Tuesday, February 28, 2012

Won Travel voucher worth RM1K

As salam

Serius Ct memang tak ingat kontest apa yang Ct join
 "My Favourite Mall Poll"
Rasanya Ct ada jawab survey tapi tak pasti jugak dimana....

Apapun yang bestnya ialah

Dah lama terima email ni tapi takut jugak kalau-kalau scam ke apa kan sebab Ct tak dari tau dari mana. Lepas call person inchage tu untuk comfirmkan balik then PPK hantar surat untuk foward bersama ic ke Travel Agent di KL. Time tu Ct memang nak ke KL so Ct terus ke opis tarvel agent tu di Changkat Bukit Bintang...Wisma GTT (Golden Trans Tour) kalau tak silap Ct
Dalam hati ni masih ragu-ragu tapi minggu lepas Ct ada call ke GTT diaorang sedang kumpul semua pemenang (tak pasti ada berapa) baru akan diberi voucher tersebut tapi jika Ct nak travel dalam masa terdekat just bagitau diaorang....

Ada jugak tanya voucer tu cam na kan.... katanya bernilai RM1K dan boleh diguna untuk tiket flight  atau hotel...jika guna kurang dari tu tak akan dapat baki tapi kalau guna lebih kena bayar sendiri la baki tu...
Voucer tu laku dalam masa setahun saja. Boleh guna untuk semua hotel

Tengah pikir-pikir samaada nak guna untuk hotel family holiday DISINI
Atau guna untuk boking flight next holiday....
Apapun tunggu voucer tu sampai ke tangan dulu lah.

Ada sesiapa tau pasal ni? atau menang jugak cam ni?



Monday, February 27, 2012

Susu Tiruan di Pulau Pinang

As salam

MOHD. FAISAL bersama anaknya menunjukkan perbezaan bungkusan susu tepung yang biasa dibelinya (kiri) dan yang didakwa tiruan (kanan) di Bayan Baru, George Town semalam.

 GEORGE TOWN - Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini, pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk putih yang menyerupai susu tepung.

Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya berwarna krim.

"Bukan itu sahaja, susu tepung itu tidak mempunyai bau dan rasa seperti yang dibeli pada setiap bulan, sejak anak sulung, Muhammad Afiq Hafizuddin berusia dua bulan.

"Mujur kami berjaya mengesan lebih awal dan tidak sempat memberinya minum lagi," katanya sambil menyatakan susu tepung itu dibeli pada harga diskaun iaitu RM16.99 bagi setiap 700 gram.

Dalam pada itu, Mohd. Faisal turut memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pasar raya terbabit pada 18 Februari lalu dan mereka turut mengesan susu tepung lain berjenama sama yang bungkusannya mencurigakan.

"Pihak pasar raya terbabit memberitahu akan mengambil tindakan termasuk menghubungi syarikat pembekal susu itu untuk memaklumkan perkara tersebut. 

Waaaaa....macam ku kenal je produk susu tersebut..harganya pun seperti yang selalu Ct beli.
Tapi tak pernah jumpa pulak bungkus cam gitu....harap-harap benda ni akan cepat diambil tindakan oleh pihak yang sepatutnya...:(



Decoupage minggu ini

As salam

Ni dah dalam kategori projek terbengkalai sebab dari bulan januari nak buat, last-last minggu ni baru siap
Kena rajin-rajin selalu buat nak bagi mantap lagi hasilnya...la ni tahap amatur lagi
Bahan pun susah nak dapat kat sini...harap apa yang ada jer
Ok lah..jom tengok apa projek minggu ni

 Asalnya pasu bunga yang pastik tu jer
Pastu kerjakan sampai jadi cam ni
Then
 topup lagi ngan bunga-bunga tak seberapa tu
NI first time Ct gubah bunga sendiri....jenuh jugak dok telek kat youtube
betul ke orang gubah bunga cam ni?

Closeup skit....kalau dapat bunga merah terang tu lagi syok kan...
Tak pa ada satu lagi pasu kosong, nanti pi cari bunga merah menyala gitu...hehehe

*TaTa*


Related Posts with Thumbnails