Wednesday, August 18, 2010

♥ Ezy oval keeper Free dari Ibu Dini ♥

SALAM

Selepas mendapat berita sedih DISINI then hari ini CT dapat berta gembira pulak iaitu menang hadiah saguhati dari IBU DINI untuk Kontest I LUV TUPPERWARE BRAND yang CT join.

Ezy oval keeper dari TUPPERWARE BRAND

Kalau nak tau keputusan penuh dan apa hadiah utamanya silalah singgah


Terima kasih IBU DINI


Tuesday, August 17, 2010

♥ Dugaan Di Bulan Ramadhan.... rumah terbakar ♥

SALAM

Petang semalam dalam dok sibuk-sibuk menyediakan membeli juadah berbuka hubby dapat info mengatakan rumah dua anggota Navy terbakar di ulu melaka langkawi. Dalam fikiran aku, ingat terbakar sikit ja tapi rupanya terbakar teruk tinggal sehelai sepinggang ja..

Piring astro je yang tinggal


Semuanya hangus...

Menurut daripada sumber-sumber yang dipercayai kejadian berlaku lebih kurang pukul 3.45 petang, rumah 2 tingkat dan berkembar 4 yang diduduki oleh 4 keluarga. 2 anggota navy dari pangkalan tempat aku bekerja yang menyewa disitu adalah 2 mangsa yang paling teruk. gambar kat atas tu rumah diaorang lah..
Isteri-isteri diaorang tak sempat selamatkan apa-apa sebab hanya sedar selepas api dah agak besar dan marak dengan cepat kerana bahagian atas rumah tersebut adalah kayu. Salah seorangnya mengalami lecur kerana masuk semula ke dalam rumah mencari anaknya..

isteri mangsa.. duduk tidak bertudung dan yang bertudung coklat

Rasanya bomba pun lambat jugak la nak sampai sebab balai bomba di Kuah  dan kedudukan rumah didalam kampung yang jalan sempit susah jentera bomba nak masuk


motor, basikal kiri kanan jalan menyusahkan bomba ja..


itu aje yang tinggal..

2 keluarga tu, diberi penempatan sementara di sebuah hotel untuk malam semalam dan ari ni mereka diberi rumah keluarga dan segala urusan perabot, api ,air telah diuruskan. Tadi pun kutipan derma juga telah dibuat. Balik nanti aku nak cari baju anak-anak aku yang masih elok untuk diberi pada anak-anak mereka sebab kalau tak silap aku anak-anak depa pun lebih kurang baya anak aku jugak...


Lk 1 Rusmanizam dan PO Syukri (beruniform Navy)

Ya Allah, kuatkan dan tabahkanlah hati mereka ini untuk menerima dugaanmu....
segala yang berlaku pasti ada hikmahnya dan ingatlah Allah hanya menguji kita setakat yang kita termampu (kata-kata dari ratuhati Amyna)

Monday, August 16, 2010

✿Panas..panas... Cuti raya menjadi rebutan✿


Puasa pun baru nak masuk seminggu, dah dok kalut pasai cuti raya la pulak.... al maklumlah boleh dikatakan 100% bukan orang tempatan (langkawi) kecuali aku....tempat aku ni, depa bagi-bagi cara First dan second. Maknanya yang first akan cuti mula 6hb sampai 12hb dan yang second pulak mula dari 13hb hingga 19hb.

Ofis aku ni tak jadi masalah sebab boleh bertolak ansur yang jadi masalah adalah pada hubby sebab depa ni kan kena Duty. Semua ada alasan tak nak duty pada 9hb (malam raya) hingga raya ketiga... ada jugak yang tahun lepas janji tahun ni dia duty tup-tup tahun ni cakap lain pulak. Gedebuk gedebak last-last hubby cakap tadi dia mungkin ambil cuti mula 8hb hingga 14hb (first bukan, second pun bukan)  tu pun tak comfirm lagi kalau-kalau ada lagi pindaan.

Itu dah satu hal... hal yang lain pulak ialah hubby dah p boking cargo (bawa keta kuar dari langkawi) pada 8hb then boleh ambil pada 9hb. So maknanya 8hb tak leh blik kampung lagi la.. 9hb baru leh blik (rugi cuti 1 ari) Petang ni or esok kena p tukar tarikh kat cargo tapi kalau lepas ni ada perubahan lagi tak tau la aku nak wat cam na... Corgo ni pulak kalau lambat-lambat alamatnya kena naik pakai pelampong la nak bwa blik keta.

Uolls jangan ingat duduk Langkawi ni best... kalau mai makan angin memang la best tapi kalau menetap disini tahu la cam na rasanya.....walaupun aku dibesarkan disini tapi aku lebih suka di tanah besar. Aku bertukar ke sini pun sebab mengikut hubby yang ditukarkan.

Harap-harap petang ni ada la kata putus dari hubby

p/s; nanti aku crita apa yang best dan tak best pasai langkawi... uolls nak tau dak?

Related Posts with Thumbnails