni dalam almarinya...siap ada peti besi, korang yang bawak duit beribu riban or barang berharga bleh la simpan kat situ pastu jangan lupa nak amik balik plak. aku tak guna la sebab duit pun tak penuh wallet.
Hair dryer pun ada jugak kat meja solek.

Bilik air memang selesa sangat... luas. Ada bath tab,sempat la anak-anak aku berendam kat situ
Semua kelengkapan ada....dari sabun, shower gel sampai la ke shaver, berus dan ubat gigi.
Nampak tak fon kat tepi tu?

Lif untuk ke bilik pun banyak so tak menunggu lama la nak naik or turun tu... kuar lif tingkat 5 yang aku duduk tu ada ruang rileks cam nureen tu. Kat sebelah tu pulak ada bilik khas untuk iron baju.. ada 6 iron sekali iron board tapi aku malas la kuar bilik p iron kat situ...pakai je baju yang dah siap iron kat umah... kedut skit jer...tak nampak sangat.
Floor yang aku duduk tu no smoking punya floor.... aku terlupa nak tik masa boking ari tu nak floor yang bleh smoking sebab abah aku dan FIL smoking. Nasib baik tingkap bilik bleh dibuka.. dapat la depa lepas gian skit-skit...
Kalu korang p ngan kawan-kawan pompuan jer bleh la amik floor khas untuk pompuan jer..
Parking di basement free.. bila nak kuar parking just tunjuk kad bilik korang.
Menu breakfast pun banyak dan sedap-sedap..tapi pagi tu aku makan cococrunch je, tak de selera la. Seawal pukul 6 pagi semua dah siap dah... lepas makan ni lah aku tertinggal beg susu anak kat cafe, nasib baik staff kat situ simpankan...kalau tak aku kena beli susu dan botol baru la jawabnya.

Grand BlueWave Shah Alam

Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : (603) 5511 8811
Fax : (603) 5511 8899
Toll Free No : 1800 - 38 - 1388 (within Malaysia only)
E-mail : info@bluewavehotels.com

Ataupun jenguk-jenguk dulu di
http://www.bluewavehotels.com/

Thursday, May 26, 2011

First Time bersama Exora


Assalam

Semalam last day aku bercuti...tak  ada apa yang menarik pun pasal cuti aku ni sebab bukan aku bercuti kat mana-mana just duduk umah menjadi suri rumah sepenuh masa. Hari  ni dah kembali ke rutin harian normal, bangun siap diri dan anak-anak,hantar naufal ke sekolah, nureen plak ke umah pengasuh singgah beli nasi dan air terus p keja.

Semalam BFF aku ada mai sini, so aku ada booking keta untuk depa tu.. keta exora. Aku memang tak pernah bawa keta yang lebih besar dari keta aku la ni. Mula-mula nak minta tuan punya keta tu hantar keta ke airport tapi dia plak tak dak transport nak blik umah plak lepas antar tu so aku lah yang amik exora tu dari dia then p jemput my bff tu di airport. Terpikir gak bleh ke aku bawa keta besar ni, dah la aku ni ketegori tak cukup inci... redah je lah, nasib baik exora tu auto kalau manual mau menggagau gak aku. Bukan tak bleh drive  manual tapi dah lama tak bawa takut melatah plak time tukar gear tu.(alasan)

Rupa-rupanya....... tak de masalah langsung. Elok je aku drive ke airport ditemani nureen kat sebelah. aku parking kat tepi kaki lima airport tu, tak masuk parking berbayar pun.Dah siap semua masuk lam keta...tengok2 ada plak keta yang block aku kat parking tu. Tak leh kuar..tunggu lam 5 minit tak nampak gak tuan punya keta so cari alternatif lain. Alihkan kon kat sebelah keta aku pastu kuar parking cara mengundur sambil mengelak dari keta yang parking kat belakang aku. Sekali jer.. terus berjaya. Dengan kepanjangan exora tu, aku ingat kena undur masuk undur masuk 2,3 kali. Memang betul la apa yang REDMUMMY review bab parking exora. Rasanya tak perlu camera reverse, pakai cermin sisi ngan cermin pandang belakang dah cukup.

Then aku drive balik dengan 6 dewasa termasuk aku dan 3 budak bawah 5 tahun.... nampak cam pack tapi agak selesa la..dan pickup keta ok cuma time naik bukit kot kena tekan lebih skit..tak tau la, maybe keta tu je kot. Ada 1 lagi yang aku tak berapa syok ngan keta tu, Keta auto so bila dia tukar gear tu kita terasa la.. cam tersentak skit. Pernah drive myvi sebelum ni pun cam tu jugak... yang model proton lain aku tak pernah try la tapi berdasarkan pengalaman aku drive keta jepun semua tu tak terasa... bila keta tukar gear pun kita tak tau...Best la jugak drive exora ni.Tak pernah  terasa sebelum ni nak p test drive exora di showroom proton walaupun showroom tu dekat sangat ngan umah aku. Lepas ni bleh jenguk kot showroom tu...hehehe Test drive je lah.....buat masa ni tak da niat lagi nak tukar si hitam aku tu. Si kuning di kuantan bersama hubby.



Tuesday, May 24, 2011

Welcome to Langkawi

Assalam

Besok BFF aku dari KL mai bercuti di Langkawi, aku kena la jemput depa sefamily di airport. Dah lama depa nak mai sini tapi tertangguh-tangguh ja...setelah sekian lama akhirnya sampai juga depa menaiki
 Air Asia yang diboking tahun lepas time promo....bagus kan AA ni, dengan promo cam la ni yang 10sen tu dapat la kita makan angin tempat orang. Hotel pun aku dah tolong bokingkan..harap selesa la depa tido di hotel tu... aku ni dah orang sini mana la penah tido di hotel kat sini tak tau yang mana ok yang mana tak so harap p survey skit-skit sebelum booking.

Hari khamis depa nak jalan-jalan pusing Langkawi, tapi aku tak bleh nak jadi tour guide sebab aku dah keja. Hari isnin sampai rabu aku cuti sebab pangasuh anak tak ada p hantar anak dia masuk matrik di gopeng. So esok, khamis aku dah keja dah.. mulanya nak amik cuti terus sampai jumaat tapi opis aku ada audit tambah plak cuti aku dah tinggal nyawa-nyawa ikan ja.
Tak pa la, pandai-pandai la depa drive pusing Langkawi ni. Tak yah takut sesat cam na pun masih lagi di Langkawi tak kan sampai Thailand ke hapa selagi tak naik feri. Pelancong dari oversea pun rileks ja sewa mota/ keta drive sendiri di sini... Jalan di KL lagi pening kalau nak dibandingkan disini. Habis sangat pun sesat masuk kampung pastu tanya la orang kampung tu mana jalan keluar..hahahaha

Kalau nak p tempat-tempat menarik yang orang selalu p tu, ikut ja sighboard....
Kabel  car di  Pantai kok/gunung matchinchang
Underwaterworld/ mandi laut di Pantai Chenang
Taman buaya di datai
Makam mahsuri di Ulu melaka @ makam mahsuri
Beras terbakar di Padang matsirat
Dataran Lang di Jety kuah
 Taman burung di kilim
Galeria perdana di kilim

Nak shoping
Idaman Suri di Jalan ayer hangat keluar skit dari pekan kuah (murah berpadan dengan kualitinya)
Ismail Group di pekan kuah, banyak cawangan (vantage dan beg troli murah)
Ram's di pekan kuah dan pekan rabu (mahal skit dari idaman suri tapi berkualiti)
Saga di pekan kuah (towel dan chocolate banyak pilihan)
Kalau nak borong chocolate di Ismail Group pekan kuah ada kedai khas jual chocolate ja.
Minyak gamat di jalan tok senik, bayas

Tapi mai Langkawi tak sah kalau tak p Pantai Chenang... banyak kedai dan gerai yang jual macam-macam benda tapi kebanyakan dari Thailand...ok lah beli buat kenang kenangan mai Langkawi kan.

Bab makan plak aku tak tau sangat..just kedai yang biasa-biasa je lah yang biasa aku p
Restoran bamboo di penarak (seafood)
EE burger di kuah (western food)
Restoran simpang area kedawang (thailand)
gerai-gerai di pekan rabu (malam jer)
eh! dah tak ingat la... tau kedai tu tapi tak tau nama apa.  Cari je lah kedai yang mana-mana yang nampak orang ramai dan cam best jer..ok lah tu. Kalau lalu di jalan kat pantai belakang airport tu singgah la makan laksa di lori-lori yang ada kat tepi jalan tu.. yang paling best lori ujung skali dan paling ramai orang.

Aku tak tau sangat nak crita..nak tau lebih lanjut mai la sendiri...


Tuesday, November 9, 2010

Free Seats From AirAsia kembali lagi

SALAM



klik untuk booking 
Book from 9 - 14 Nov 2010

Travel from 1 Jul - 10 Nov 2011
 
Pada yang terlepas nak book FREE SEATS dari AIR ASIA yang lepas..... Jangan lepaskan peluang sekali lagi, Kali ni banyak tempat yang boleh menjadi destinasi percutian uolls.
Cuti hujung tahun ni kita jalan2 pakai kereta ja....
Tahun depan kita Jalan-jalan makan angin dengan flight pulak...
Tunggu apa lagi!!!!!!
 
 

Tuesday, October 5, 2010

Time For A Holiday ~ Air Asia


Promosi terbaru dari Air Asia
Booking sekarang sehingga 12-10-2010 dan perjalanan dari 12-10-2010 hingga 30-11-2010

Harga tiket bermula dari RM49.00

Ct dah check kalendar hujung bulan sebelas kan cuti sekolah so memang sesuai la uolls nak bercuti, kalau rasa-rasa bajet lebih boleh la ke Luar negara (asia) tak pun dalam malaysia ni pun bagus jugak, Banyak tempat yang boleh kita p holiday.
Bagi uolls yang nak balik kampung time Hari Raya Aidiladha pun boleh booking sekarang.



Wednesday, August 25, 2010

♥Air Asia Merdeka Sale♥




Booking Period : 24 August 2010 - 5 September 2010



Travel Period : 3 January 2011 - 31 March 2011

 Last Promosi (Rm1-Rm10) tak sempat nak booking sebab kejap sangat masa untuk booking tu, pastu memang sesak la online booking Air Asia.
Sekarang Air Asia buat Promosi lagi.... tapi agak tinggi skit harganya dari last promosi walaubagaimana pun masih dikira murah..
Bagi yang ada planing nak p bercuti or balik kampung boleh la tempah sekarang. Ct ada la pasang niat nak makan angin kat sabah or sarawak, tapi kena tanya hubby dulu la masih ada lagi tak peruntukan untuk family holiday tahun depan. Kalau ada, Cantik la..... boleh la start kumpul duit untuk shoping.

Nak lebih Detail sila ke

Tahun depan my BFF nak datang holiday di Langkawi dengan AIR ASIA...
Tak sabar nak jumpa depa semua......


Monday, August 16, 2010

✿Panas..panas... Cuti raya menjadi rebutan✿


Puasa pun baru nak masuk seminggu, dah dok kalut pasai cuti raya la pulak.... al maklumlah boleh dikatakan 100% bukan orang tempatan (langkawi) kecuali aku....tempat aku ni, depa bagi-bagi cara First dan second. Maknanya yang first akan cuti mula 6hb sampai 12hb dan yang second pulak mula dari 13hb hingga 19hb.

Ofis aku ni tak jadi masalah sebab boleh bertolak ansur yang jadi masalah adalah pada hubby sebab depa ni kan kena Duty. Semua ada alasan tak nak duty pada 9hb (malam raya) hingga raya ketiga... ada jugak yang tahun lepas janji tahun ni dia duty tup-tup tahun ni cakap lain pulak. Gedebuk gedebak last-last hubby cakap tadi dia mungkin ambil cuti mula 8hb hingga 14hb (first bukan, second pun bukan)  tu pun tak comfirm lagi kalau-kalau ada lagi pindaan.

Itu dah satu hal... hal yang lain pulak ialah hubby dah p boking cargo (bawa keta kuar dari langkawi) pada 8hb then boleh ambil pada 9hb. So maknanya 8hb tak leh blik kampung lagi la.. 9hb baru leh blik (rugi cuti 1 ari) Petang ni or esok kena p tukar tarikh kat cargo tapi kalau lepas ni ada perubahan lagi tak tau la aku nak wat cam na... Corgo ni pulak kalau lambat-lambat alamatnya kena naik pakai pelampong la nak bwa blik keta.

Uolls jangan ingat duduk Langkawi ni best... kalau mai makan angin memang la best tapi kalau menetap disini tahu la cam na rasanya.....walaupun aku dibesarkan disini tapi aku lebih suka di tanah besar. Aku bertukar ke sini pun sebab mengikut hubby yang ditukarkan.

Harap-harap petang ni ada la kata putus dari hubby

p/s; nanti aku crita apa yang best dan tak best pasai langkawi... uolls nak tau dak?

Friday, June 11, 2010

Air Asia? atau MAS?

SALAM

Uoll mesti ramai yang selalu naik kapal terbang kalau tak selalu pun penah jugak la sekali atau dua kali...
Aku ckp camm ni sbb aku tengok masa Air asia buat Promosi FreeSeat ari tu ramai yang dok tunggu depan komputer nak mencuba nasib dapatkan FreeSeat tu....Ada yang dua tiga hari dok try, ada yang berjaya dan ada yang menyerah kalah cam aku ni...Payah sungguh nak dapat..asyik2 kena isi balik butir 2 tu... naik kematu jari aku ni dok isi menda tu... La ni pun ada lagi promosi Air Asia tapi Luar negeri tp tak leh la aku tak dak duit passport...


Mas pun apa kurangnya.. tapi aku rasa Air Asia lagi ligat promosi yang berbaloi-baloi. Aku nek MAS masa dapat Waren Ja... Firefly pun ok tapi tak banyak lokasi yang dia p..
Uolls perasan tak? Flight ni kebanyakannya di cat (cat ke?) dengan imej2 yang cantik sangat.
Aku penah gak nak amik gambo ngan flight yang cantik2 tu tapi tak sempat nak posing dah kena tegur ngan kru2 kat situ tak leh guna kamera@hanpon sehingga masuk ke terminal...HUHUHU terbantut niat aku
Rugi la aku kan?? kena plak Flight tu cam ni

Biru jeeeerrr..

Pink pun ada..

sapa minat TAZmania?

Made in China..

Dolphin terbang...

Merah Garang...

Nak p japan!!!!!!!

Alat muzik (Australia kot)

Kereta pun leh terbang...
Dan
sempena musim bola

Tetap menjadi Pilihan kU.....
seb bek hubby aku bukan kaki bola....


Monday, March 8, 2010

♥ Operasi Menjejejak.....

SALAM

Akhirnya selamat sampai jugak aku ngan family menjejakkan kaki ke Pulau yang indah dan panas ini.... Habis sudah masa untuk bersuka suki dan teruskan dengan kerja2 yang menanti di opis...huhuhu

SEKARANG
aku akan melakukan operasi menjejaki sesiapa sahaja yng meninggalkan jejak diaorang di tanah jajahan aku ni semasa aku tiada..... 

N3 cuti-cuti? tunggu yer sebab aku tak sempat lagi kumpul material A.K.A gambaq yang berterabur lam hpon aku, hpon my hubby,handy cam... Tungguuuu....


✿N3 Terakhir Sebelum....

SALAM

Pengumuman....Pengumuman..... mulai Jumaat ni (26-02-2010) ini lah N3 terakhir aku sebelum aku cuti-cuti malaysia....sehinggalah
7-03-2010
Aku nak balik Taiping (umah mak mertua) kemudian terus ke Ipoh sambil mandi manda dan bersuka ria di Lost World Of Tambun seterusnya meneruskan perjalanan ke Cameron Hingland ( kutip strawberry,teh) selepas tu turun bukit lajak pulak p KL round2 mana yang patut (wajib jln TAR & putrajaya) lepas tu balik ke taiping (zoo taiping & maxwell Hill) dan last sekali balik ke Pokok Sena kedah (umah mak aku)

Ini semua perancangan yang dibuat oleh aku dam Hubby... Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat balik
Sebelum tu layan dulu skit gambo2 dari Miss Google









Insyallah.... balik dari bercuti ni aku akan buat N3 khas tentang percutian kami sekeluarga

♥PESANAN♥
Uolls sudi-sudilah jengah tanah jajahan aku ni then Klik apa yang patut dan tingal lah jejak sebab aku pasti membuat kunjungan balas

ASSALAMUALAIKUM



Related Posts with Thumbnails