Monday, September 12, 2011

Kerabu Sotong versi Ct

As salam

Ct ni bukan la pandai masak... rajin masak pun tak jugak cuma sekali sekala tu dah cemuih dok makan benda yang lebih kurang ja so try la yang len skit dari selalu.
Kalau sotong ni selalu ct buat sambal ataupun goreng tepung ja, tapi kali ni rasa nak makan kerabu sotong plak. Resepi ni tak dak rujuk mana2 pun... bila nak buat tu dok terbayang rupa dah rasa kerabu sotong di Restoran Bamboo (klik kalau nak tau)
Berbekalkan bayangan tu maka terhasilah kerabu sotong versi ct ni

ok tak rupanya?
senang ja nak buat semua main potong , campak pastu gaul dah siap
skit cara dan bahan nak buat kalau korang nak cuba la

sotong (celur)
cili api atau cili besar (hiris kecil)
tomato (potong dadu)
bawang besar (potong dadu)
daun ketumbar (daun sahaja dihiris halus)
jus lemon
garam

Korang celur sotong tu skit pastu campur ngan semua bahan kat atas tu. Gaulkan skit then dah siap.. tapi ct suka klau letak lam peti sejuk kejap baru makan. Kalau tak mau cili api atau cili besar tu bleh jugak letak sos cili tapi kita orang malaysia ni mana best kalau tak letak cili api kan..
Jus lemon tu bleh jugak guna jus limau tapi lebih afdal kalau letak jus lemon.. rasanya len skit.

Selamat mencuba!

* sila abaikan mangkuk ct yg tak omel cam mangkuk vantage korang*


Thursday, September 8, 2011

Laporan hari ini untuk Syed Saiful azly

As salam

Selalu ct dok habaq atau buat laporan kat hubby guna FB.. samaada chat ataupun PM...skype ada jugak tapi tak brapa best sebeb kualiti bunyi yang tak clear sangat jadik tak paham so dengan chat lagi syok. Skype tu untuk anak-anak nak tgok abahnya.
Tapi ari ni saja ja nak buat laporan kat sini...bleh kan?

Pagi
Hari ni ada sambutan hari raya di taska Naufal... ayang beli kek upin ipin saja sebab malas nak buat sendiri.
Nuafal sebenarnya suh buat kek cawan ada tulis ABC....tak pa la nanti rajin ayang buat bagi kat taska tu... Balik taska naufal bagitau kek tu tak cukup..alahan sian plak. Ayang beli yang 1 kg ja...

 agak-agak ayang bleh tak buat kek cam ni??? hehehe

Dah sampai taska.... cam biasa naufal orang pertama sampai

Tengahari
Dah p servis si hitam petang tadi.... kos servic over bajet sebab kena tukar break pad blakang...yang depan dah tukar tahun lepas so kali ni yang belakang pulak (pakai yg local ja sbb yang ori mahai sangat) yang lain cam biasa.... minyak semi sintetik...filter...air batery....upah tukar minyak dan upah tukar braek pad.... total RM304.50
Nasib baik ada benda yang less 15%

 ni bukan keta kita.....sekadar hiasan

 boring tunggu 1 jam setengah so amik gambaq ni

Bil.. nampak tak banyak benda yang disenaraikan...

Pasai roadtax nanti Kamarul uruskan dah bagi geran kat dia.. nanti dah siap  dia bagitau..tak tau berapa lagi sebab tadi dia belum dapat harga insurans dari Tokyo Marine.
Tentang masalah Honda dalam surat khabar tu..... depa bagitau hanya sesetangah keta yang yang dipanggil berdasarkan no casis..kalau kena nanti akan sampai surat, kena bawa p honda balik depa akan check semua tu free. kalau tak kena tak dak apa la..
Pastu akak kat honda tu tanya abg p mana... ayang bagitau la, pastu depa kirim abg balik nanti bawa baby pompuan dari sana depa nak buat anak angkat....hahahaha

Petang
Lepas servis keta terus p amik anak awai skit... bawa depa p taman... so layan gambaq ni








Malam
Hari ni tak masak pasai nak lipat baju yang dah penuh dalam raga tu.... beli nasi ngan tom yam kat kedai balik makan kat umah... pastu mak sms bagitau tukang dah pi ukur nak buat rill langsir tu..dia agak dalam RM300...

OK! ITU SAJA UNTUK ARI NI


Sample dari Nesvita buat aku jatuh cinta weeeee


As salam
Hari tu ada dapat sample dari NESVITA sebab aku ada isi form kat FB NESVITA
sebelum ni aku memang tak pernah pun try nesvita. benda yang 3 in 1 ni selalu aku beli nescafe or milo ja. Dah dapat 3 pek free apa salah cuba kan?
Bila dah cuba tu sekali sedap la plak... Aku minum time bersahur (masa tu bln posa)

Lepas tu terus la p cari kat kedai... pek besar dah abis so rembat yg kecik dulu. Lepas ni rasanya nesvita akan slalu ada dalam henbeg aku la.. buat minum kat opis

*kat opis tak leh tinggai benda makan sbb ada cik T*


Related Posts with Thumbnails